My Attitude

Hm..hari ni aku rasa tension tahap gaban dah ni. Ni semua gara-gara nak exam. Huhu. Padan muka aku. Orang suruh belajar, tak nak belajar. Ha..sekarang siapa yang susah? Diri sendiri jugak yang merana sebab kena study balik. Huhu. Aku ni cakap je nak berubah tapi tak berubah jugak. Sama je. Entah bila nak sedar entah. Hm..aku ni betul-betul degil. Bukannya nak jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran. Ish..cuba la berubah sikit Dzailin oi. Kau nak berjaya kan? Mana boleh berjaya kalau tak berusaha. Betul tak? 

Aku buat assignment SCJ hari tu sampai meleleh air mata. Sedih sebab tak dapat nak buat. Huhu. Emo gila aku kan? Jangan rasa pelik sebab aku memang macam ni pun. Kalau aku rasa tension study or buat assignment, aku mesti menangis. Tak tahu la kenapa sensitif sangat. Tapi bukan selalu pun. Once in a while je. Hehe. Lepas tu aku mesti mengadu dekat siapa-siapa. Tak kisah la kat member ke, bff ke, ex-bf ke, then baru rasa lega sikit. Kalau nak lagi lega, aku akan tido lepas tu. Haha.

Kalau time aku bad mood, aku akan senyap je. Aku tak tegur siapa-siapa pun. Kalau orang tegur aku pun, aku diam je. Siapa yang dah biasa dengan aku, diorang mesti paham punya dan diorang takkan berani tegur aku kalau time tu aku tengah bad mood. Yela..nanti tak pasal-pasal diorang plak yang kena. Huhu. kalau sesiapa yang nak cuba, boleh la try tegur aku time aku tengah bad mood. Haha.

Ok bye!

Mood Celaru

Ala...malam ni tiba-tiba selsema plak..huhuhu..
Nak makan ubat, ubat takde..kalau ada pun, malas nak makan..hahaha...
Hm..bosan gila malam ni..tak tahu nak buat apa..dari pukul 12 tadi aku mengadap laptop je..entah apa yang aku buat, aku pun tak tahu..haha..
Ish..aku bengang gila dengan antivirus avg ni..asyik kena update je sekarang ni..dulu tak macam tu pun..ada mcafee pun buat hal gak..asyik kena fix je..nak cari antivirus lain, tak tahu yang mana bagus..
Ha..kalau ada siapa-siapa yang tahu antivirus mana yang bagus sekarang ni, bagitahu la yer..kerjasama anda amat dihargai..hehe..

Ok bye!
   

Berderet Tugasan

Aku yang baru tamat exam SCR

Fuhh..lega sikit rasanya bila dah lepas exam SCR tadi.
Lepas ni tinggal nak upload assignment UHS, ready for UHB presentation, siapkan assignment SCJ, study SCI untuk next week quiz, and...

Waaaa..banyak lagi rupanya yang tak setel..huhu
Itu belum masuk main game, tengok movie lagi tu. Ceh! Sempat lagi! Kikiki..
Ok la..aku nak layan cerita Prison Break jap. 

Ok bye!

Adik Kesayanganku


Gambar adik kesayangan

Ini la gambar adik aku. Tiap kali jumpa mesti ada benda nak argue. Gaduh-gaduh manja la konon. Haha.
Tapi aku tetap sayang dia sampai bila-bila sebab dia la satu-satunya adik yang aku ada. ^_^

Rindu Ibu


Gambar ibu kesayanganku

Rindu kat ibu..rindu nak makan masakan ibu..
Tak sabar nak balik!! :(
Huarghhhh!! :'(

Relax di CICT


Gambar Adam dan aku di CICT

Actually semalam aku belajar sesuatu yang sangat berguna daripada Adam.
Terima kasih banyak-banyak Adam sebab tak kedekut ilmu.
Sharing is caring kan..hehe..

Status Bosan


Bantal Pooh

Arghhhh!! Bosan gila beb!! Nak study pun macam takde mood je..Huhuhu..
Hmm..tiba-tiba rasa rindu plak. Bukan rindukan seseorang tapi rindukan sesuatu.
Ok bye!

Study..Study..Study..



Okay..gambar sekadar hiasan..haha..btw, exam digital logic esok..
tapi aku tak habis lagi study ni..adoiii..study tak habis lagi tapi update blog post boleh plak ek..hahaha..sabo je la..

Exam is Around The Corner!!


waaaaa!!!! 
so many things to do lor..
the assingments..
the mini project..
study for the exam..
hm...
so stress!!!! 
huhuhu...

up