JENIS-JENIS FOBIA

by - October 25, 2010

Ailurophobia : Fobia pada kucing
-ukeh fine. memang pada hakikatnya aku fobia dengan kucing-kucing segala ni. kau bagi la kucing parsi comel macam mana sekalipun, aku tetap tak boleh nak 'berbaik' dengan kucing. bukan la nak kata yang kucing tu pernah buat jahat kat aku ke apa, tapi memang sejak dari dulu aku tak boleh 'ngam' dengan kucing ni. kucing pun kalau jumpa aku, dia mesti nak datang dekat dengan aku. sebab orang kata, kalau kita lagi tak suka kat dia, lagi la dia suka datang kat kita. dan itu la yang terjadi pada aku. huhuhu..tak tau la bila agaknya aku boleh nak main-main dengan kucing ni haa..mungkin satu hari nanti..MUNGKIN!!!

Apiphobia : Fobia pada lebah
-ukeh. ni kisah fobia pada lebah lak. aku sejak-sejak kena sengat lebah kat KP hari tu, sejak tu la aku jadi fobia dengan lebah. tak boleh langsung nampak dia terbang dekat-dekat dengan aku. rasa macam nak lari 1000m je time tu. masalahnya mampukah?ngahaha..tapi yang pelik tu kan. lebah ni sama la pulak perangainya dengan kucing. makin aku takut, makin dia datang. kat orang lain dia tak nak datang lak tu. haish. pelik aku.

Aquaphobia : Takut akan air.
-ukeh. ni bukan masalah aku takut dengan air kat toilet ke apa. ni masalah aku takut dengan air laut! secara spesifiknya aku takut lemas. faham? haa..bagus la kalau faham. kenapa aku takut lemas? oit. cuba bagitahu aku, sapa je yang tak takut lemas? sapa? haa..tak da kan? semua orang takut lemas..MELAINKAN dia pandai berenang. hehehe..actually aku takut mandi laut sebab aku tak pandai berenang dan takut lemas! haa..hamek kau pengakuan jujur tulus ikhlas dari aku. ngahaha.. 

Bufonophobia : Takut kepada katak dan kodok.
-ukeh. sapa yang berani pegang katak/kodok? memang aku tabik la orang yang berani bermain dengan katak kodok segala ni. aku geli kot dengan binatang yang lembik-lembik macam tu. ish. lagi satu aku selalu takut nak tengok binatang ni sebab takut ia kencing kena mata kita. boleh buta kot! huhuhu.. nasib baik la masa aku kat matrik dulu disuruh bedah tikus dan bukan katak. fuhhh! lega..ngahaha..

Cnidophobia : Takut dengan sengatan.
-ukeh. sebut je semua serangga yang boleh menyengat. semua aku takut! ngahaha..

Insectophobia : Takut dengan serangga.
-ukeh. actually banyak juga aku takut dengan serangga ni. salah satunya adalah lipas. kalau nak makan kat sesuatu tempat tu, pastikan tak ada lipas dulu. baru selera sikit aku nak makan kat situ. bukan apa, kalau tempat makan tu ada lipas berkeliaran bagai, maknanya tempat tu agak tidak bersih. huhuhu..

Zoophobia : Takut dengan binatang.
-ukeh. senang cerita macam ni la. aku lebih banyak fobia dengan binatang daripada fobia dengan benda-benda lain seperti fobia dengan tempat tinggi, fobia dengan lelaki, dan macam-macam fobia lagi. kenapa agaknya ya? hurmm..aku sendiri pun tak tahu kenapa. tapi yang pasti, walaupun aku fobia dengan binatang, aku tetap mempunyai sifat sayang akan haiwan dan tak sanggup pun nak bunuh haiwan apatah lagi nak bunuh manusia kan. eh2..tiba-tiba lak. hehehe..

sekian sahaja 7 jenis fobia yang aku alami..
yang pasti aku tak fobia dengan nombor 7..
ngahaha..

You May Also Like

2 7 Comments

  1. kucing binatang yang come okeh.. maka itu dekatilah ia ;D

    *rugi la takut mandi laut, camne nk sunburn atas pelampung ni? hehee

    ReplyDelete
  2. kucing mmg comel..tp bulu kucing tu bahaye gak..hehehe..

    sunburn? ngahaha..so sy xyah la ssh2 nk bli sunblock segale kannnn..hekhekhek!

    ReplyDelete