Join PowerGold

Assalamualaikum. Alhamdulillah Ya Allah. Setelah hampir sebulan mencari info tentang pelbagai syarikat yang membuat jual beli emas, akhirnya pada hari ini (04/08/2016) elyn membuat keputusan untuk join PowerGold. Elyn join pakej Stokis terus. Ha..amek kau. Haha. Sebab apa elyn terus join pakej Stokis? Sebab elyn ada niat untuk menjadi seorang usahawan emas yang berjaya suatu hari nanti. InsyaAllah. Doakan elyn ye. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

Sebenarnya ada banyak syarikat yang buat jual beli emas ni. Antaranya PowerGold, Public Gold, Gold Silver Resources, dan Gold Pavilion CreST. Elyn malas nak cerita apa beza keempat-empat syarikat ni sebab dah terlalu banyak blog-blog yang share perbezaan keempat-empat syarikat ni. Korang boleh Google dan baca. Cuma satu je elyn nak bagitahu, elyn join PowerGold sebab ia adalah milik Bumiputera Islam 100% di samping dapat pelbagai kelebihan bila join sebagai ahli.

Memandangkan nilai duit kita dah jatuh, so elyn terfikir untuk buat simpanan dalam bentuk emas. Sebab emas ni laku satu dunia. So tidak menjadi masalah jika suatu hari nanti duit kita tiada nilainya lagi, kita masih ada emas yang bernilai.

Jom sama-sama simpan sekurang-kurangnya 1 bulan 1 gram emas. Kalau nak beli emas untuk buat koleksi atau ada niat untuk bisnes emas, boleh WhatsApp elyn kat nombor +60102665956. Elyn boleh share segala ilmu tentang emas yang elyn tahu pada anda.

Stokis PowerGold,
Elyn
+60102665956
"Orang Berduit Belum Tentu Ada Emas, Orang Ada Emas Sudah Tentu Ada Duit."

Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu


Assalamualaikum / Hello! Dah lama betul tak update blog ni. Bukan tiada masa nak update tapi tak pandai nak curi masa untuk update. Heh! Kali ini aku nak share pengalaman aku mendaki Gunung Kinabalu pada 20-21 Mei 2016. Oleh sebab ramai yang tanya macam mana mendaki hari itu, apa tips untuk mendaki Gunung Kinabalu, dan macam-macam lagi soalan, so aku rasa better aku update dalam blog so that boleh share pengalaman tersebut dengan pembaca lain juga. Ok jemput baca coretan aku di bawah ye. J

19 Mei 2016
Kami bertiga (aku, my husband and officemate aku) bermalam di Mountain Resthouse yang jaraknya dengan Kinabalu Park teramatlah dekat. Pada malam itu, Malim Gunung kami, iaitu Jingkung, membuat briefing session tentang perjalanan kami sepanjang mendaki Gunung Kinabalu keesokan harinya kerana beliau tidak ada dengan kami esok. Jadi Malim Gunung kami yang baru pada esok hari adalah Adli namanya.
- Kinabalu Park -
20 Mei 2016
Selepas breakfast di Mountain Resthouse, kami terus bergerak ke Kinabalu Park untuk berjumpa dengan Adli dan menerima tag dan lunch pack daripadanya yang perlu kami bawa sekali. Sebelum kami naik bas yang disediakan untuk menuju ke Timpohon Gate, kami timbang dulu berat beg masing-masing walaupun kami tidak mengambil perkhidmatan porter. Berat beg officemate aku lebih kurang 9kg, berat beg husband aku 8kg dan berat beg aku cuma 4.5kg. Haha!
- Selamat Mendaki! -

Sebelum memulakan pendakian, Adli bagi sedikit briefing dan menyuruh kami membaca doa. Sebelum mendaki tu wajib buat warm up dulu ye supaya badan tak terkejut. Haha! Kami start mendaki dari Timpohon Gate pada jam 9.15am. Start slow and steady je. Trail dia tak susah pun sebab banyak tangga. Mengikut kepada pesanan Jingkung pada malam itu, kalau dapat sampai di KM 4 (Layang-Layang Hut) sebelum jam 12pm, success rate untuk sampai ke Low’s Peak tu tinggi. Maksudnya kita fit la untuk sampai ke puncak esok paginya. Alhamdulillah kami dapat sampai ke KM 4 pada jam 11:56pm. Biasanya di KM 4 ini semua pendaki akan berhenti rehat untuk makan lunch pack yang dibawa dari Kinabalu Park tadi. Aku macam biasa la makan tak pernahnya habis. Perut kecik lah katakan. Haha!

Selesai je makan minum semua, kami terus bergerak untuk sampai ke KM 6 (Laban Rata). Di pertengahan jalan, tiba-tiba hujan turun. Mulalah masing-masing pakai rain coat. Aku memang tak suka pakai rain coat sebab rasa serabut sangat. Lagi-lagi part kepala dia tu. Haih..sabar je la. Tapi sebab dah hujan, terpaksa jugalah pakai. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga sampai ke Laban Rata. Agak slow juga sebab bila hujan, badan jadi sejuk dan susah sikit mendaki dalam keadaan sejuk dan basah ni. Perjalanan dari Timpohon Gate ke Laban Rata memakan masa selama 5jam kalau ikut itinerary. Alhamdulillah ngam-ngam 5 jam kami sampai sebab kami start 9:15am dan sampai ke KM 6 pada jam 2:15pm.
- Laban Rata Restaurant -

Sampai sahaja di Laban Rata, kami terus check in Laban Rata Resthouse. Kat sini dorm style. 1 bilik ada 3 katil double decker. So kami bertiga 1 bilik dengan 2 orang lagi Sabahan (cousin lelaki perempuan) sebilik dengan kami. Alhamdulillah kami menginap di resthouse yang sekali dengan café yang diberi nama Laban Rata Restaurant. So turun tangga je dah sampai café. Semua pendaki akan berkumpul untuk makan di café Laban Rata. Disebabkan dinner bermula jam 4:30pm, jadi masing-masing bersihkan diri dulu dan solat. No water heater sebab tiada cahaya matahari pada hari itu. Heater dorang guna solar energy. So aku mandi sambil menjerit-jerit kesejukan la petang tu sebab air dia lagi sejuk daripada ais. Orang Thailand (sempat berborak sebelum kami mandi) yang tengah mandi kat shower sebelah aku pun menjerit sama. Sama-sama la kita menjerit. Haha! Aku mandi sampai berasap-asap keluar dari shower tu. Bukan sebab asap panas tapi asap sejuk. Nampak betapa sejuknya air tu. Huhu.

Selesai mandi dan solat, aku cuba untuk lelapkan mata sekejap. Dalam pukul 4:30pm, kami turun ke café untuk dinner. Kat sini buffet style. So makan la apa pun yang kau nak makan. Tambah la berapa banyak kali kau nak tambah pun. 1 meja dengan aku tu ada 2 orang Filipina. Lelaki dan perempuan. Dorang ni cousin. Sempat la berborak dengan dorang time makan. Time ni kami baru perasan yang kami asyik kenal dengan cousin lelaki perempuan je. Heh!

Selesai dinner, kami terus masuk bilik dan kemas beg untuk bawa barang yang diperlukan sahaja untuk mendaki ke Low’s Peak esok paginya. Selesai mengemas dan solat, aku cuba untuk tidur. Tapi malangnya aku langsung tak dapat tidur. Dari jam 7:30pm sampai jam 9:30pm aku tak boleh tidur. Pukul 9:30pm tu aku pergi toilet sorang-sorang. Masa tu dah sunyi sangat keadaan kat luar. Macam semua orang dah tidur. Huhu. Aku mengalami masalah tak boleh tidur sebab dah biasa tidur lewat. Selalu kan tidur jam 11pm ke atas. Ni tiba-tiba nak tidur jam 7:30pm memang tak dapat la. Last-last aku tak tahu pukul berapa aku tidur. Tapi yang pastinya aku memang tak lena tidur dan mata aku merah keesokan paginya akibat tak cukup tidur. Huhu.

21 Mei 2016
Jam 1am kami semua bangun bersiap-siap untuk mendaki dan supper di café. Aku cuma makan 3 keping roti bakar je sebab aku memang tak lalu nak makan pagi. So after supper, Adli bagi sedikit briefing dan menyuruh kami membaca doa sebelum memulakan pendakian. Masing-masing dah pakai sweater/wind breaker, glove dan juga face mask. Kami ikut Ranau Trail iaitu laluan baru yang dibuat selepas kejadian gempa bumi tempoh hari. Kami memulakan pendakian pada jam 2:40am. Trail semuanya naikkkkkkkkkk je okay. Bertabahlah. Kat sini mental kena kuat. Aku punya tarik nafas kuat gila aku rasa. Memang aku agak susah sikit nak bernafas masa tu sebabnya pakai mask. Kalau buka mask, susah juga nak bernafas sebab udara sejuk sangat. So kesimpulannya aku kejap pakai mask kejap tak pakai.
- Sayat-Sayat Check Point -

Perlu diingatkan bahawa semua pendaki wajib sampai di KM 7 (Sayat-Sayat Check Point) sebelum jam 5am. Kalau ada yang sampai selepas jam 5am, pendaki tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk meneruskan pendakian ke Low’s Peak kerana gate telah pun ditutup. Alhamdulillah kami sampai di KM 7 lebih kurang pukul 3:40am. So ambil masa 1 jam dari KM 6 ke KM 7. Sampai sahaja di sini, kita perlu menunjukkan tag nama kita dan orang yang jaga tu akan "tick" nama kita yang menunjukkan kita dah pun sampai di Sayat-Sayat Check Point. Kat sini boleh la kalau ada pendaki yang nak refill air atau pun membuang air sebelum meneruskan pendakian ke Low’s Peak.

Selepas rest selama 1-2 minit di KM 7, kami meneruskan pendakian ke Low’s Peak. Time ni banyak kena guna tali. So tongkat memang tak guna time ni. Time ni pun bermain dengan mental sebab makin susah bernafas dan sejuk yang amat! Mendaki pun kena jalan zig-zag style untuk elakkan kebosanan. Mana taknya, puncak dah nampak dah tapi tak sampai-sampai. Jauh betul nak sampai. Haha!
- #emanelyn #husbandandwifehiker -

Alhamdulillah, tepat jam 5:15am kami berjaya menjejakkan kaki di Low’s Peak. Perasaan time tu bersyukur dan happy sangat-sangat. Tak percaya dah berjaya mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara! Kalau orang lain boleh, kita pun boleh! InsyaAllah..J
- Tempat wajib wefie -


Bila dah selesai selfie and wefie time, tiba masa untuk kami turun ke Laban Rata semula. Sampai sahaja di Laban Rata pada jam 9am, kami terus packing semua barang untuk check out. Wajib check out sebelum 10:30am. Kalau tak kena bayar RM100. Kami check out lebih kurang jam 9:30am dan terus turun ke café untuk breakfast. After breakfast, terus turun menuju ke Timpohon Gate bersama Adli. Time turun pun ada hujan jugak. Alhamdulillah kami sampai di Timpohon Gate pada jam 2:25pm. Selepas itu kami menaiki van yang berada di situ yang membawa para pendaki dari Timpohon Gate ke Kinabalu Park semula. Kami lunch di Balsam Restaurant (termasuk dalam pakej) dan mengambil sijil daripada Adli dan memberinya "tips" kerana menjadi Mountain Guide dan juga Photographer kami yang terbaik. Heh!
- Berjaya turun dari puncak ke Timpohon Gate semula -


Selepas setel semuanya, kami bertiga meneruskan perjalanan untuk mencari tempat penginapan untuk kami bermalam lagi 3 malam di Sabah. Honestly aku rasa nak REPEAT lagi naik Gunung Kinabalu sebab view dia Subhanallah..AWESOME sangat! Terima kasih kepada yang sudi baca coretan aku yang panjang lebar ini. Anda memang seorang yang sangat penyabar! Haha! Kat bawah ni aku senaraikan beberapa tips yang aku rasa pendaki perlu ambil tahu. Semoga membantu!

Tips Penting Mendaki Gunung Kinabalu:
  1. Kalau boleh elakkan mendaki menggunakan kasut Adidas Kampung sebab nanti kaki boleh melecet. Time mendaki okay lagi pakai kasut tu. Time turun dari puncak baru tak okay. So better pakai je kasut untuk hiking. Kalau takde atau malas nak beli, kasut sukan biasa yang untuk jogging tu pun boleh.
  2. Pakai baju biasa sahaja bila start mendaki dari Timpohon Gate sebab kau akan rasa panas nanti kalau pakai sweater.
  3. Elakkan pakai sweater yang tebal sangat macam kau nak travel ke overseas tu semasa mendaki dari KM6 ke Low's Peak sebab nanti time turun tu keadaan sangat panas. Aku pakai baju lengan pendek, dilapisi baju lengan panjang dan pakai sweater yang nipis. Tu pun dah cukup. Time turun memang aku tanggal je sweater tu sebab panas.
  4. Makan waktu supper tu tak payah makan banyak sangat pun takpe. Makan sekadar perlu je. Kalau makan banyak sangat nanti perut kau cepat meragam. Lagi-lagi kalau kau jenis yang tak biasa makan pagi.
  5. Dari Timpohon Gate lagi tak perlu bawa baju yang banyak. Bawa yang perlu sahaja untuk mendaki. Jangan lupa bawa ubat-ubatan jika perlu. Bawa selipar dan juga keperluan untuk solat.
  6. Bawa air, kamera dan tongkat sahaja semasa mendaki dari KM 6 ke Low's Peak. Air pun bawa 1 botol kecil pun dah cukup sebab kat Sayat-Sayat Check Point tu ada tempat refill air.
  7. Tips paling penting! Semasa mendaki, kalau nak rehat cuma 1-2 minit sahaja. Tak boleh lebih. Ini untuk elakkan rasa cepat penat dan juga untuk elakkan terkena syndrom AMS (Altitude Mountain Sickness).

Renew and Transfer Domain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni aku nak share tentang domain transfer. Baru-baru ni aku transfer domain aku dari GoDaddy ke DomainPlus. Meh aku bagitahu sebabnya kenapa aku transfer domain tu. Sebabnya bila aku nak renew domain untuk kali yang kedua, harga dia sangat mahal. Takde lagi dapat diskaun best macam dulu. Sobs. Boleh tengok gambar yang aku letak kat bawah ni.

Harga untuk renew domain tahun pertama. Harga sebelum diskaun = RM53.99


Diskaun 35% untuk first year renew.

Harga selepas diskaun = RM32.67

Harga untuk renew domain tahun kedua. Harga sebelum diskaun = RM68.17

Harga selepas diskaun = RM64.17
Diskaun RM4 je? So sad~

Aku dah berpatah hati untuk setia dengan GoDaddy. So aku buat keputusan untuk transfer domain ke tempat lain yang lebih murah harganya. Google punya google akhirnya aku jumpa dengan DomainPlus. Alhamdulillah support staff mereka memang bagus. Segala persoalan yang ditanya pasti dijawab. Bila dah transfer domain ni kau punya blog dah tak boleh diakses guna .com lagi. Kena setting semula. Part tu aku blur. So aku minta tolong support staff mereka untuk settingkan balik. Alhamdulillah segalanya selesai. Yay!

Nasihat aku untuk sesiapa yang baru nak beli domain sendiri tu, boleh la beli dengan GoDaddy sebab harga mereka offer memang tak masuk akal. Memang murah gila. Ada yang tak sampai RM10 pun. Tapi kalau time nak renew nanti, kalau agak-agak harga dia atas RM50, boleh la transfer je domain tu ke tempat yang lebih murah. Dengan itu korang dah berjimat banyak. Hihi. [Habis aku kalau team GoDaddy baca ni.] -.-



Keyword:
Tips renew domain
Steps to transfer domain

up