Bapak Buat Silap Mata

by - October 24, 2009

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur.
Tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis.

Mereka pun pergi mendapatkan anak itu lalu bertanya kenapa dia menangis..

Si anak menjawab, dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya.

"Haa...kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis.

Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

You May Also Like

4 7 Comments