Presentation PSM 1

 ~muka sebelum present~

assalamualaikum..
alhamdulillah..
selesai sudah presentation PSM 1 aku semalam..
aku bersama 2 lagi sahabat iaitu Hamizah dan Zahin present pada hari dan tempat yang sama iaitu di Lab CASE.
kami bertiga merupakan pelajar yang mempunyai supervisor yang sama iaitu En Firdaus Harun.
penilai pertama kami iaitu Dr Dayang Norhayati ada hal semalam so diganti dengan En Zulkifli. 

 ~muka bila Dr Dayang serahkan kami punya draft PSM 1 kepada En Zul~

mula2 rase nervous je nak present.
tapi tengah present ok je.
soalan2 ditembak bertubi-tubi dari En Zul dan PM Noraniah (selaku pengerusi dan penilai ke-2).
even killer question yg ditembaknye pd aku, tapi aku cuba jawab dengan memberi jawapan yang agak munasarawak.haish.
ada juga soalan yang aku cuma bagi senyuman sebagai jawapan.ngahaha.
ini la presentation yang aku rase agak pelik sebab sepatutnya aku present dalam fully BM tapi aku bantai rojak dengan BI segala.ngahaha.
hamek kau!
yela..mana lah pandai nak fully BM sebab dah 2 tahun setengah kat UTM ni kalau present je dalam BI.
ni tiba2 nak present projek dalam BM. 
memang kelam ah gitu!ngahaha..

~muka zahin selepas present~

ok la.
itu je aku nak cerita pasal presentation PSM 1.
tamat sudey~ 

0 7 Comments:

Post a Comment


up