Hajatku yang Tak Kesampaian

by - November 27, 2009



2007 SEM 1 – NSMC
Bermulalah kehidupan baru aku di NSMC. Aku dapat kos sains fizikal tapi akhirnya aku tukar kepada kos sains hayat sebab aku tak berapa minat dalam subjek fizik. F3P2 bertukar kepada H4P2 after 2 weeks at NSMC. Aku prefer member2 kelas H4P2 compare to F3P2 because they all friendly.
Hari demi hari, bulan demi bulan, life aku di NSMC berjalan seperti biasa. Sehinggalah suatu hari aku received 1 message from unknown no. Bila aku tanya siapa, dia tak pernah bagitahu siapa dia. Boleh dikatakan setiap hari dia mesej aku. Mesej-mesejnya amat menakutkan aku. Dia tahu je ke mana aku pergi dan baju apa aku pakai. Macam stalker.
1 day aku tanya dia, dia dak fizik ke hayat. Dia kata dak hayat. Bila aku tanya balik betul-betul, baru dia mengaku yang sebenarnya dia dak fizik. Dia cakap dia dak hayat sebab dia takut aku tak nak kawan dengan dak fizik. Astaghfirullah, aku kawan je dengan siapa pun yang nak kawan dengan aku. Tak kira la dia tu dak hayat ke fizik mahupun akaun.

2007 SEM 2 – NSMC
Start je sem 2 ni, aku ingatkan dia takde la mesej-mesej aku lagi. Rupa-rupanya ada lagi dia mesej. Selalu tanya aku buat apa. Even masa sem break pun, dia still mesej aku. Rimas gak aku rasa. Until 1 day, aku bagitahu amin (ex-bf), yang dak ni selalu kacau aku.
Masa hari terakhir aku kat NSMC 2, dia mesej aku cakap nampak aku. Aku nak jumpa dia tapi dia tak nak. Dia seboleh-bolehnya tak nak aku tahu siapa dia. Aku rasa marah sangat. Sedih pun ada. Sebab itu la hari terakhir dia nampak aku. Maybe lepas ni dia tak dapat jumpa aku lagi n aku pun tak dapat nak cari dia yang mana 1 lagi.

2008 SEM 1 – UTM
Dia still lagi mesej aku tapi kali ni da jarang-jarang. Dia pernah cakap kat aku yang dia tak nak ganggu aku lagi sebab ada seorang dak laki mesej dia, marah-marah. Aku tahu laki yang dia maksudkan tu amin. Aku pun explain kat dia kenapa aku buat macam tu dengan harapan dia dapat bagitahu aku siapa diri dia yang sebenar. Tapi harapan hanya tinggal harapan. Dia still berdegil tak nak bagitahu. Aku rasa pelik + hairan kenapa dia mengelak sangat bila aku tanya siapa dia. Aku terpaksa pasrah. Aku sedar siapa diri aku. Apa yang boleh aku buat cuma berdoa kepada Allah semoga suatu hari nanti pintu hati dia terbuka untuk bagitahu aku segala-galanya.

2008 SEM 2 – UTM
1 day aku mesej dia tapi bukan dia yang reply mesej tu. Adik dia yang reply. Aku pun mesej je la dengan adik dia. Adik dia bagitahu yang dia sekarang ada kat hospital luar negara coz kena operate. Terus mengalir air mata aku. Aku terlalu risaukan dia. Aku tak pernah lupa berdoa semoga dia cepat sembuh n semoga Allah memberi peluang kepada ku untuk berjumpa dia.
Beberapa minggu lepas tu, dia mesej aku. Dia tahu yang adik dia bermesej dengan aku masa dia takde. Aku terus tanya dia tentang kesihatan dia. Tapi dia langsung tak nak bagitahu aku apa sakit dia. Cuma dia kata dengan aku jangan risau tentang dia. Itu je. Aku agak kecewa dengan dia sebab langsung tak nak bagitahu apa-apa pasal dia kat aku. Aku ni macam tak penting je. Kata nak kawan dengan aku tapi dia buat aku macam ni. Yela..aku sedar siapa diri aku.

2009 SEM 3 – UTM
Dah lama dia tak mesej aku. Curious gak aku nak tau kenapa. Masa sem break ni tiba-tiba aku rasa rindu kat dia. Maybe sebab aku dah lama tak terima mesej dari dia. Semalam, 26/11/2009, tergerak hati nak hantar mesej kat dia.

A = Aku           D = Dia

A :        Selamat hari raya Aidiladha..ampun maaf dipinta..=)

D :       Selamat hari raya Aidiladha juga..maaf ye tapi boleh saya tahu siapa ni?

A :        Hm..saya manusia biasa..insan hina..tak perlu tahu la siapa saya..

D :       Siapa ni? Jangan nak main-main pula..baru minta maaf lepas tu nak cari gaduh pula?

A :        Hm..macam tu la perasaan saya bila awak buat macam tu kat saya dulu..k la, tak yah fikir lagi. saya bukan nak cari gaduh dengan awak pun. Takde niat pun. Sori..

D :       Kalau tak mahu bagitahu siapa, jangan mesej awal-awal lagi..awak mesej ni nak minta maaf @ nak balas dendam kat saya? Jangan fikir? Memang tak pernah fikir pun tapi kalau dah saya pernah buat salah kat awak, sorry la..

A :        Takde niat pun nak balas dendam..tapi..hm takpe la.

D :       Awak k.lyn kn? Patut la macam familiar je no ni. K.lyn sorry, bukan abg tak nak mesej k.lyn tapi dia tak dapat..

A :        Ni adik ikram ke? Akak ingat ikram..

D :       Ni adik dia..adik minta maaf bagi pihak abg..dia tak pernah ada niat nak mainkan k.lyn..

A :        It’s ok..abg buat apa? Kenapa k.lyn mesej dia dulu dia tak reply?

D :       Bukan dia tak nak reply tapi tak dapat reply..

A :        Tapi kenapa?

D :       Dia sakit..

A :        Dia sakit apa adik? Dia kat mana sekarang?

D :       Dia kena barah usus..dia dah takde kak..hari ni hari last adik guna hp dia, nanti mummy nak kemas semua barang-barang dia..

A :        Hah? Kenapa adik tak bagitahu akak?

D :       Sebab abg pernah cakap, biar la kak terus tak suka dia dari sedih sebab berkawan dengan dia..

A :        Adik, akak nak call adik kejap boleh tak?

D :       Sorry kak tapi adik tak sedia nak cakap dengan siapa-siapa..adik dah hilang abg, adik tak sedia nak cakap dengan orang-orang yang abg sayang..

A :        Adik..akak sayang dia dik..akak sayang dia sangat-sangat walaupun akak tak pernah berpeluang untuk kenal dia..akak banyak kali cakap dengan dia nak kenal dengan dia tapi dia halang..akak tak tahu kenapa..akak sedih dik..

D :       Dia tak nak akak kenal dia sebab dia tak nak akak sedih..adik pernah bagitahu dia, at least jumpalah akak walau sekali tapi dia marah adik..sekarang adik dah faham kenapa dia buat begitu..dia tak nak akak sedih sebab dia..akak hidup la macam biasa..kami pun dah pasrah dengan semua ni..

A :        Kenapa adik tak contact akak bagitahu pasal ni? Patut la lately ni akak teringat kat dia..

D :       Itu pesanan dia..adik tak boleh mungkir janji..

A :        Adik..hm..dulu adik ada janji dengan akak, nak bagi gambar dia..tapi sampai sekarang adik tak bagi-bagi..akak tunggu je..

D :       Maaf, adik tak dapat bagi apa-apa..adik nak kemas barang dia ni..akak jangan sedih-sedih k..nite..

A :        Adik..adik tak kesiankan akak ke..cuba adik kat tempat akak, apa yang adik rasa? Tolong la adik..akak merayu..

D :       Maaf..akak hidup la macam biasa, jangan cari abg lagi..hp ni takkan digunakan lagi..

A :        Takpe la adik..apa-apa pun, akak doakan semoga roh arwah dirahmati Allah..amin.. 

Bila aku baca mesej yang dia dah takde, tersentak aku..air mata pun laju je mengalir di pipi.. sampai aku terus jadi tak selera nak habiskan lemang yang aku tengah makan..cepat-cepat aku pergi dapur basuh tangan n terus masuk toilet. Aku tak nak siapa-siapa pun nampak aku nangis. Lepas tu, aku terus naik atas masuk bilik aku. Aku betul-betul tak sangka yang dia pergi secepat itu.
Hajatku ingin berjumpa dengan dia tak kesampaian. Harapan ku selama ni hanya tinggal harapan. Aku terus menangis tanpa henti sampai la kepala aku jadi pening sangat. Aku terus stop menangis and pretend takde apa-apa berlaku bila akak aku masuk bilik. Untuk hilangkan kesedihan di hati, aku online sampai pukul 3.40am. Lepas tu akak aku nak tidur dan aku pun rasa nak tidur gak sebab dah terlalu lewat. Bila aku tutup mata je, aku terus teringatkan dia. Air mata aku mengalir lagi. Sekali lagi kepala aku pening n sampai gigi aku pun sakit. Aku masih tak dapat terima pemergian dia. Malam tu ak tak boleh lelap. Dalam fikiran aku cuma ada dia. Aku terasa rindu sangat kat dia. Aku rindu untuk terima mesej-mesej dari dia. Aku rindu semua gurau senda dia pada aku. Aku teringin sangat nak jumpa dia walaupun hanya dalam mimpi.
Pada keesokan pagi, pukul 7am, ibu kejut aku dari tidur. Tersedar je aku dari tidur, 1st thing yang aku fikir adalah dia. I keep thinking of him. Ya Allah..aku benar-benar merindui dia.. Jelas skali mata ku bengkak sebab menangis semalam. Tapi luckily family aku tak perasan.
10.30am, after kemas rumah, aku terasa nak hantar mesej kat adik dia.

A :        Adik..akak nak minta 1 permintaan boleh?
D :       Nape?
A :        Suatu hari nanti akak nak ziarah kubur dia..tapi akak tak tahu macam mana nak ziarah kubur dia..ke adik tak bagi akak ziarah kubur dia?
D :       Adik tak kisah kalau akak nak pergi tapi nanti adik bagitahu mummy dulu..nanti adik bagitahu akak..
A :        Ok..thanks adik..

Tamat la sudah mesej aku dengan adik dia. Sekarang ni aku menanti jawapannya..aku nak sangat ziarah kubur arwah. Walaupun hajatku untuk bertemu dengan dia tidak kesampaian, semoga hajatku untuk ziarah kuburnya terlaksana. InsyaAllah..
Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya tenang di sana dan dicucuri rahmatMu ya Allah..amin..

Walaupun susah untuk aku terima semua ni, tapi aku terpaksa kuatkan semangat. Life must go on. Aku rasa dia pun tak suka tengok aku asyik menangis je. Dia tak nak aku sedih-sedih n sentiasa nak tengok aku happy. Itu la yang dia pernah kata kat aku dulu. Jadi aku cuba untuk tidak menangis lagi. Tapi itu tak bermakna yang aku lupakan dia. Dia sentiasa dalam hati aku. Sampai bila-bila pun aku akan ingat dia.

You May Also Like

16 7 Comments

  1. xy.
    condolence.
    takpe.
    semua yang hidup pasti akan pergi.
    jangan diratapi pemergiannya.
    mungkin Allah lebih sayangkan dia.
    kita pun akan pergi juga satu hari nanti.
    sementara kita masih hidup, sama-sama la kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah.
    sabar ye, xy.
    aku yakin.
    dia pon tanak kau sedih-sedih.
    setiap yang terjadi, pasti ada hikmah di sebaliknya.
    aku pernah dengar ayat neh.
    "makin sayang Allah pada kita, makin hebat dugaan yang Dia berikan buat kita."
    insyaAllah.
    agar dia tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  2. betul kate2 ko 2 aja..
    skit demi skit ak da dpt trime pemergian dy..
    ak kne redha dgn ape yg b'laku..
    Allah lbh sygN dy..

    ReplyDelete
  3. ak tgk post mu kt fb td tibe2 rase mcm nok bace....nie ar 1st time ak bace blog mu....ak agok sedih ah bace cite mu nieh...tp se je ak bulih kabo ke mu...sabo + redha....moge2 die termasok dlm golongan org2 beriman....al-Fatihah tuk die...

    ReplyDelete
  4. tnx anonymous sbb bc blog ak 4 da 1st time..
    tahniah r buat mu..
    ak cbe utk sbr + redha ats pe yg t'jd..
    nway, tnx 4 ur support..

    ReplyDelete
  5. sabar ye dik, kita sentiasa diuji :)

    ReplyDelete
  6. kak maiyah, adk akn cbe b'sbr..
    adk tau Allah sentiasa menguji hamba2Nya..

    ReplyDelete
  7. sedihnya
    takpa laa
    doakan utk dia banyak2 yea
    al fatihah

    ReplyDelete
  8. h4p2 best eh?
    hehehe
    laki yg kcau ko dlu 2 ke?
    tym kat mtrix kn?
    yg ko bising2 nga kira 2?

    tkziah la....
    tp sapa dy?
    curious ak nak thu gak...

    ReplyDelete
  9. >>noorlaila
    yep.same2 kte berdoa ye.moga dia aman d sn..amin..

    ReplyDelete
  10. >>ainun
    cte betul la ni..
    mu igt ak msk p'tndgn cerpen ape..
    huhuhu..

    ReplyDelete
  11. >>nursarah87
    jgn ngs lak ye..
    huhu..

    ReplyDelete
  12. >>suzie
    h4p2 mmg terbaik r..hehe
    aah..laki 2..
    smpi skang ak xtau sp dy..huhu
    t klu ak da g umh dy,
    ak bgtau ko k..

    ReplyDelete
  13. sedih.huuu.i plak yg nak menitis air mate.huu.
    wlopon x kenal, tp blh wujud jgk rase rindu+syg kan? means, dia mmg sukekan u tp die xnak u merana in the future. sempoga roh dia dirahmati.

    ReplyDelete
  14. >>ery farieha
    u yg bc pn nk menitis air mate, ini kan pulak i yg merasa..huhu
    sometimes perasaan 2 boleh wujud bila2 ms je tnpa kite sedar..
    i fhm np dy wt cm 2 kt i n i trime dgn redha ats ape yg berlaku..

    ReplyDelete