DI MANAKAH TEMPAT TINGGAL JIN?

by - September 21, 2010

Ada yang mengatakan jin tinggal di dalam gua, laut dan hutan. Berikut adalah beberapa riwayat yang menjelaskan mengenai tempat tinggal jin agar kita tidak mengganggu mereka dan mereka tidak mengganggu kita.

1. Abu Muhammad (Abu Syeikh) di dalam kitabnya "Al-Uzmah" menceritakan satu bab khusus tentang jin dan kejadiannya. Beliau meriwayatkan satu hadis daripada Bilal bin Al-Haris. Katanya:

"Kami pernah pergi bersama Rasulullah s.a.w. dan rehat di suatu tempat untuk buang air. Di mana dan bila saja Rasulullah akan Jin Muslim dan musyrik sedang bergaduh dan bermohon kepadaku untuk mendamaikan mereka. Maka jin yang Muslim saya tempatkan di kawasan yang bernama Jalis manakala jin yang musyrik saya tempat dikawasan yang bernama Ghour." buang kotoran, baginda pasti menjauhkan diri dari manusia. Lalu aku (Bilal bin Al-Haris) membawakan satu baldi air dan kuletakkan di dekatnya. Tiba-tiba aku mendengar suara gemuruh, iaitu suara pergaduhan yang belum pernah kudengar bahasa yang mereka pergunakan. Setelah Rasulullah mengetahui bahawa aku pun mendengar apa yang baginda dengar, maka sabdanya:

"Jin Muslim dan musyrik sedang bergaduh dan bermohon kepadaku untuk mendamaikan mereka. Maka jin yang Muslim saya tempatkan di kawasan yang bernama Jalis manakala jin yang musyrik saya tempat di kawasan yang bernama Ghour."
Perawi hadis ini, iaitu Abdullah bin Katsir bertanya kepada ayahnya, "Apakah Jalis dan Ghour itu?"

Katsir menjawab, "Jalis adalah suatu tempat yang terletak di dusun dan kawasan pergunungan, sedang Ghour adalah antara gunung dan lautan." Abdullah bin Katsir seterusnya berkata, orang yang diganggu jin di Jalis kebanyakannya selamat, sedangkan yang diganggu di antara lautan dan gunung jarang sekali yang selamat.

2. Imam Za-maksyari di da-lam kitab "Ra-biul Abrar" menjelaskan bahawa otang-orang di dusun berkata, "Kami pernah singgah di suatu kawasan di mana terdapat ramai orang dan ada beberapa khe-mah. Tetapi tiba-tiba orang ramai dan khemah-khemah tersebut hilang dari pan-dangan kami. Mereka merasa yakin bahawa orang-orang itu adalah jin, sedangkan khe-mah-khemah itu adalah tempat tinggal mereka."

"Tidak ada satu keluarga Muslim, kecuali pada atap rumahnya terdapat jin yang Muslim pula. Bila keluarga Muslim itu telah menyiapkan makanan pagi, jin itu pun turun dan ikut makan bersama; dan bila mereka makan petang, jin itu turun dan makan petang bersama mereka. Dengan jin itu Allah Ta'ala menjaga keluarga berkenaan."

Dengan itu jelas bahawa adakalanya jin itu boleh dilihat oleh manu-sia. Yakni sama ada mereka yang boleh melihat jin itu kerana kekuatan ilmunya atau kerana jin-jin itu menyamar sebagai manusia.

3. Imam Malik di dalam kitab "Al-Muwatha" meriwayatkan bahawa a.da berita yang sampai kepadanya, iaitu ketika Umar bin Khattab r.a. hendak pergi keraqj Ketika itu Ka'bul Akhbar berseru kepada beliau, "Wahai Amiril Mukminin, janganlah engkau pergi ke sana, sebab di Iraq terdapat 9/10 sihir dan banyak jin-jin yang jahat dan fasik serta penyakit yang sukar diubati."

JIN SUKA TINGGAL DI TEMPAT-TEMPAT KOTOR

Berikut adalah satu riwayat yang menjelaskan bahawa setiap Muslim diikuti oleh jin yang Muslim pula. Riwayat ini berasal daripada Yazid bin Jabir r.a.: "Tidak ada satu keluarga Muslim, kecuali pada atap rumahnya terdapat jin yang Muslim pula. Bila keluarga Muslim itu telah menyiapkan makanan pagi, jin itu pun turun dan ikut makan ber-sama; dan bila mereka makan petang, jin itu turun dan makan petang bersama mereka. Dengan jin itu Allah Ta'ala menjaga keluarga berkenaan."

Jin juga suka tinggal di tempat-tempat kotor seperti tandas, kolam dan tempat-tempat pembuagan sampah. Oleh itu dilarang buang air di sebarang tempat kerana dibimbangkan tempat itu menjadi tempat tinggal jin.

Sabda Nabi s.a.w.: "Tandas itu tempat yang sering didatangi jin. Oleh itu bila kamu masuk ke tandas, berdoalah dengan doa: Ya Allah, aku berlindiing kepada-Mu dari syaitan laki-laki mahupun syaitan perempuan." 




tNx gUys! ^_^

Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com http://xylenedz.blogspot.com

You May Also Like

4 7 Comments

  1. terima kasih kongsi perihal ni..

    mmg kena tau ni..sbb kadang2 orang kita main tibai jer...hehe

    ReplyDelete