NASI AYAM PENYET

by - July 31, 2009


Hari rabu hari itu adalah 1st time aku makan 'nasi ayam penyet'. Pergh! Memang sedap gila! Betul cakap abang kedai tu. Kalau makan nasi ayam penyet ni memang tak mengecewakn. Hoho. Sekali rasa pasti nak lagi. Hehe. Tapi memang betul pun. Aku makan nasi ayam penyet ni buat pertama kalinya masa lepak makan ABC di Arked Cengal. Tiba-tiba aku ternampak ada menu nasi ayam penyet di kedai makan sebelahnya. Disebabkan aku tak pernah makan benda alah ni, aku pun pergi la tanya abang tu. 

Aku : "Nasi ayam penyet ni apa?"
Abang kedai makan : Tidak berkata apa-apa dan hanya membalas dengan senyuman. Setengah minit kemudian, dia cuma kata kalau makan ni pasti tak mengecewakan la. 

Lepas tu dia explain la sikit apa yang ada kat dalam nasi ayam penyet ni.
Aku pun try la order. Bila nasi dah siap, abang tu pun panggil aku. Aku tengok ada 2 bekas polisterene. 
Aku dah confuse. Aku rasa aku order tadi 1 je. Tapi kenapa sampai ada 2 bekas ni?
Aku pun terus la tanya abang tu kenapa sampai ada 2 bekas? Then, sambil tersenyum abang tu pun menjawab, 1 bekas untuk nasi, 1 bekas lagi untuk ayam. Ayam dia besar sangat. Nasi dia pun banyak. Sebab tu la sampai 2 bekas bagai..hahaha..baru aku tahu. Noob betul aku time tu. =_=

So sampai je bilik, aku terus buka kedua-dua bekas tu. Aku kaget sebentar. (Pergh kaget bagai. Haha!) Nasi dia memang penuh gila. Ayam dia plak memang besar. Pastu ada salad, timun, tomato, limau nipis and yang paling best ada sambal belacan! Hoho..Gila sedap la. Aku makan memang penuh feeling time tu. Haha.

Keesokan harinya pula, masa aku ada di bilik member ku yang bernama Nik, aku tengah discuss dengan Nik dan Hidayah about presentation for mandarin class untuk malam tu. Tiba-tiba datang seorang lagi member yang bernama Farah. Dia tanya aku beli kat mana nasi ayam penyet yang aku makan semalam. Sedap ke tak? Aku pun bagitahu la kat dia. Rupa-rupanya seorang lagi member ku yang bernama Hajar teringin sangat nak makan nasi ayam penyet tu. So Farah pun pergi la belikan untuk Hajar. Dah alang-alang Farah belikan untuk Hajar, aku dengan Nik pun pesan la sekali. Hahaha. Hamboihhh..2 hari berturut-turut makan nasi ayam penyet. Kemainnn..hahaha..

So sesiapa yang tak rasa lagi nasi ayam penyet, sila rasa sekarang. Dapatkan di kedai-kedai makan atau restoran yang berdekatan dengan anda. ^_^

You May Also Like

4 7 Comments

  1. uit..
    salam..
    ko mkn kt cngal ek??
    xckup sdap tuh....
    haha
    bek ko g kt retoran pinang..
    blkg nike factory store..
    fuhh..
    musti hari2 nk g..
    tol:)

    ReplyDelete
  2. wslm..
    aah..
    ak mkn kt cengal..
    rest pinang ktne weh?
    bwk la ak g sn..
    huhuhu..

    ReplyDelete
  3. tau kn nike factory store 2??
    dkat mama chop papa grill..
    cr line 2 jek..
    nti ko da g gtau ak..
    huhu

    ReplyDelete
  4. ble la ak nk kuanye..
    ak jrg kua r beb..
    ari 2 br je kua..
    huhuhu..
    t la ble de ms t,
    ak g sn k..

    ReplyDelete