Lirik Lagu dan VC Mengusung Rindu (Spin)

*Rindu kat arwah Achik Spin..
Semoga roh beliau dicucuri rahmat..
Al-Fatihah...*


Dalam hati ini 
Ada nama mu
Nama seorang insan 
Yang aku rindu


Dalam diri ini 
Ada sayang mu
Sayangnya diri mu 
Tidak mengerti

Dalam senyum ini 
Ada tangisan
Tangisan seorang 
Insan terluka


Dalam jiwa ini 
Ada pilunya
Pilu yang membuat 
Aku menangis
Oh hibanya...

Sayu hati...
Sayu sekali
Melihat engkau berpimpin tangan dengan si dia

Sakit hati...
Sakit sekali
Pabila cinta yang aku beri tak dihargai

Sungguh terhina 
Letih tidak bermaya
Rasa terkilan 
Bunga yang ku puja
Kini mekar harum 
Di jambangan orang


Kau yang ku sayang
Aku yang gundah

Kalau tahu sakit begini
Tidak ku bermain cinta
Kalau tahu siksa begini
Tidak aku menyayangi mu


Pilu resah di hati ini
Mengusung rindu
Ku tak berdaya...


Lirik Lagu dan VC Itulah Sayang (P.Ramlee & Normadiah)

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

*Chorus
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

*Chorus


~versi dahulu~



~versi sekarang~

XTVT BILA STRESS+BOSAN MUNCUL

salam..
actually aku ada banyak kerja tak siap lagi ni.
tapi aku malas nak ambil port sebab aku tak ada mood+bosan+tension+stress.
so bila keadaan dah jadi macam ni apa aku buat?
macam biasa.
update blog sampai tak ada idea nak tulis.
makan coklat banyak-banyak sampai muntah. [tipu]
balas segala komen yang ada di facebook sampai lenguh jari menaip.
dengar radio online sampai radio rosak. [tipu]

serius tujuhrius aku bosan gila ni.
tak tahu nak buat apa.
nak buat projek takde idea plak nak start camne.
nak betulkan PSM takde idea plak nak tulis apa.
haish...[mengeluh aku bersendirian]

baiklah.
muhasabah diri sendiri.
itu yang terbaik.
stop blogging.
stop facebooking.
start project.
start PSM.

holalo...adios!!!
p/s : take care n miss u!! [pesanan kepada pembaca blog] ^_^

Lirik Lagu dan VC Kekanda Adinda (Monoloque ft Atilia)

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?
Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama-sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Ber'couple' Itu Sweet atau Tidak?

Salam semua..
Kali ini aku nak berkongsi satu cerita pasal couple-mouple.
Actually istilah couple ni tak wujud pun dalam Islam.


Ber'couple' tu apa?
Ia merupakan satu budaya yang diwujudkan oleh masyarakat remaja zaman kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, dan kemudian turun ke hati pula. (haa..betul kan?) Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. (oh! so sweet..) Bila rasa dah ready, masing2 masuk line. Zaman sekarang mana ada guna nota2 segala..guna sms / internet sudey..hehehe..

So bila dah suka sama suka, maka mereka pun ber'couple'.. Study sama, makan sama..(sweet x?sweet kan..) Kata ganti diri daripada aku-kau ditukar kepada saya-awak, baby-hubby, tak pun abang-sayang (ops!terasa sudey..ngahaha) Sweet gila panggilan2 tersebut kan?

Ada couple yang dilamun cinta ni, hidup rasa tak menentu je. Ibarat 'makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah'. (oh!ini bukan aku!) Kata-kata seperti 'love you', 'miss you' dan seangkatan dengannya akan jadi ucapan harian. (kadang2 bosan gak hari2 dapat ucapan yang sama)

Ada yang kata nak sehidup-semati la..(sangat over ok!) Ada yang sanggup bersumpah untuk setia sehingga ke akhir hayat (jangan sesekali bermain dengan sumpah atau sesumpah) Ada juga yang sekadar nak berteman sahaja tanpa sebarang perjanjian berani mati (ini lebih bagus!)

Sangat bagus rasanya kalau couple tu dapat bertahan sehingga ke jinjang pelamin dan sangat menyakitkan bila kecundang di tengah jalan (sobsobsob)

SO BERCOUPLE NI SWEET ATAU TIDAK?

Ok. Pada pendapat aku sebagai seorang gadis, kalau lelaki tu betul suka kat gurl tu, lebih baik jangan cakap pun word couple ni. Cuba cakap word tunang ke..kahwin ke..baru la sedap sikit dengar. Baru la gurl rasa terjamin sikit dengan hubungan tu. 

Lagi satu, actually kalau pasangan itu dah bersetuju ingin mendirikan rumah dan tangga bersama-sama suatu hari nanti, maka mereka telah pun dikira BERTUNANG dari segi Islam.
So yang couple2 kat luar sana tu, mungkin korang bukan lagi bercouple, tapi dah pun dikira bertunang. So seronok tak? Ngahaha.. 

Ok la..setakat ini sahaja coretan aku..
Holalo...adios!!!

Projek..Projek..Projek..


salam pagi kepada semua pembaca yang comel-comel ni.
semalam aku tetido awal la plak.
penat punya pasal.
bukan penat sebab main ke hape.
tapi penat sebab semalam 2 presentation sekaligus.
tapi alhamdulillah la sebab kedua-dua presentation tu berjalan dengan baik.
first time sepanjang aku belajar kat UTM Skudai ni, aku yang ambil kos Software Engineering kena present pasal tajuk yang berkaitan dengan kos Bio-Informatik.
and first time jugak present sampai azan maghrib kedengaran..huhuhu..

agak lega rasanya bila dua presentation dah lepas.
tapi tak berapa nak lega lagi sebenarnya sebab ada lagi 1 projek yang tak siap dan kena present sebelum 5 Nov ni. huhuhu..
PSM yang kena hantar sebelum 4 Nov pun aku tak betulkan lagi. haish..

aku fikirkan bila dah tahun 3 ni projek-projek dikurangkan tapi sebaliknya yang berlaku. hohoho..
sabar je la..
kalau sekarang pun aku dah mengeluh sana-sini, kerja sok entah macam mana la pulak kan. huhuhu..

ok la.
aku nak betulkan PSM ni kejap.
then nak sambung tido balik. boleh? ngahaha..
holalo...adios!!!

PAGI yang CERAH lagi INDAH

salam...
selamat pagi!!
good morning!!
macam biasa seperti selalu.
mulakan hari anda dengan senyuman.
walaupun hati anda tak senyum pun.
amalkan macam lagu ini ya.
*senyum..tak perlu kata apa-apa* (ulang sebanyak 7 kali)
lagu ni bukan sahaja buat aku tersenyum malah ketawa sebanyak 7 kali lagi.
agak annoying di situ ya.

~ini gua gunung senyum. teringin dowh nak pergi sini. mungkin aku akan senyum sentiasa bila dah sampai di sini.LOLx!~

ok lah.
mahu teruskan buat kerja yang tak sudah-sudah.
agak membosankan mengadap sesuatu yang tak diminati.
tapi apakan daya, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang pelajar untuk menyelesaikan semua tugas yang diberi.

holalo...adios!!!

4 GOLONGAN LELAKI KE NERAKA

**post ni aku ambil dari note Islamic Glory..
tnx for sharing..**



Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di duniaDia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri, walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal), maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

"Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas.."

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN....

EMO DAY!!!



hari ni aku betul-betul EMO.
dah banyak kali gak aku menjerit dalam bilik ni.
tapi masa rum8 aku takde la kan.
kalau aku jerit time dia ada kang, dengan dia-dia sekali tension tengok aku. huhuhu..
tension tahap gaban!
aku benci keadaan macam ni.
aku nak buat keje pun tak jadi.




tengok la tadi sikit punya lama aku cari file netbeans.
last-last baru aku teringat yang aku transfer dalam external hdd.
ceht! buang masa aku tul mencari.
then bila nak run file yang sir bagi lak failed.
adehh..macam-macam hal la. 
nasib baik presentation extend sampai 5/11.
kalau tak mampus aku nak siapkan benda alah tuh.


hari khamis ni dah kena present projek SAD.
itu lagi satu hal.
ape kejadah entah kena buat.
SAD lah satu-satunya subjek yang aku TAK PAHAM!
serius tak paham.
sebab aku main-main dalam kelas ke?
sebab aku tido dalam kelas?
atau sebab lain?
gua pikir lah sendiri.
ak baru je baca content buku SAD tuh, aku dah start menguap.
memang aura membosankan tuh sangat tebal larh kan. 


then hari khamis ni gak kena present projek AI.
itu pun lagi satu hal.
research article semua pasal bioinformatik.
mana lah aku nak paham!
nak buat slide memang takde masalah.
tapi time nak present t, tahu ke nk explain mende alah tuh?
argh! serius serabut!


pasal soal hati, perasaan, jiwa, raga segala aku tak nak cite kat sini.
itu lagi lah menyerabutkan kepala aku.
nasib baik rambut aku tetap terurus walaupun kepala aku da serabut!!


ok chow lu!
bye-bye. gudnyte. baddream.
holalo...adios!!!

JENIS-JENIS FOBIA

Ailurophobia : Fobia pada kucing
-ukeh fine. memang pada hakikatnya aku fobia dengan kucing-kucing segala ni. kau bagi la kucing parsi comel macam mana sekalipun, aku tetap tak boleh nak 'berbaik' dengan kucing. bukan la nak kata yang kucing tu pernah buat jahat kat aku ke apa, tapi memang sejak dari dulu aku tak boleh 'ngam' dengan kucing ni. kucing pun kalau jumpa aku, dia mesti nak datang dekat dengan aku. sebab orang kata, kalau kita lagi tak suka kat dia, lagi la dia suka datang kat kita. dan itu la yang terjadi pada aku. huhuhu..tak tau la bila agaknya aku boleh nak main-main dengan kucing ni haa..mungkin satu hari nanti..MUNGKIN!!!

Apiphobia : Fobia pada lebah
-ukeh. ni kisah fobia pada lebah lak. aku sejak-sejak kena sengat lebah kat KP hari tu, sejak tu la aku jadi fobia dengan lebah. tak boleh langsung nampak dia terbang dekat-dekat dengan aku. rasa macam nak lari 1000m je time tu. masalahnya mampukah?ngahaha..tapi yang pelik tu kan. lebah ni sama la pulak perangainya dengan kucing. makin aku takut, makin dia datang. kat orang lain dia tak nak datang lak tu. haish. pelik aku.

Aquaphobia : Takut akan air.
-ukeh. ni bukan masalah aku takut dengan air kat toilet ke apa. ni masalah aku takut dengan air laut! secara spesifiknya aku takut lemas. faham? haa..bagus la kalau faham. kenapa aku takut lemas? oit. cuba bagitahu aku, sapa je yang tak takut lemas? sapa? haa..tak da kan? semua orang takut lemas..MELAINKAN dia pandai berenang. hehehe..actually aku takut mandi laut sebab aku tak pandai berenang dan takut lemas! haa..hamek kau pengakuan jujur tulus ikhlas dari aku. ngahaha.. 

Bufonophobia : Takut kepada katak dan kodok.
-ukeh. sapa yang berani pegang katak/kodok? memang aku tabik la orang yang berani bermain dengan katak kodok segala ni. aku geli kot dengan binatang yang lembik-lembik macam tu. ish. lagi satu aku selalu takut nak tengok binatang ni sebab takut ia kencing kena mata kita. boleh buta kot! huhuhu.. nasib baik la masa aku kat matrik dulu disuruh bedah tikus dan bukan katak. fuhhh! lega..ngahaha..

Cnidophobia : Takut dengan sengatan.
-ukeh. sebut je semua serangga yang boleh menyengat. semua aku takut! ngahaha..

Insectophobia : Takut dengan serangga.
-ukeh. actually banyak juga aku takut dengan serangga ni. salah satunya adalah lipas. kalau nak makan kat sesuatu tempat tu, pastikan tak ada lipas dulu. baru selera sikit aku nak makan kat situ. bukan apa, kalau tempat makan tu ada lipas berkeliaran bagai, maknanya tempat tu agak tidak bersih. huhuhu..

Zoophobia : Takut dengan binatang.
-ukeh. senang cerita macam ni la. aku lebih banyak fobia dengan binatang daripada fobia dengan benda-benda lain seperti fobia dengan tempat tinggi, fobia dengan lelaki, dan macam-macam fobia lagi. kenapa agaknya ya? hurmm..aku sendiri pun tak tahu kenapa. tapi yang pasti, walaupun aku fobia dengan binatang, aku tetap mempunyai sifat sayang akan haiwan dan tak sanggup pun nak bunuh haiwan apatah lagi nak bunuh manusia kan. eh2..tiba-tiba lak. hehehe..

sekian sahaja 7 jenis fobia yang aku alami..
yang pasti aku tak fobia dengan nombor 7..
ngahaha..

KALAU CINTA

ni aku nak berkongsi satu lagu dengan korang semua.
lirik je la yang aku dapat tulis kat sini.
kalau nak lagu, boleh download sendiri ya.
ngahaha..
lagu ni agak mencuit hati aku bila dengar.
setiap kali aku dengar, mesti aku senyum.
setiap kali aku senyum, mesti aku dengar.
ahhhhh...ngarowt!!!
kita proceed dengan lirik lagu yang mencuit hati ni ya. ^_^


Lirik Lagu Kalau Cinta - Aliff Aziz ft Joanna

Aliff Aziz
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu

Joanna
Seluruh Jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Duet
T’lah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta

Joanna
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu

Aliff Aziz
Seluruh Jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

APAKAH YANG PALING TAJAM DI DUNIA INI?

tiba-tiba aku nak menulis dalam blog buat kali ke-2 pada hari ini.
hurm..baru lepas baca note kat facebook ainun..
then ada soalan seperti tajuk di atas.


Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya : Apakah yang paling tajam di dunia ini?
Murid-muridnya serentak menjawab : Pedang!
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri.






ya. memang betul. tepat sekali!
kadang-kadang apa yang kita kata itu boleh menyakitkan hati orang lain.
tapi kadang-kadang senyap pun boleh menyakitkan hati orang gak kan!huhuhu..
so macam mana ya?


hurm..bagi aku la kan..kalau nak berkata-kata tuh biarlah berpada-pada..jangan sampai mengguris hati dan perasaan orang lain..peringatan untuk semua dan untuk aku sendiri..
aku sedar selama ni aku banyak buat salah dengan orang..
pernah mengguris hati dan perasaan ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan, ex-ex..
mintak maaf sangat-sangat kepada semua yang terlibat..
aku hanyalah insan biasa yang tidak lepas dari membuat segala kesilapan..huhu..


oklah..nak sambung buat projek AI ni haa..
tulis post ni pun sebab aku dah bosan membaca benda yang aku tak paham..huhuhu..
holalo...adios!!! 

boleh PANDANG-PANDANG, jangan PEGANG-PEGANG

saya dzailin dzarisya, eh silap. dzailin dzulkaflie dengan ini berjanji kepada diri sendiri untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik, lebih berfikiran matang dan lebih bertanggungjawab.
jadi apa kaitannya dengan tajuk di atas??

ooh..actually saya mahu mengelakkan diri saya daripada menjalin hubungan yang tidak sah.
dengan erti kata lain : COUPLE.
kalau nak couple boleh. tapi tak perlu pegang2 segala.
hubungan sebegitu hanya membawa kehancuran semata.
aku inginkan hubungan seperti lirik lagu blog aku ni. ^_^

jadi, setelah berhari-hari berfikir, semua keputusan terletak pada diri sendiri.
kalau salah buat keputusan, maka tanggunglah padahnya di kemudian hari.
lately aku banyak fikir soal hati dan perasaan.
aku berasa sedikit lega setelah meluahkan perasaan dan menceritakan segala masalah yang ada kepada seorang sahabat yang memang pendengar yang baik dan memberi pendapat yang bernas.
terima kasih kawan ku. ^_^

semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada diriku dan orang sekeliling untuk berubah ke arah yang lebih baik.
dan semoga aku dikelilingi sahabat-sahabat yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar.
aminnnn...

POLITIK-POLITIK DI MALAYSIA FOLLOW AKU DALAM BUZZ??!


nampak atau tidak??
Sociopolitics Malaysia, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah follow aku dalam BUZZ.
agak terkejut di situ.
perlukah aku follow back?
oh. sorry. CADBURY lagi sedap untuk difollow. ngahaha..

holalo...adios!!!

STOK MINUMAN TAK BERAPA NAK SEGERA

bila bosan tak tahu nak buat apa.
beginilah caranya.
ambil gambar and post dalam blog.
wa blogger sejati kowt.
ngahaha...

~koleksi dalam laci meja aku~

~MILO FUZE 3 in 1 + OLD TOWN WHITE COFFEE 2 in 1~

~CADBURY HOT CHOCOLATE 3 in 1~

~OLIGO 4 in 1~

~SUSU ANLENE~

~TEH LIPTON~

anda perasan atau tidak?
kesemuanya adalah jenis2 minuman.
mana pergi makanan?
dah habis stok la..
yang ada pun biskut 1 tin..
tuh pun aku malas nak bukak and makan..
huhuhu..

holalo...adios!!!

Lirik Lagu Kalau Berpacaran (Ana Raffali_Sohaimi Mior Hassan_Altimet)

Sohaimi Mior Hassan

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan 
Meminang dengan segera
Kalau terlambat
Kekasihmu disambar buaya

Ulang Korus

Altimet

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Hahaha

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia 
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

up