PENING MENCARI RUMAH SEWA

by - December 19, 2010

As'salam semua..
Cuba teka apa aku tengah buat pukul 3am ni?
Salah!! Sila cuba lagi yep!
Mungkin ada yang kata aku gila sebab tak jawab pun lagi soalan yang aku tanya tapi aku dah kata salah an. Ngahaha~
Actually aku tengah happy browsing cari rumah sewa sekitar Shah Alam niaa..
Even aku praktikal kat Subang Jaya, tapi tetap nak cari rumah dekat Shah Alam sebab rumah dekat Subang Jaya lagi mahal daripada rumah dekat Shah Alam. Maksud aku rumah tu rumah untuk disewa la.. Huhuhu~
Dah nak dekat 2 bulan mencari tapi masih tak jumpa yang sesuai.
Bak kata ammar, nak cari macam Hotel 5 bintang ke? Ngahaha~


Susah jugak nak cari rumah sewa ni.
Banyak yang aku jumpa, bilik sewa.
Kalau boleh aku tak nak la sewa bilik sebab nanti kongsi dengan orang yang tak dikenali. Itu sudah semestinya la kan. Huhuhu~
Duduk serumah dengan orang yang tak dikenali ni agak merbahaya sikit.
Kita bukannya tahu perangai dia macam mana semua kan.
So kena hati-hati. Susah wooo... Huhuhu~
Antara ciri-ciri manusia yang aku suka duduk serumah dengan aku : sporting, otak gila-gila [tapi tak gila la], tak skema, pembersih, tak merokok [perempuan sekarang pun dah ada yang merokok an], dan open-minded.
Haaa..banyak kan syarat-syarat aku. Tu pasal la aku tak berapa suka kongsi satu rumah dengan orang yang tak dikenali. Nanti ada je aku komplen. Huhuhu~


Actually fadh dah dapat satu rumah sewa. Makcik dia nak sewakan rumah tu kat kitorang. Tapi kat Puchong. Bagi aku Puchong dengan Subang Jaya tu agak jauh la. Huhuhu~
Kalau nak pergi office, kena lalu dua tol. Kalau naik motor, memang jimat. Duit tol tak payah bayar. Cuma duit minyak motor je la.
Aku ok je sebenarnya kalau nak duduk situ. Tapi my mom tak bagi sebab dia kata bahaya kalau naik motor. Kalau naik kereta takpe.
Memandangkan hari-hari ada je accident berlaku, and my bf pun accident kelmarin, and aku pun dah jadi takut untuk keluar, jadi aku decide untuk cari rumah dekat dengan komuter. Lagipun office dekat dengan stesyen komuter. 
Kalau dapat bilik sewa pun, bantai saja lah labu....
Kalau dorang tak sporting ke close-minded ke..terima la mereka seadanya.. Huhuhu~


Oklah, right now dah pukul 3.30am.
Ini bermakna setengah jam aku mengarang post ni.
Lama betul! Ngahaha~
Gud nyte and gud morning guys! ^_^


P/S : KALAU ADA SESIAPA YANG NAK SEWAKAN BILIK ATAU APARTMENT DI APARTMENT KOMUTER RAYA, SILA PM SAYA DI FACEBOOK SAYA YEP! ^_^ 

You May Also Like

9 7 Comments

  1. kat area rumahsewa aku banyak umah kosong, tp flat la, dekat seksen 16..

    cuba cari kat mudah.my, bnyk iklan kat situ

    ReplyDelete
  2. sec16 ek? ak xtry la plak cri kat sec16 pny..tnx weyh!
    habis sume site aku cari..
    mudah.my, iproperty, olx, hahasale, dll..tp byk yg da x available..kalau ade pun, cam jauh sgt la plak..huhuhu..sedeyh.. :(

    ReplyDelete
  3. kalu xdop umoh sewa sgt,mu wat je khemah tepi tmpt praktikal mu hoo..

    ReplyDelete
  4. mu mmg menceriakan pagi ak la ming..
    pagi2 da wt ak tergelak..
    hahahaha..
    ak xde khemah r..
    nk bli malas la plak..
    hahahaha..LOLx!

    ReplyDelete
  5. erkk, saya x dok kat shahalam ..:))) maaf~

    ReplyDelete
  6. open minded camne tu eh..hati2 tau..lain org lain maknanya

    ReplyDelete
  7. open-minded yg sy mksdkan adalah yg jenis senang dibawa berbual dlm semua hal.. :)

    ReplyDelete
  8. alamak , aku pun tengah cari bilik sewa nih!
    kalau ada room for rent silalah inform saya

    ReplyDelete