Siapa Lelaki Misteri Itu?

by - May 01, 2009



Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Aku tak faham kenapa dia perlu buat aku macam ni? Sejak matrik sampai la sekarang, dia masih tak nak bagitahu siapa dia yang sebenarnya. Setiap kali aku tanya kenapa tak nak bagitahu, dia akan kata yang dia tak boleh kawan dengan aku bila aku dah tahu siapa dia. Macam mana tu?? Aku betul-betul tak faham dan dia betul-betul buat aku buntu.

Malam ni aku dah menangis lagi sebab dia. Ni bukan kali pertama aku menangis sebab dia tapi dah banyak kali dah. Aku pernah menangis sebab dia masuk hospital kena operate. Itu pun aku dapat tahu daripada adik dia. Adik dia contact aku secara senyap guna hp dia. Baru je aku ingat nak pergi melawat dia dekat hospital tapi adik dia bagitahu aku yang dia operate kat US. Lagi la buat aku risau. Masa tu aku memang tak henti-henti berdoa semoga dia selamat. Aku tak tahu kenapa aku rasa sayang sangat kat dia. Sampai tidur pun hati tak tenang, termimpi-mimpi pasal dia.

Tapi alhamdulillah..sekarang dia dah ok sikit. Tapi terpaksa tangguh sem sebab kena selalu pergi hospital. Aku ada juga tanya dia, kenapa operate dekat US? Lepas tu dia cakap dia tak tahu sebab daddy dia yang decide semua tu.

Bagi aku lelaki ni sangat misteri sehinggakan aku langsung tak dapat tahu identiti dia yang sebenar. Aku harap sangat-sangat yang adik dia dapat contact aku balik. Aku tahu yang mummy and daddy dia tahu pasal ni. Apa-apa pun, aku akan selalu berdoa semoga Allah lembutkan hati dia untuk bagitahu aku semuanya suatu hari nanti.


You May Also Like

8 7 Comments

  1. semoga dy cepat sembuh..
    moga kamu dapat jumpa depan mata ngn dia ye..masa tu ilang la misteri dia..

    ReplyDelete
  2. yup..
    sy pn hrp cm 2 gak..
    tp klu sy xsempat nk jmpe dy face 2 face,
    mknenye mmg bkn rezeki sy la nk tgk dy..
    hm..

    ReplyDelete
  3. nk knl die gk bleh??

    hehe

    moga die cpt smebuh!

    ReplyDelete
  4. hope everthg fine la ek
    sayu gak la bace

    ReplyDelete
  5. wow.
    misterinyew lelaki nie.
    hehe.
    myb satu hari nnti dapat la tau sape die kan?
    ^_^
    hehe..
    da dpt belanje askim!
    hehe

    ReplyDelete
  6. to meself, Ms Fint..
    hoho..
    cmne awk nk knl dy..
    sy pn xdpt knl dy lg..
    huhuhu..
    yup..
    moga2 dy cpt sembuh..
    wiwiwi..

    ReplyDelete
  7. to joegrimjow..
    tnx..
    i hope so..
    huhuhu..

    ReplyDelete
  8. to THEmasyam..
    ori8..
    hihihi..
    tp...
    cmne nk blnje awk mkn aiskrim ek??
    hohoho..

    ReplyDelete