7 KE'KALAU'AN



**post ni ak copy paste dr shbt ku yg bernama shahira @ chiro..beliau yg suruh beta post dlm blog..lalu beta pn post la d cni..credit card 2 her..^_^..kpd yg blm bc lg, sila bc..kpd yg dh bc, nk bc lg pn xpe..nk abaiN pn xpe..den xkesah..ok**

1.Kalau tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknya kamu baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Bila sudah tiada yang nampak, barulah bangun.

2.Kalau terjatuh basikal:
Cepat-cepat naik basikal kamu semula dan buat-buat jatuh sehingga berkali-kali supaya orang ingat kamu sengaja buat lawak.

3.Kalau terjatuh tangga:
Terus bersilat seolah-olah kamu dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

4.Kalau terjatuh dalam longkang:
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka kamu seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

5.Kalau jatuh ketika naik bas:
Jeritlah kuat-kuat "Oi! Apa ni tolak-tolak orang?" walaupun sebenarnya tiada orang di belakang kamu.

6.Kalau terjatuh di depan perhentian bas:
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang membantu kamu. Kalau tak ada yang membantu baring terus sampai malam sehingga tiada seorang pun yang tinggal di perhentian bas itu. Inilah masa yang paling tepat untuk kamu bangun semula.

7.Kalau tergelincir di lantai licin:
Tariklah kawan-kawan atau sesiapa yang ada di sebelah kamu untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah kamu seorang sahaja yang dapat malu. Ye tak?!!

tNx gUys! ^_^

Dzailin Dzulkaflie

0 7 Comments:

Post a Comment


up