BAKAL TAK TIDO BERHARI-HARI

by - September 25, 2010


salam sume..
malam ni malam yang agak tenang aku rase.
hutan kat belakang ni pun sunyi sepi takde bunyi.
henpon pun takde melalak lagu justin bieber (off sebab tengah cas)
 kipas pun macam takde bunyi bile main kejar-kejar antara dorang (sebab aku buat speed satu je)
jadi yang kedengaran hanyalah bunyi Keyboard HitamPutih bersama Tetikus MerahHitam yang sibuk dengan agenda masing-masing.

kenape aku tulis tajuk sedemikian ye?
sebabnye aku dapat berita gembira petang tadi daripada supervisor aku.
full draft tesis + SRS + SDD of PSM kene anta minggu hadapan ye.
tesis aku baru siap sampai chap 3.
SRS masih zero.
SDD juga masih zero.
last-last aku jadi zorro. ngahaha.
nampak bahagia kan aku?
ye memang bahagia.
bahagia sampai tak tido berhari-hari mungkin.
oh bagi yang tak tahu ape itu PSM, SRS mahu pun SDD, sila google ye. kalau nasib anda baik, anda akan jumpa ia shortform bagi ape.
berbalik kepada tajuk di atas.
nampak tak aku sangat selesa pada ketika ini?
masih boleh mengeluarkan idea untuk menulis di dalam blog.
memang agak membuang masa jika dilihat dari sudut negatif.
jadi sila lihat dari sudut positif ye.
aku menulis blog ini bukan untuk suke-suki sahaja ye.
tapi aku ade sebab musabab kenape aku suke berblog walaupun 9/10 adalah mengarut semate-mate.
sebab yang paling utama adalah untuk menghilangkan tekanan jiwa dan perasaan aku yang sentiasa bercampur-baur ni.
contohnye macam sekarang ni.
disebabkan aku tak nak tension sangat buat PSM, jadi aku berblog sekejap.
lepas aku publish post ni, aku sambung la wat PSM aku tu. huhuhu.
so sekarang aku nak publish post ni sebab nak sambung wat PSM.
selamat malam wahai sahabat.
 

tNx gUys! ^_^
Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com  
http://xylenedz.blogspot.com

You May Also Like

0 7 Comments