SIFAT YANG PATUT DIELAKKAN

by - December 05, 2010

As'salam kepada semua pembaca..
Entry kali ini menyenaraikan sifat yang patut kita semua elakkan.
Aku sekadar ingin berkongsi apa yang aku fikirkan.
Kalau ada salah silap, tolong betulkan yep!
Ngehehe~


Berikut adalah 7 sifat yang patut kita elakkan :


1) PISAU CUKUR. Bukan pisau cukur Gillette ok! Bukan juga movie Pisau Cukur! Ngahaha~ Pisau cukur yang dimaksudkan di sini adalah kuat mengikis. Nak itu la. Nak ini la. Nak pula tu bukan yang murah-murah. Kalau pisau cukur kat diri sendiri tak pe la juga. Ni pisau cukur kat orang lain. Kalau orang tu kaya dan tak kisah, memang beruntung la orang yang jadi pisau cukur tu kan. Tapi ingatlah bahawa sifat ini sangatlah tak baik dan ia seperti mengambil kesempatan ke atas orang lain.


2) KUAT MEMBEBEL. Membebel ni kadang-kadang buat kita yang dengar ni cepat panas worh. Salah sikit pun dah kena bebel macam buat 1001 kesalahan. Kalau nak membebel pun agak-agak la kan. 5 minit pun dah cukup lama rasanya. [Selalunya mak-mak yang kuat membebel ni. Jadi aku harap, suatu hari nanti, aku tak jadi mak yang kuat membebel. Ngahaha~]


3) PANAS BARAN. Nak marah tu boleh..tapi jangan la over sampai orang lain pun naik marah tengok kita marah. Itu memang cari nahas namanya. Orang tengah marah ni selalunya akan mengeluarkan kata-kata kesat seperti B_ _I, S_ _L, F_ _K O_F,  dan sebagainya. [Aku sengaja buat tempat kosong sebab aku tahu korang semua pandai isi tempat kosong kan? Ngahaha~] Marah itu sifat syaitan. Jadi sama-sama la kita jauhinya.


4) GOSIP. Tak payah nak cakap la yang perempuan ni kaki gosip kan. Yang lelaki pun sama je. Kadang-kadang tu lelaki lagi teruk bergosip daripada perempuan. Jauhilah gosip kerana ia boleh membawa kepada fitnah. Peringatan untuk kita semua.


5) PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Elakkan sifat mementingkan diri sendiri. Tapi jangan pula kita mementingkan orang lain sampai mengabaikan diri sendiri pula. Tak bagus juga macam tu. 


6) RASUAH. Elakkan mengambil / memberi rasuah. Rasuah boleh dikatakan jalan terpantas untuk seseorang itu menjadi kaya / cepat mendapat untung [kalau berkaitan dengan duit]. Ingatlah bahawa setiap sen yang kita terima hasil rasuah itu adalah haram. So tak ada gunanya kaya dengan hasil haram. Hidup tak berkat woo.


7) TERBURU-BURU MEMBUAT KEPUTUSAN. Sebelum membuat sesuatu keputusan tu, fikirlah sebaik mungkin. Jangan terburu-buru membuat keputusan terhadap sesuatu perkara kerana setiap keputusan itu ada baik dan buruknya. Jadi pilih la yang terbaik supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.


Itu je la antara 7 sifat yang aku mampu kongsikan..
Kalau nak banyak lagi, sila la tanya Uncle Google yep!
Jadi..renung-renungkan..dan selamat beramal!
Ngehehe~ 

You May Also Like

10 7 Comments

  1. Kadang-kadang benda yang patut dielakkan ni lah yang kita nak sangat buat.

    ReplyDelete
  2. ooppss kena kurgkan no 4 tuh...hukkk

    ReplyDelete
  3. >>apih
    betul tuh!
    manusia mmg macam tuh..
    ngehehe..

    ReplyDelete
  4. >>xila
    semoga berjaya utk krgNnye yep!
    ngeeeee~

    ReplyDelete
  5. naseb baik aku dpt elakkn...ahahahhaa!!!!

    ReplyDelete
  6. >>nadirah
    wahhh..bagus la klu cmtu..
    tahniah!! ngehehe..^_^

    ReplyDelete
  7. wow..nie sume sifat i was born to be n great of..cner ley de kt cni???

    ReplyDelete
  8. really??homaigod!homaigod!how great u r..ngahaha..

    ReplyDelete