PENTINGNYA KUKU KITA

by - March 23, 2010

saje nk kongsi ngn korg sume info psl kuku ni. ms dlm kls effective communication td, kwn ak, fadh, tegur warna kuku ak yg seakan2 warna pink. tp warna kuku dy x mcm 2 lak. then, ak compare lak warna kuku ak ngn mbr aku lg sorg ni, fara. dan kami m'punyai warna yg sm. then fara pn bgtau la ak yg sbnrnye kuku kte ni melmbgN thp kesihatan kte. so ak pn cri la info psl kuku ni. n ini yg ak dpt. mari kte bc ye..


ini bukan kuku ak.harap maklum.


PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN KUKU

Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan, keadaan seakan-akan tergores, titik putih kecil, lunula yang merosot, bentuk yang melengkung(cekung), rata dan menggelembung boleh membuktikan tahap kesihatan seseorang termasuk sakit di bahagian badan yang lain, kekurangan nutrisi, kesan dadah atau racun, atau mungkin juga kecederaan pada kuku itu sendiri. Kuku juga boleh menebal (onikogriposis/onychogryposis), menjadi longgar (onikolisis/onycholysis), dijangkiti fungus (onikomikosis/onychomycosis) atau menjadi lebih buruk (onikodistrofi/onychodystrophy).
Berikut merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit:
  • Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung.
  • Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik.
  • Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrisi atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campakcacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk).
  • Lapisan merah membujur pada kuku, menandakan pendarahan pada salur kapilari. Garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi.
  • Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik.
  • Timbulnya bintik-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik).
  • Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atauhati.
Walau bagaimanapun, peningkatan usia juga menyebabkan strutur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kukunya.

PENJAGAAN KUKU
Produk-produk penjagaan kuku sahaja tidak mencukupi untuk memelihara kesihatan kuku. Berikut adalah beberapa panduan mudah dalam penjagaan kuku:-
  1. Jangan salah gunakan kuku. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu.
  2. Jangan gigit kuku anda atau mengorek kutikel. Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
  3. Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama.
  4. Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam dan kertas emeri yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  5. Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit.
*Credit to http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuku*

tNx gUys! ^_^

Dzailin Dzulkaflie

XX + XY - sHaRiNg iS seXy
baby_sagy89@yahoo.com
http://xylenedz.blogspot.com

You May Also Like

8 7 Comments

  1. opppss...pasni kena lah jaga kuku..hik3..thanks for your informations...

    ReplyDelete
  2. ha..bgs2..hehe..
    u r welcome..^_^

    ReplyDelete
  3. btol3..jagela kuku anda..kuku ak tecabut smpe skang bru tmbuh secoet jew...

    ReplyDelete
  4. kuku t'cabut??
    sakitnye..huhuhu..

    ReplyDelete
  5. yup2..naek gng nye psl..ni kli kedue tecabut tp plg lmbt nk heal..

    ReplyDelete
  6. waduh2!! t klu nek gng lg, pki glove taw! huhu..

    ReplyDelete
  7. ni kuku kaki la syang oi..hahahaha..ade eh glove utk kai..kekeke

    ReplyDelete
  8. jap nk gelak dulu.
    hahahahahahahahahahahaha...
    asl xbgtau awl2 kuku kaki...
    adehhhh...huhuhuu

    ReplyDelete