7 PANTANG-LARANG SELEPAS MAKAN

 1) Jangan merokok selepas makan ye! Eksperimen daripada expert2 telah membuktikan bahawa merokok walaupun 1 batang rokok sama dengan merokok 10 batang rokok! Jadi kalau nak cepat dapat kanser, sila la merokok setiap kali selepas makan ye. 

2) Jangan makan buah-buahan selepas sahaja habis makan. Ia akan buat perut anda bloating. So kalau nak makan buah-buahan, makan 1 atau 2 jam sebelum atau selepas makan ye.

3) Jangan minum air teh selepas makan sebab daun2 teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ni akan membuatkan protin2 dalam makanan jadi hardened. So makanan jadi susah nak hadam.

4) Jangan melonggarkan belt selepas makan. Ini boleh menyebabkan masalah usus. Tak yah nak loggarkan walaupun dah rase perut tu buncit selepas makan. Hihihi..

5) Jangan mandi selepas makan. Ini akan menyebabkan aliran darah meningkat ke tangan, kaki dan badan dan menyebabkan kandungan darah di bahagian perut berkurang. Ini akan melemahkan sistem penghadaman kita.

6) Jangan berjalan sebaik sahaja selepas makan walaupun anda dengar ade orang kate selepas makan jika kita berjalan 100 langkah, boleh membuatkan kita hidup sehingga umur mencapai 99 kononnya. Ini khurafat ye. Kalau dah sampai ajal tu, mati jugak kalau berjalan 700 langkah sekalipun. hikhikhik!

7) Last but not least, jangan tidur selepas makan. Haa..ini selalu orang buat. yela..dah makan kenyang2, pastu ngantuk, tidur la kan. Actuallly makanan yang kita makan tadi tu tak sempat nak hadam dengan proper. So ini boleh menyebabkan masalah gastro-intestinal.

Kalau dah tau..ape lagi..amalkan la ye..hikhikhik..

holalo..adios!!!

MEEBO


Salam sume..
Hari ni aku nak cite skit pasal meebo.
Tau tak ape itu meebo?
Meebo adalah salah satu akaun yang menggabungkan banyak instant messaging (IM) dan social networking dalam satu masa.
Kire senang cite camni la..
Aku ade YM n GTalk, so aku boleh bukak kedua-dua IM ni serentak dengan menggunakan meebo.

Ni ha rupe interface meebo :

Banyak gak kelebihan meebo ni sebenarnye.
Antaranya kalau YM anda tibe-tibe je tak berfungsi dengan baik macam aku punye YM, anda boleh la menggunakan perkhidmatan meebo ni..
tak nak create account meebo pun xpe sebenarnye..
boleh terus sign in ym kat situ tanpa ade account meebo.
tapi..ade tapi tu..
kalau anda tak create account meebo, maka anda tak boleh nak send file kat buddy dalam list anda ye..harap maklum.
tapi aku suke webcam gune meebo ni..
boleh webcam dengan seberapa ramai yang kite suke dalam satu masa..bez bukan?hee..
tapi meebo juga mempunyai kekurangan tersendiri..
macam kita manusia yang ade kelebihan dan kekurangan masing-masing kan.

banyak lagi aku nak cite pasal meebo ni sebenarnya, tapi memandangkan aku nak siapkan PSM, jadi aku stop sampai sini dulu la ye..
kalau nak try test meebo, boleh la ke sini..[meebo]

holalo...adios!!!

STATUS BERTUDUNG

tongah-tongah hujan ni sodap tido nih!
tapi mood eden nak hapdet blog plak datang..
n mood PSM mengundurkan diri untuk seketiko yo..
burok bonar bunyi orang perak cakap nogori.
lebih baik ko diam dzailin! hikhikhik!

ukeh fine. kembali menggunakan bahasa KL. ngahaha..
kali ni aku nak cite pasal status bertudung.
aku bukan nak cite pasal orang lain ye.
tapi aku nak cite pasal diri aku.

bila bukak cite pasal aurat je, mesti ade dikaitkan dengan soal bertudung ni.
itu memang bagus. supaya menyedarkan gadis-gadis yang jarang bertudung macam aku ni untuk sedar diri. ngahaha..
actually sekarang ni aku da jarang keluar tak pakai tudung.
kalau dulu selalu je keluar selambe tak pakai tudung.
tau berdosa menampakkan aurat tapi aku macam buat2 tak tau. sengal kan?
so bila umo da 20 nak masuk 21 ni, aku KENA berubah!
bukan kena tapi WAJIB berubah!
takkan la aku nak free hair seumur hidup kan.
berape banyak la plak saham dosa aku nanti.
ntah sok lusa aku mati, kot2 tak sempat nak bertaubat, memang azab ah jawabnye. huhuhu..
so baik aku berubah sekarang.
kalau nak ikut ready tak ready, memang aku jawab tak ready!
tapi sampai bile baru nak ready?
sampai ajal dah sampai baru nak ready ke?
hohoho..nehi nehi nehi..

sekarang ni dah ade tudung ekspress kan.
so senang sikit nak pakai tudung.
sarung sudey..tak payah nak bentuk2 tudung ikut muke ke hape..
haa..salah satu sebab aku tak suke pakai tudung biasa bile part nak bentuk2 kt muke tuh.
hatoiiii..leceh kot kalau tudung tu kain lembut..huhuhu..
nasib baik sekarang dah ade tudung ekspress..^_^

tapi satu hal la plak dengan tudung ekspress ni.
aku biasa kalau pakai tudung ni, mesti pin kat belakang. kire menampakkan bentuk leher r.macam picture di bawah ye..
tapi kalau ikut hukum, dilarang sama sekali pakai macam ni.
sebab menyerupai cara biarawati kristian pakai tudung.
Hadis Nabi : "Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka"..riwayat Abu Daud.
hoo..tak nak ah aku pakai macam tu lagi.
free-free je saham dosa aku naik. huhuhu..

kalau korang yang selalu usha-usha photo album kat facebook aku tuh, mesti pernah nampak gambar free hair aku kan kan kan?
tapi sekarang aku dah delete sume gambar-gambar tu..
tinggal simpanan dalam blacky widdy (nama external hardisk aku) je.
gambar-gambar raya aku yang free hair yang akak aku tag pun sume aku dah remove tag.
senang-senang aku terus je buat private kat tag picture tu.
kire orang lain tak boleh tengok la aku punye picture-picture yang ditag.

wahhh..tibe-tibe aku rase post ni dah terlebih panjang lak.
kan bagus kalau idea macam ni mencurah-curah masa buat PSM. huhuhu..

ok la..kepada kawan-kawan, sila beri sokongan anda kepada saye untuk terus berubah ye..
sila tegur kalau saye ade buat salah silap..
jangan hanya mendiamkan diri..
kawan yang baik adalah kawan yang selalu menegur kawannya ke arah kebaikan..(kate-kate dari aku sendiri) ngahaha..

jom sambung buat PSM!!! ^_^
holalo...adios!!!
  


tNx gUys! ^_^
Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com http://xylenedz.blogspot.com

MINIMUM TIDUR MAKSIMUM PSM

salam semua..
SELAMAT PAGI 1 MALAYSIA!!!
tibe-tibe aku ade semangat 1 Malaysia pagi-pagi bute ni.ngahaha..
silent reader yang muslim, dah solat subuh belum ni?
haa..kalau belum solat, pergilah solat dulu ye..
jangan disebabkan korang bace blog post aku ni, korang melambatkan solat plak..
aku tak nak de tanggung dosa korang tu..
dosa aku sendiri pun da tak tertanggung..huhuhu..

actually aku dah berhari-hari tak tidur malam ni..
orang waktu malam tidur, waktu pagi bangun..
aku waktu malam berjage, waktu pagi tidur..
haa..nampak kan keterbalikkan biology clock aku?huhuhu..
nak buat macam mana..bukan sengaja aku tak tidur malam..
tapi menyiapkan PSM bagai nak rak..

minggu ni dah kena hantar full draft..
gila tak gila kalau aku tak siap kan..huhuhu..

so kepada budak-budak 3SCJ, 
sila meminimumkan waktu tidur anda dan memaksimumkan waktu PSM anda ye..hihihi..
pengorbanan itu penting untuk mencapai kejayaan kan..

okeylah..sampai sini sahaja coret-moret aku kali ni..
aku nak sambung buat PSM lagi..
nasib baik setiap hari Isnin kelas pukul 5pm.
so boleh la aku tidur lewat hari ni..hihihi..

holalo...adios!!! 


tNx gUys! ^_^
Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com http://xylenedz.blogspot.com

BAKAL TAK TIDO BERHARI-HARI


salam sume..
malam ni malam yang agak tenang aku rase.
hutan kat belakang ni pun sunyi sepi takde bunyi.
henpon pun takde melalak lagu justin bieber (off sebab tengah cas)
 kipas pun macam takde bunyi bile main kejar-kejar antara dorang (sebab aku buat speed satu je)
jadi yang kedengaran hanyalah bunyi Keyboard HitamPutih bersama Tetikus MerahHitam yang sibuk dengan agenda masing-masing.

kenape aku tulis tajuk sedemikian ye?
sebabnye aku dapat berita gembira petang tadi daripada supervisor aku.
full draft tesis + SRS + SDD of PSM kene anta minggu hadapan ye.
tesis aku baru siap sampai chap 3.
SRS masih zero.
SDD juga masih zero.
last-last aku jadi zorro. ngahaha.
nampak bahagia kan aku?
ye memang bahagia.
bahagia sampai tak tido berhari-hari mungkin.
oh bagi yang tak tahu ape itu PSM, SRS mahu pun SDD, sila google ye. kalau nasib anda baik, anda akan jumpa ia shortform bagi ape.
berbalik kepada tajuk di atas.
nampak tak aku sangat selesa pada ketika ini?
masih boleh mengeluarkan idea untuk menulis di dalam blog.
memang agak membuang masa jika dilihat dari sudut negatif.
jadi sila lihat dari sudut positif ye.
aku menulis blog ini bukan untuk suke-suki sahaja ye.
tapi aku ade sebab musabab kenape aku suke berblog walaupun 9/10 adalah mengarut semate-mate.
sebab yang paling utama adalah untuk menghilangkan tekanan jiwa dan perasaan aku yang sentiasa bercampur-baur ni.
contohnye macam sekarang ni.
disebabkan aku tak nak tension sangat buat PSM, jadi aku berblog sekejap.
lepas aku publish post ni, aku sambung la wat PSM aku tu. huhuhu.
so sekarang aku nak publish post ni sebab nak sambung wat PSM.
selamat malam wahai sahabat.
 

tNx gUys! ^_^
Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com  
http://xylenedz.blogspot.com

KULIAH PERIHAL JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.



tNx gUys! ^_^
Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com http://xylenedz.blogspot.com

DI MANAKAH TEMPAT TINGGAL JIN?

Ada yang mengatakan jin tinggal di dalam gua, laut dan hutan. Berikut adalah beberapa riwayat yang menjelaskan mengenai tempat tinggal jin agar kita tidak mengganggu mereka dan mereka tidak mengganggu kita.

1. Abu Muhammad (Abu Syeikh) di dalam kitabnya "Al-Uzmah" menceritakan satu bab khusus tentang jin dan kejadiannya. Beliau meriwayatkan satu hadis daripada Bilal bin Al-Haris. Katanya:

"Kami pernah pergi bersama Rasulullah s.a.w. dan rehat di suatu tempat untuk buang air. Di mana dan bila saja Rasulullah akan Jin Muslim dan musyrik sedang bergaduh dan bermohon kepadaku untuk mendamaikan mereka. Maka jin yang Muslim saya tempatkan di kawasan yang bernama Jalis manakala jin yang musyrik saya tempat dikawasan yang bernama Ghour." buang kotoran, baginda pasti menjauhkan diri dari manusia. Lalu aku (Bilal bin Al-Haris) membawakan satu baldi air dan kuletakkan di dekatnya. Tiba-tiba aku mendengar suara gemuruh, iaitu suara pergaduhan yang belum pernah kudengar bahasa yang mereka pergunakan. Setelah Rasulullah mengetahui bahawa aku pun mendengar apa yang baginda dengar, maka sabdanya:

"Jin Muslim dan musyrik sedang bergaduh dan bermohon kepadaku untuk mendamaikan mereka. Maka jin yang Muslim saya tempatkan di kawasan yang bernama Jalis manakala jin yang musyrik saya tempat di kawasan yang bernama Ghour."
Perawi hadis ini, iaitu Abdullah bin Katsir bertanya kepada ayahnya, "Apakah Jalis dan Ghour itu?"

Katsir menjawab, "Jalis adalah suatu tempat yang terletak di dusun dan kawasan pergunungan, sedang Ghour adalah antara gunung dan lautan." Abdullah bin Katsir seterusnya berkata, orang yang diganggu jin di Jalis kebanyakannya selamat, sedangkan yang diganggu di antara lautan dan gunung jarang sekali yang selamat.

2. Imam Za-maksyari di da-lam kitab "Ra-biul Abrar" menjelaskan bahawa otang-orang di dusun berkata, "Kami pernah singgah di suatu kawasan di mana terdapat ramai orang dan ada beberapa khe-mah. Tetapi tiba-tiba orang ramai dan khemah-khemah tersebut hilang dari pan-dangan kami. Mereka merasa yakin bahawa orang-orang itu adalah jin, sedangkan khe-mah-khemah itu adalah tempat tinggal mereka."

"Tidak ada satu keluarga Muslim, kecuali pada atap rumahnya terdapat jin yang Muslim pula. Bila keluarga Muslim itu telah menyiapkan makanan pagi, jin itu pun turun dan ikut makan bersama; dan bila mereka makan petang, jin itu turun dan makan petang bersama mereka. Dengan jin itu Allah Ta'ala menjaga keluarga berkenaan."

Dengan itu jelas bahawa adakalanya jin itu boleh dilihat oleh manu-sia. Yakni sama ada mereka yang boleh melihat jin itu kerana kekuatan ilmunya atau kerana jin-jin itu menyamar sebagai manusia.

3. Imam Malik di dalam kitab "Al-Muwatha" meriwayatkan bahawa a.da berita yang sampai kepadanya, iaitu ketika Umar bin Khattab r.a. hendak pergi keraqj Ketika itu Ka'bul Akhbar berseru kepada beliau, "Wahai Amiril Mukminin, janganlah engkau pergi ke sana, sebab di Iraq terdapat 9/10 sihir dan banyak jin-jin yang jahat dan fasik serta penyakit yang sukar diubati."

JIN SUKA TINGGAL DI TEMPAT-TEMPAT KOTOR

Berikut adalah satu riwayat yang menjelaskan bahawa setiap Muslim diikuti oleh jin yang Muslim pula. Riwayat ini berasal daripada Yazid bin Jabir r.a.: "Tidak ada satu keluarga Muslim, kecuali pada atap rumahnya terdapat jin yang Muslim pula. Bila keluarga Muslim itu telah menyiapkan makanan pagi, jin itu pun turun dan ikut makan ber-sama; dan bila mereka makan petang, jin itu turun dan makan petang bersama mereka. Dengan jin itu Allah Ta'ala menjaga keluarga berkenaan."

Jin juga suka tinggal di tempat-tempat kotor seperti tandas, kolam dan tempat-tempat pembuagan sampah. Oleh itu dilarang buang air di sebarang tempat kerana dibimbangkan tempat itu menjadi tempat tinggal jin.

Sabda Nabi s.a.w.: "Tandas itu tempat yang sering didatangi jin. Oleh itu bila kamu masuk ke tandas, berdoalah dengan doa: Ya Allah, aku berlindiing kepada-Mu dari syaitan laki-laki mahupun syaitan perempuan." 




tNx gUys! ^_^
Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com http://xylenedz.blogspot.com

Keperitan di Aidilfitri tahun 2010


Salam hari raye semua..aku letak picture fireworks sebab malam tadi adik n abang ipar aku main fireworks depan rumah..^_^

pelik tak aku update blog time2 gini?
org time2 gini g beraye rumah orang.
tapi aku duk rumah on9 fb n update blog.
padahal family aku sume takde kat rumah.
tinggal aku sensorang je dalam rumah ni.
bukan aku ditinggalkan tapi memang aku sengaje meninggalkan diri sendiri dalam rumah ni.

nak tau kenape?
banyak sebabnye.
sebab pertama : aku rase pening2 macam lalat kena penampar dah ni pasal tadi gi rumah nenek tapi last2 nenek takde kat rumah pun.
dah la jalan nak pegi tu macam hape je.
aku plak since pagi tadi memang tak sentuh makanan pape pun.
entah kenape aku tak makan.
bukan takde selera nak makan, tapi sebab lupe nak makan kot gara2 sibuk mengklik sana sini mengambil gambar..keh3..

sebab kedua : habis satu badan aku da gatal2 neh.
muke pun da naik gatal.
ni semua gara2 aku pakai sabun lifebuoy tuh.
family aku yang lain pakai ok je.
takde gatal2 pun.
tapi bile aku pakai je, jadi macam ni.
nak tido malam pun tak lena.
siot betul!
muke aku takyah cakap ah.
da teruk giler aku rase.
padahal aku sabun kat badan tapi naik sampai muke.
memang siot!
sampai semalam aku pegi watson semate-mate nak beli produk muke.
niat di hati nak OKkan balik muke aku yang memang tak berape ok ni.
niat2 jugak tapi habis almost seratus gak ah kat watson tuh!
just beli produk untuk muke je.huhuhu..
oklah, aku da tak larat nak menaip.
update blog ni pun sebab bosan tunggu dua picture mms yang dari tadi tak retrieve2 lagi ni ha.
lembap betul!
maybe line bz agaknye.

btw, Selamat Hari Raye, Maaf Zahir & Batin ye.
aku rase da banyak kali aku wish slmt hari ry dlm blog ni. keh3..

holalo...adios!!! 


tNx gUys! ^_^
Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com http://xylenedz.blogspot.com

LAWAK PENYAMUN

Ketika balik dari bekerja shift malam, Azwan telah diserang hendap oleh seorang penyamun. Kerana tidak mahu mengalah, Azwan cuba melawan penyamun itu.

Tapi, Azwan kalah dan penyamun itu terus menyeluk ke dalam sakunya untuk mencari duit dan barangan yang berharga. Apa yang dijumpai hanyalah duit RM1.00!

Pencuri itu tidak berpuas hati, lalu bertanya kepada Azwan.

Penyamun : Kau bergelut bermatian dengan aku kerana
semata-mata nak selamatkan RM1.00 ini saja?

Azwan : Laaa... kau cuma hendak RM1.00 tu je ke? Aku
ingatkan kau nak rompak duit RM1000.00 yang aku
sembunyikan dalam kasut aku ni.



*credit to : gelakgiler* 


tNx gUys! ^_^
Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com http://xylenedz.blogspot.com

KAD RAYE ON9 buat tahun 2010


ni la buat kali pertamenye dalam tahun 2010 ni,
aku dapat kad raye on9..
kad raye dari seorang blogger bername alizan atau lebih dikenali dengan blog setiasahabat..
tnx ye alizan..
saye da copy paste n publish pun kad raye ni..^_^
holalo...adios!!!


tNx gUys! ^_^
Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com http://xylenedz.blogspot.com

PULANG KE RUMAH~


SALAM GUYS..
AKU MAU PULANG KE RUMAH DULU..
DOAKAN SEMOGA AKU SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YE..
ANYWAY, SELAMAT BERSAHUR, SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERBUKA, SELAMAT BERTARAWIKH N SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELMA TAK LAMA LAGI..
KALAU DIPANJANGKAN UMUR, AKU AKAN TULIS LAGI POST MACAM NI UTK PUASA N RAYA TAHUN 2011..
HOLALO...ADIOS!!!


tNx gUys! ^_^
Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com http://xylenedz.blogspot.com

TONIGHT IS A MOODY NIGHT


look at me.
BORED.
look at you.
DULL.
look at them.
DAMN.
what actually ur tryin to say here?
LOL.
such a crazy word + sentence to write in this post.
why?
UNDEFINED.
is it because of somebody was sulking?
MAYBE.
who?
you?
me?
them?
SUX.
im off now for packing my stuff.
.HAPPY EID 2010.
holalo...adios!!!


tNx gUys! ^_^
Dzailin Dzulkaflie XX + XY - sHaRiNg iS seXy baby_sagy89@yahoo.com http://xylenedz.blogspot.com

up