Apa Hukumnya Wanita Bertudung yang Bersanggul Tinggi?


Salam kepada semua pembaca post ini..
Selama ini saya tidak pernah terfikir tentang hukum wanita bertudung yang bersanggul tinggi seperti dalam gambar di atas.
Tetapi setelah perkara ini disebut oleh kawan saya yang bernama Hanafiah, maka saya mula berfikir mengenai status hukum tersebut. Terima kasih sahabatku.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa fesyen tudung zaman kini ada bermacam-macam. 
Salah satunya adalah fesyen tudung bersanggul.
Saya sendiri terlibat sama dalam hal ini.
Setelah saya membaca beberapa artikel mengenai sanggul tinggi ini, saya masih lagi musykil dengan status hukumnya.

Dr Mashitah pernah menjawab persoalan yang timbul ini dengan memberi jawapan bahawa "tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya. Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka".

Ini pula pandangan dari Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal :
Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis di bawah. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya. 

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik. 

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya. 

Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud : 

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim). 

Jadi, kesimpulannya yang saya dapat buat adalah lebih baik jika kita merendahkan sanggul kita apabila bertudung. Islam tidak pernah menyusahkan kita..cuma kita sahaja yang menyusahkan diri sendiri. 

2 comments:

  1. hmm..saya pun sebenarnya tak paham kenapa trend sekarang ramai suka sanggul tinggi.makin tinggi makin cantik ke?hush,musykil..musykil..

    ReplyDelete
  2. huhuhu..ntah la..myb sbb suke ikut trend kot..tanpa disedari yg trend sebegitu ade keburukan rupenye..huhu

    ReplyDelete


up