CONTEST CERPEN SESEDAP RASA

by - December 20, 2010

As'salam kepada semua pembaca.. Kepada blogger yang suka menulis, jom join Contest Cerpen Sesedap Rasa yang dianjurkan oleh Ain Zulaikha.
Sila baca ye cara penyertaannya..^_^

Berikut adalah cerpen yang dihasilkan oleh Elyn..Selamat membaca! ^_^
Al-kisah.. Pada suatu hari, Ain Zulaikha nak lintas ke seberang jalan. Elok je kaki kiri dia jejak ke jalan, tiba-tiba ada satu teksi warna merah ni bukan main lagi membunyikan hon berturut-turut kat Ain. 

Tiba-tiba driver teksi tu sound Ain.
Driver teksi : Hey! Kau boleh ke tepi tak? Dah lama hidup ke kat dunia ni ha? Aku tau la kau pakai baju warna kuning, tapi tak payah la nak suruh aku bersedia untuk berhenti pulak! Aku nak cepat ni tau tak! Hish budak nih! 

Walaupun cuaca sejuk sebab baru je lepas hujan, tapi hati Ain dah panas bila kena sound dengan driver teksi tu. Lalu Ain pun membalas : 
Ain : Hellooo..aku nak kata kau ni buta, tapi kau boleh pula bawa teksi. Aku rasa kau kena pakai spek la lepas ni. Mata kau dah rabun tu. Mungkin rabun warna agaknya. Kau tak nampak ke lampu isyarat sekarang warna merah dan bukannya warna hijau? Yang warna hijau sekarang ni untuk orang melintas jalan macam aku ni ha! Ada gak driver teksi yang kena lempang dengan aku ni kang!.

Tiba-tiba terdengar suara meow..meow..Oh ada kucing lintas jalan juga rupanya. Lalu Ain berkata lagi kepada driver teksi itu.
Ain : Kau tengok..kucing ni pun pandai ikut peraturan. Melintas bila lampu isyarat untuk melintas bertukar warna hijau. Tapi kau manusia yang ada mata, ada akal, tapi tak reti nak ikut peraturan. Manusia macam mana kau ni ha? Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri! Lepas tu, Ain terus je blah dari situ. Driver teksi tu agak terkejut kerana dia tidak menyangka akhirnya dia yang kena sound balik dengan perempuan bertudung pink tu. Dalam hatinya berkata, "Padan muka aku!". 

Ok..setelah habis tenaga memarahi driver teksi tu, Ain terasa lapar dan dahaga. Dia meneruskan perjalanan sehingga la terjumpa sebuah restoran yang diberi nama Restoran Ain Zulaikha. "Eh, nama restoran ni sebijik sejiban macam nama aku. Agak-agak kalau aku makan kat sini, boleh free tak ha? Kalau tak free pun, dapat diskaun 70% pun jadi la..ngahaha..". So Ain pun meneruskan niatnya untuk makan di restoran tersebut.

Sebaik sahaja kaki Ain melangkah ke restoran itu, Ain ternampak seorang lelaki bertubuh sasa di hadapannya. Tapi Ain tak dapat la nak tengok muka dia hensem ke tak sebab dia membelakangkan Ain. Dah la dia pakai baju warna pink. Eh, tersama pula dengan warna tudung Ain. Ada jodoh ni! Ngahaha.. 

Dalam hati Ain saat ini berkata, "OMG! OMG! Adakah aku dah jumpa Mr. Right yang aku cari selama ini? Macam hensem je mamat pakai baju warna pink tu. Selalunya kalau pakai baju warna pink ni, muka dia mesti jambu. Dan mungkin juga jambu merupakan buah kegemarannya. Arghh..merepek sudah aku! Hurmm..why not kalau aku cuba try test duduk semeja dengan dia? Untung-untung dia belanja aku an. Wahhhh..bahagia sungguh rasa hidup ini!".

Dan Ain pun meneruskan langkahnya menuju ke arah meja yang diduduki lelaki yang telah mencuri perhatiannya itu. Sebaik sahaja Ain melihat muka lelaki itu, tiba-tiba sahaja ribut taufan dalam hati Ain. 

Ain : Eh, kau bukan ke driver teksi yang poyo giler tadi? Macam mana pulak kau boleh makan kat sini? Bukan kau sibuk-sibuk nak cepat ke tadi?

Driver : Eh, kau.. Suka hati aku la nak makan kat mana pun. Aku cepat-cepat tadi sebab nak ambil penumpang kat taman perumahan kat depan tadi tu ha. Tapi bila aku sampai, tengok-tengok dia da blah naik teksi lain. Ni semua kau punya pasal la sebab membebel lama sangat kat aku tengah jalan tadi. So sekarang aku nak kau duduk sini dan belanja aku makan atas sebab kerugian aku hari ini. Paham!

Ain berasa sangat geram dan tidak puas hati. Dah la dia harapkan lelaki itu yang belanja dia. Alik-alik dia pula yang kena belanja lelaki itu. Hurmm..tapi atas dasar kesian dan simpati, Ain pun belanja la lelaki tersebut. Dalam hati Ain berkata, "Nasib baik la kau ni hensem! Kalau tak hensem, jangan harap la aku nak belanja!" ^_^

Sesudah je makan semua, Ain meminta lelaki tersebut menghantarnya ke rumah. Ye la..lelaki tu kan driver teksi..Ain dikira penumpang la kan. So sampai je depan rumah, lelaki itu meminta no telefon Ain. Disebabkan Ain dah jatuh hati dengan lelaki itu, jadi dia pun dengan senang hati memberi no telnya kepada lelaki itu. Dan lelaki tersebut juga telah memberikan no telnya kepada Ain.

Pada malam hari, sedang Ain berbaring-baring di atas katil sambil baca komik Under18, tiba-tiba handphone BalckBerrynya memainkan lagu Justin Beiber. Itu menandakan ada mesej masuk. Cepat-cepat Ain ambil hp tu untuk membaca mesej yang sampai. Dalam hatinya penuh dengan harapan semoga yang mesej itu adalah Mr Right berbaju pink. Baru je tengok nama yang tertera di skrin hp, Ain dah melompat-lompat atas katil mengalahkan kanak-kanak Ribena. Nasib baik tak runtuh je katil tu. So dia pun semangat nak baca mesej yang dihantar oleh Mr Right berbaju pink itu. 

Bila dibuka sahaja mesej itu, dia da start merepek meraban. "Siot punya lelaki! Aku beria la harapkan dia mesej i miss u ke..I dah jatuh hati dengan u ke..ini tak, ada ke patut mesej suruh aku share kredit dengan dia?! Kurang asam jawa betul la kau nih! Jangan harap aku nak naik teksi kau lagi! Jumpa kau pun aku tak nak! Huh!". 

Lalu Ain pun terus offkan hpnya dan terus menutup lampu biliknya. Dia berdoa semoga tidak bermimpi tentang lelaki berbaju pink itu..>.<


Ok..sampai sini sahaja cerpen yang dapat saya karang..
Dengan ini, saya ingin tag 3 sahabat blogger saya iaitu :
~syaza~
~balqis~
~miss mimi~



Hadiah bagi contest ini sangat menarik! Rugi kalau tak join..Ngehehe..^_^

You May Also Like

8 7 Comments

  1. haha, alih2 orang sama gak dia jumpa kan
    kalau buat sambungan ni agak2 apa jadi?
    kawen kot nnt,haha

    btw, all the best for this contest

    ReplyDelete
  2. >>penaberkala
    omg! omg! kahwin?? mungkin kowt...ngahaha..^_^

    ReplyDelete
  3. thanks join2.. apa2 akan di update dalam blog.. gud luck ^^ :)

    ReplyDelete
  4. thank you juga sebab buat contest ni! ^_^

    ReplyDelete
  5. ADA UPDATE UNTUK CONTEST INI, SILA TINGGALKAN KOMEN

    http://ainzulaikhas.blogspot.com/2010/12/update2-contest-cerpen-sr.html

    ReplyDelete
  6. dah tinggalkan komen..ngee~ ^_^

    ReplyDelete