Zikir Supaya Terpelihara daripada Sifat Lalai dan Lupa

Bacalah Asma'ul Husna (Ar-Rahman; Yang Maha Pemurah) sebanyak 100x selepas setiap kali solat Fardhu.
InsyaAllah kita akan terpelihara daripada sifat lalai dan lupa.

Doa Dibersihkan Zahir dan Batin serta Kuat Hafalan

Amalkan zikir Asma'ul Husna (Al-Muhaimin; Yang sangat menyintai dan memelihara) ini sebanyak 100x selepas setiap kali solat Sunat 2 rakaat terutamanya pada waktu tengah malam.

InsyaAllah akan dibersihkan zahir dan batinnya.
Hatinya akan tetap bercahaya.
Jika baca sebanyak 145x selepas solat Isyak, akan kuat hafalannya.

InsyaAllah..

Doa Kebersihan Hati

Hati yang bersih akan memudahkan kita mempelajari dan menerima sesuatu.
Hati yang bersih juga memudahkan kita untuk menghafal.

Amalkan doa daripada ayat 10, Surah Al-Hasyr.
Khususnye selepas setiap kali solat.
InsyaAllah, Allah akan mengurniakan hati yang bersih.

Doa Sebelum Belajar

Ya Allah Ya Tuhanku,
Lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.

Doa untuk Mudah Menghafal

Amalkan ayat 79 surah Al-Anbiyya setiap hari sebelum Matahari terbit.
Kemudian bacalah doa yang selepasnya sekaligus selepas habis membaca ayat itu.
Bacalah sebanyak 10 kali selama 7 hari berturut-turut.

Cara Menghilangkan Kebebalan

Bacalah Bismillahirrahmanirrahim pada segelas air sebanyak 786x pada waktu malam hari. 
Pada keesokan harinya, sewaktu Matahari sedang terbit, minumlah air itu. 
Lakukan selama 7 hari. 
InsyaAllah kebebalannya akan menjadi kurang.

Renung-renungkan dan Selamat Beramal

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita, hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

SCJ Album

Click to play SCJ ALBUM


up