KISAH 3 ANAK DARA


Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai 

sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. 
Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan 
perkahwinan mereka secara serentak.......



Maka sedih bercampur gembira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa
mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....


Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu 
ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan 

supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka 

walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan,
ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang
dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua
pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing,
si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas,
hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud
yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar
yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud
yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka
yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi "Standard Chartered Bank".
Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya
bermaksud "Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka,
namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita.
Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu,
mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya
juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan
kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan
"MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum.

Di surat khabar, iklan MAS berbunyi,"Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

**gelakgiler.net**

tNx gUys! ^_^

Dzailin Dzulkaflie

XX + XY - sHaRiNg iS seXy
baby_sagy89@yahoo.com
http://xylenedz.blogspot.com

2 comments:

  1. patutnya dia kena tmbah satu lg iklan..MESRA, CEKAP DAN BETUL...trademark PDRM...

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    x terpikir lak lin psl trademark 2..
    keh3..

    ReplyDelete


up