My Attitude

by - October 23, 2008

Hm..hari ni aku rasa tension tahap gaban dah ni. Ni semua gara-gara nak exam. Huhu. Padan muka aku. Orang suruh belajar, tak nak belajar. Ha..sekarang siapa yang susah? Diri sendiri jugak yang merana sebab kena study balik. Huhu. Aku ni cakap je nak berubah tapi tak berubah jugak. Sama je. Entah bila nak sedar entah. Hm..aku ni betul-betul degil. Bukannya nak jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran. Ish..cuba la berubah sikit Dzailin oi. Kau nak berjaya kan? Mana boleh berjaya kalau tak berusaha. Betul tak? 

Aku buat assignment SCJ hari tu sampai meleleh air mata. Sedih sebab tak dapat nak buat. Huhu. Emo gila aku kan? Jangan rasa pelik sebab aku memang macam ni pun. Kalau aku rasa tension study or buat assignment, aku mesti menangis. Tak tahu la kenapa sensitif sangat. Tapi bukan selalu pun. Once in a while je. Hehe. Lepas tu aku mesti mengadu dekat siapa-siapa. Tak kisah la kat member ke, bff ke, ex-bf ke, then baru rasa lega sikit. Kalau nak lagi lega, aku akan tido lepas tu. Haha.

Kalau time aku bad mood, aku akan senyap je. Aku tak tegur siapa-siapa pun. Kalau orang tegur aku pun, aku diam je. Siapa yang dah biasa dengan aku, diorang mesti paham punya dan diorang takkan berani tegur aku kalau time tu aku tengah bad mood. Yela..nanti tak pasal-pasal diorang plak yang kena. Huhu. kalau sesiapa yang nak cuba, boleh la try tegur aku time aku tengah bad mood. Haha.

Ok bye!

You May Also Like

0 7 Comments