GIVE AWAY IPOD SHUFFLE DARI MR COOL

Assalamualaikum semua..
Dah lama Elyn nak join giveaway ni sebenarnya..
Tapi baru sekarang nak buat entri..HAHA!
So sesiapa nak iPod Shuffle Free dari Mr Cool, boleh la KLIK SINI ye!
Segala syarat dan peraturan ada dijelaskan di situ ye! ^_^


Elyn tahu GA ni dari blog Miss Mimi..^_^
Mr Cool tersangat lah cool sebab buat GA bagi iPod Shuffle..fuhhh..
Elyn harap dapat la iPod Shuffle dari Mr Cool ni..
Untung-untung bila bosan, boleh layan iPod Shuffle ni sambil shuffling..ye tak? Ngahaha..

Elyn nak tag 5 orang dibawah ini untuk join giveaway ni.

Contest Cari Ayam

Assalamualaikum semua..
Contest kali ini dianjurkan oleh Ayeem Ayam.
Elyn telah ditag oleh Humble Modest untuk join contest ni.
Segala syarat dan peraturan, boleh KLIK SINI.


Kelabu - I
Ungu - G
Oren - B
Hijau - M

Slogan : "Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana mereka sibuk membuat persiapan untuk Happy New Year 2011 yang akan tiba tidak lama lagi!".

Elyn nak cabar 3 orang blogger di bawah :


Blog Teman Udah Setahun GA

Assalamualaikum semua..
Hari ini dah 30 Disember 2010 kan?
So sempat lagi la Elyn masuk Giveaway yang ditag oleh Cik Eyka ni kan.
Sebab Giveaway ni tamat pada 31 Disember 2010. HEHE.


Kalau nak tahu lebih detail tentang segala syarat dan peraturannya, boleh la KLIK SINI ye.
So Elyn nak tag 3 orang untuk join giveaway ni.
~Pja~

Pencarian BLOGGER Peramah 2011

Assalamualaikum semua..
Actually lama dah Elyn nak buat entri tentang Pencarian BLOGGER Peramah 2011 ni.
Elyn ditag oleh Miss Mimi.
Sorry ye Miss Mimi sebab lambat buat entri. HEHE.

Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalam list blog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ahsfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.

Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
  1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
  2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
  3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini >http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
  4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.
Tahniah, anda seorang blogger yang peramah!

So Elyn nak tag 4 orang di bawah:

Sesiapa yang rasa dia blogger peramah, dijemput untuk join! ^_^

THANK YOU NUFFNANG!!

Assalamualaikum semua..
Semalam tengah sedap-sedap online, tiba-tiba ada email masuk..
bukak-bukak je tengok dari Nuffnang..
Bila baca je email tu, hati dah start berbunga-bunga ok..hahaha..
Elyn dapat 2 free tiket Premiere Screening - Season of The Witch pada 5 January. Menonton di Cathay Cineplex @Curve. 
Tak sangka pula entri yang aku buat ni dapat memikat hati Pakcik Nuffnang.
Sila la baca entri yang agak sengal ni. HAHA.
http://xylenedz.blogspot.com/2010/12/season-of-witch-is-here.html


5 January aku berada di Shah Alam.
Kerja habis pukul 5pm maybe.
So sempat la kan nak pergi collect tickets kul 8.30pm. ^_^
Agak-agak aku pergi tengok movie tu dengan siapa ye?
Rahsia! HAHA.
Terima kasih Nuffnang! ^_^

SHOUTBOX & LINK LENYAP!

Assalamualaikum..
Mood hari ini sedih sebab shoutbox elyn yang lama terdelete masa tukar template blog..huhuhu..
So semua jejak kengkawan dah hilang..
Then terpaksa la buat shoutbox baru..huhuhu..


Ada lagi yang menyedihkan sebenarnya..
My Mister Linky widget pun dah terdelete gak..
Wuargghhhh..
So sekarang ni elyn tengah contact dengan staff Mister Linky..
Hopefully dia boleh la kembalikan semula widget yang hilang tu..huhuhu..

TRAPPED BETWEEN FEELINGS

If you are trapped between your feelings and what other people think is right,
always go for whatever makes you happy.

Unless, you want everybody to be happy except you.

FALL IN LOVE

MENGUMPAT

Assalamualaikum semua..
Topik hari ini adalah mengumpat.
Pernah tak korang ni mengumpat? Mesti pernah kan even sekali? Ngehehe..
Mengumpat ni kira sama la jugak dengan mengata belakang.
Tak bagus betul orang yang suka mengumpat ni. 
Kadang-kadang mengumpat ni boleh jadi fitnah woo..
Sebab sometimes apa yang kita cakap tu tak betul..haa..kan da jadi fitnah tu..Huhuhu..Mintak dijauhkan la ye..
Tapi macam mana pula kalau perkara yang diumpat itu perkara yang benar ye? Agak-agak masuk dalam kategori mana ye? Ngaaaa~ 
Tak kisah la betul atau tidak perkara yang diperkatakan itu, mengumpat tetap mengumpat!
Tapi kalau nak tambah kredit dosa, mengumpat la ye. ^_^
Eh apsal aku post entri pasal mengumpat ye?
Adakah aku terasa seperti orang tengah mengumpat pasal aku? Ngaaa~
Saja-saja je post pasal ni sebenarnya..
Tapi kalau ada yang terasa hati dengan post ni, minta maaf la ye..tak sengaja..huhuhu..
People make mistakes..so forgive each other..^_^

TEST YOUR LOAD TIME OF A WEBPAGE


Assalamualaikum..
Entri kali ini elyn nak bagitahu kat korang semua tentang satu website yang dapat mengira load time bagi sesebuah webpage atau website.
Bagi seorang blogger seperti elyn, sudah pasti penting bagi elyn untuk mengetahui load time blog elyn.
Jadi, Pingdom Tools adalah salah satu penyelesaiannya.
Bagi sesiapa yang belum mencuba test load time blog anda, boleh la mencuba dengan Pingdom Tools. ^_^


AWARD FROM UMAR

Assalamualaikum..
Baru sekarang elyn buka blog..jengah-jengah..jenguk-jenguk..intai-intai..
Sekali ternampak Umar bagitau elyn dapat award..
Award Blog Paling Best & Terbaik Punyerr!!
Terima kasih sekali lagi kepada Umar sebab tak putus-putus bagi Elyn award..
Terima kasih daun keladi..Lain kali bagi lagi..ngehehe..
Award ni sebenarnya dihasilkan oleh k-ril..
Kalau korang ada problem pasal komputer, ha boleh la terjah blog k-ril ni yep! ^_^

AWARD FROM UMAR


Assalamualaikum semua..
Hari ini Elyn dapat award lagi.. Yay!
Award kali ini datangnya daripada Umar. Terima kasih Umar sebab bagi Friendly Blog Award ini kepada Elyn. Wee~ ^_^

So sekarang Elyn kena jawab beberapa soalan. ^_^

1) Apa pendapat tentang blog pemberi award?
Kemas dan suka dengan warna blog Umar yang berwarna biru+ungu+pink. ^_^

2) Tempat yang paling nak lawat?
Paris dan Korea. ^_^

3) 3 perkara tentang diri penerima award :
~Cintakan warna merah+hitam+putih
~Fanatik dengan nombor 7
~Seorang shopaholic

4) Tag 5 orang untuk menerima award ini.
Hurm..Aku nak tag semua blogger ganu. Sebab style penulisan dorang agak sama aku tengok. Ngahaha..

SMILE CONTEST

Jom ramai-ramai join contest senyum..
Sambil taip entri ni, aku pun menyanyi lagu 'senyum..tak perlu kata apa-apa..' ulang 7x! Ngahaha..
Contest ini dianjurkan oleh Cik Muna dan Cik Sharifah
Nak join sila KLIK SINI

KATEGORI SENYUM PALING SOPAN
~Gambar ini baru diambil tadi. Tengah tunggu henchek wan bersiap, so aku snap satu gambar aku memakai baju kurung baru untuk pergi ke kenduri kahwin jiran aku. So aku decide nak masuk kategori senyum paling sopan sebab aku senyum sambil berpakaian sopan. Ngahahahaha.. ^_^

Aku tag 5 orang untuk join contest ni :

THE MOST PAINFUL THING IN LIFE

Mimpi Ikan Emas Yang Besar

Assalamualaikum and hi semua!
Tahu tak apa makna kalau kita mimpi ikan emas yang besar?
Haa..kelmarin aku mimpi beberapa ekor ikan emas yang saiznya besar.
Semua ikan emas tersebut berada di dalam sebuah akuarium yang agak besar juga.
Dalam mimpi tersebut, akuarium tu aku la yang punya sedangkan di dunia realiti, aku takde pun akuarium. Apatah lagi nak membela ikan emas kan. Ngahaha.. 

So tadi aku google la kejap apa makna mimpi aku tu.
Saja je aku nak tahu.. Tak salah kan? Ngehehe,,
So aku dapat maksud mimpi aku dari site ini.

Mimpi melihat ikan emas - Akan muncul pengantin kaya
~Hamboihh..pengantin kaya tu.. Siapa pula la pengantin kaya yang akan muncul ni? Tak sabar nak tunggu dan tengok ni. Ngahaha..

Mimpi melihat ikan-ikan besar - Ada peningkatan kewangan
~Alhamdulillah la kalau betul kan.. Aku pun dah kurang shopping sekarang ni.. Shopping bila orang support je r sebab duit tak masuk lagi an.. Ngahaha.. Tapi aku yakin aku akan kembali shopaholic bila tibanya bulan Januari nanti..Ngahaha..

Apa-apa pun, mimpi hanyalah mainan tidur..
Tapi ada juga mimpi yang menjadi kenyataan dan memberi kita petunjuk..
Korang pernah mimpi apa-apa yang best tak? Meh kongsi kat sini meh.. Ngehehe..

Bloggers CyberGroup

As'salam semua blogger! Hye! Lama gila tak update blog ni. Takde mood mungkin. Ni pun dapat mood nak update blog dari bloggers dalam group bloggers di facebook elyn. Hari ni elyn nak story sikit pasal Bloggers CyberGroup (BC).

Bloggers CyberGroup - Nama group pun dah gempak kan. Of course la groupnya pun gempak! Ini adalah Closed Group. Jadi sesiapa yang dijemput sahaja boleh join group ni. BC diwujudkan pada 20 Disember 2010 bersamaan hari Isnin, jam 5:14am. Pencipta aka Pengerusi BC adalah Nadzmy Hamid. Dalam group ni semuanya bloggers. Banyak advantage kalau join group ni. Antaranya dapat meningkatkan traffic ke blog anda dan semestinya follower blog anda pun makin bertambah. Sesiapa yang tak join lagi group ni dan terasa ingin join, sila la add facebook saya, Dzailin Dzulkaflie. Nanti boleh la saya add anda dalam group ni. Confirm tak menyesal! Bloggers dalam group ni semuanya peramah, mesra dan sporting habis! ^_^

Elyn harap group ini akan gempak sampai bila-bila dan semoga apa yang dirancang, akan menjadi satu hari nanti. InsyaAllah..

~Bloggers support each other~


TOP 10 INDIVIDU YANG DICARI DALAM GOOGLE MALAYSIA

Assalamualaikum bloggers!
Hari ini mari kita mengenali 10 individu paling dicari dalam Google Malaysia.


1) Maher Zain - penyanyi antarabangsa
2) Justin Bieber - penyanyi antarabangsa
3) Luna Maya - artis Indonesia
4) Din Beramboi - pelakon/pelawak/penyampai radio
5) Lady Gaga - penyanyi antarabangsa
6) Hanis Zalikha - model/blogger/pelajar
7) Lee Min Ho - pelakon Korea
8) Adam Lambert - penyanyi antarabangsa
9) Datuk Siti Nurhaliza - penyanyi/ahli perniagaan
10) Paul Tan - blogger


Haa..nampak tak di situ yang 2 orang blogger telah pun tersenarai dalam Top 10?
Giliran kita bila lagi?
Ngahahaha..
Tahniah kepada mereka semua..^_^

AWARD FROM NUR ZAA

As'salam bloggers..
Hye!! Selamat pagi semua!! [Sekarang da pukul 1:45am, so pagi la kan? weee~ ^_^]
Hari ini dapat award lagi..yuhuuuuu!!!
Award kali ini khas untuk elyn dari Cik Nur Zaa..
Korang jangan pepandai plak nak curik award aku nih ok..
Kalau aku jumpa kat mana-mana blog, siap korang! Cewaaahhh..warning tak beragak kan! Ngahaha..
Gurau je la pepagi buta nih..ngehehe..
But seriously elyn dapat award ni dari Cik Nur yang kiut miut tu sebab elyn jadi follower ke-300 kat blog beliau..
Masa tengah usha-usha group blogger kat fb tadi, tiba-tiba ternampak Cik Nur post mencari yang ke-300..azam akhir tahun katanya..
So untuk memenuhi azam akhir tahun beliau, elyn pun follow la blog beliau..ngehehe..
Tak sangka pula beliau nak bagi award kan..hehehe..
Btw, thanks a lot to Cik Nur for giving me this special award..really appreciate it..^_^
So korang jangan lupa intai blog Cik Nur Zaa ni yep! ^_^

CONTEST CERPEN SESEDAP RASA

As'salam kepada semua pembaca.. Kepada blogger yang suka menulis, jom join Contest Cerpen Sesedap Rasa yang dianjurkan oleh Ain Zulaikha.
Sila baca ye cara penyertaannya..^_^

Berikut adalah cerpen yang dihasilkan oleh Elyn..Selamat membaca! ^_^
Al-kisah.. Pada suatu hari, Ain Zulaikha nak lintas ke seberang jalan. Elok je kaki kiri dia jejak ke jalan, tiba-tiba ada satu teksi warna merah ni bukan main lagi membunyikan hon berturut-turut kat Ain. 

Tiba-tiba driver teksi tu sound Ain.
Driver teksi : Hey! Kau boleh ke tepi tak? Dah lama hidup ke kat dunia ni ha? Aku tau la kau pakai baju warna kuning, tapi tak payah la nak suruh aku bersedia untuk berhenti pulak! Aku nak cepat ni tau tak! Hish budak nih! 

Walaupun cuaca sejuk sebab baru je lepas hujan, tapi hati Ain dah panas bila kena sound dengan driver teksi tu. Lalu Ain pun membalas : 
Ain : Hellooo..aku nak kata kau ni buta, tapi kau boleh pula bawa teksi. Aku rasa kau kena pakai spek la lepas ni. Mata kau dah rabun tu. Mungkin rabun warna agaknya. Kau tak nampak ke lampu isyarat sekarang warna merah dan bukannya warna hijau? Yang warna hijau sekarang ni untuk orang melintas jalan macam aku ni ha! Ada gak driver teksi yang kena lempang dengan aku ni kang!.

Tiba-tiba terdengar suara meow..meow..Oh ada kucing lintas jalan juga rupanya. Lalu Ain berkata lagi kepada driver teksi itu.
Ain : Kau tengok..kucing ni pun pandai ikut peraturan. Melintas bila lampu isyarat untuk melintas bertukar warna hijau. Tapi kau manusia yang ada mata, ada akal, tapi tak reti nak ikut peraturan. Manusia macam mana kau ni ha? Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri! Lepas tu, Ain terus je blah dari situ. Driver teksi tu agak terkejut kerana dia tidak menyangka akhirnya dia yang kena sound balik dengan perempuan bertudung pink tu. Dalam hatinya berkata, "Padan muka aku!". 

Ok..setelah habis tenaga memarahi driver teksi tu, Ain terasa lapar dan dahaga. Dia meneruskan perjalanan sehingga la terjumpa sebuah restoran yang diberi nama Restoran Ain Zulaikha. "Eh, nama restoran ni sebijik sejiban macam nama aku. Agak-agak kalau aku makan kat sini, boleh free tak ha? Kalau tak free pun, dapat diskaun 70% pun jadi la..ngahaha..". So Ain pun meneruskan niatnya untuk makan di restoran tersebut.

Sebaik sahaja kaki Ain melangkah ke restoran itu, Ain ternampak seorang lelaki bertubuh sasa di hadapannya. Tapi Ain tak dapat la nak tengok muka dia hensem ke tak sebab dia membelakangkan Ain. Dah la dia pakai baju warna pink. Eh, tersama pula dengan warna tudung Ain. Ada jodoh ni! Ngahaha.. 

Dalam hati Ain saat ini berkata, "OMG! OMG! Adakah aku dah jumpa Mr. Right yang aku cari selama ini? Macam hensem je mamat pakai baju warna pink tu. Selalunya kalau pakai baju warna pink ni, muka dia mesti jambu. Dan mungkin juga jambu merupakan buah kegemarannya. Arghh..merepek sudah aku! Hurmm..why not kalau aku cuba try test duduk semeja dengan dia? Untung-untung dia belanja aku an. Wahhhh..bahagia sungguh rasa hidup ini!".

Dan Ain pun meneruskan langkahnya menuju ke arah meja yang diduduki lelaki yang telah mencuri perhatiannya itu. Sebaik sahaja Ain melihat muka lelaki itu, tiba-tiba sahaja ribut taufan dalam hati Ain. 

Ain : Eh, kau bukan ke driver teksi yang poyo giler tadi? Macam mana pulak kau boleh makan kat sini? Bukan kau sibuk-sibuk nak cepat ke tadi?

Driver : Eh, kau.. Suka hati aku la nak makan kat mana pun. Aku cepat-cepat tadi sebab nak ambil penumpang kat taman perumahan kat depan tadi tu ha. Tapi bila aku sampai, tengok-tengok dia da blah naik teksi lain. Ni semua kau punya pasal la sebab membebel lama sangat kat aku tengah jalan tadi. So sekarang aku nak kau duduk sini dan belanja aku makan atas sebab kerugian aku hari ini. Paham!

Ain berasa sangat geram dan tidak puas hati. Dah la dia harapkan lelaki itu yang belanja dia. Alik-alik dia pula yang kena belanja lelaki itu. Hurmm..tapi atas dasar kesian dan simpati, Ain pun belanja la lelaki tersebut. Dalam hati Ain berkata, "Nasib baik la kau ni hensem! Kalau tak hensem, jangan harap la aku nak belanja!" ^_^

Sesudah je makan semua, Ain meminta lelaki tersebut menghantarnya ke rumah. Ye la..lelaki tu kan driver teksi..Ain dikira penumpang la kan. So sampai je depan rumah, lelaki itu meminta no telefon Ain. Disebabkan Ain dah jatuh hati dengan lelaki itu, jadi dia pun dengan senang hati memberi no telnya kepada lelaki itu. Dan lelaki tersebut juga telah memberikan no telnya kepada Ain.

Pada malam hari, sedang Ain berbaring-baring di atas katil sambil baca komik Under18, tiba-tiba handphone BalckBerrynya memainkan lagu Justin Beiber. Itu menandakan ada mesej masuk. Cepat-cepat Ain ambil hp tu untuk membaca mesej yang sampai. Dalam hatinya penuh dengan harapan semoga yang mesej itu adalah Mr Right berbaju pink. Baru je tengok nama yang tertera di skrin hp, Ain dah melompat-lompat atas katil mengalahkan kanak-kanak Ribena. Nasib baik tak runtuh je katil tu. So dia pun semangat nak baca mesej yang dihantar oleh Mr Right berbaju pink itu. 

Bila dibuka sahaja mesej itu, dia da start merepek meraban. "Siot punya lelaki! Aku beria la harapkan dia mesej i miss u ke..I dah jatuh hati dengan u ke..ini tak, ada ke patut mesej suruh aku share kredit dengan dia?! Kurang asam jawa betul la kau nih! Jangan harap aku nak naik teksi kau lagi! Jumpa kau pun aku tak nak! Huh!". 

Lalu Ain pun terus offkan hpnya dan terus menutup lampu biliknya. Dia berdoa semoga tidak bermimpi tentang lelaki berbaju pink itu..>.<


Ok..sampai sini sahaja cerpen yang dapat saya karang..
Dengan ini, saya ingin tag 3 sahabat blogger saya iaitu :
~syaza~
~balqis~
~miss mimi~



Hadiah bagi contest ini sangat menarik! Rugi kalau tak join..Ngehehe..^_^

The Season of the Witch is Here

Season of the witch
As'salam kepada semua pembaca..
Season of The Witch merupakan sebuah filem yang bakal menggegarkan pawagam pada 6 Januari 2011.
Biasanya kalau Nicolas Cage yang berlakon, memang mantap ah kan!
So wajib pergi tonton filem ini nanti! Tak sabar ni! Weeee~

Elyn memang suka cerita yang berkaitan dengan witch ni.
Especially Harry Potter. Layan gila tengok cerita tu. Witch semua dengan batang penyapu je kan. Memang style ah! Ngahaha..
Tapi apa yang membuatkan elyn takut dengan witch?

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, witch ini rupa dia sangatlah buruk seperti ini :
~Tak tahu la yang biji-biji di muka itu tahi lalat ke atau jerawat batu berwarna hitam. Ngahaha.. Hidung pula agak panjang ke bawah. Mungkin beliau selalu tarik hidungnya ke bawah. Sebab itu jadi panjang ke bawah macam itu kan. Ngahaha. Tapi bab rambut itu mungkin beliau buat teknik rebonding sebab lurus je elyn tengok and dye sekali an. Ngahaha.. Oopss..terlebih mengutuk pula. Maaf! Maaf! Ngahaha~


~Selain itu, kalau dengan witch ini, of course la elyn takut kena sihir dengan beliau kan! Huhuhu.. Dah la mengutuk rupa dia macam itu la..macam ini la.. Buatnya dia baca entri elyn ini, dia sihir pula elyn bertukar rupa jadi macam dia. OMG! OMG! Habis la aku..Huhuhu~


Tapi elyn tidak sabar untuk tonton filem Season of the Witch sebab mana la tahu kan kalau-kalau witch dalam filem ini cun dan tidak menakutkan seperti ini :

~Witch yang mempunyai kulit yang putih gebu licin dan potongan badan yang mantap. Berbeza sekali dengan first witch tadi. Ngehehe~


Ok..tamat sudah entri kali ini.. Tata! Assalamualaikum..^_^

AWARD FROM UMAR

As'salam semua..
Hari ini XX+XY dapat award lagi..
yay! yay! Tnx to Umar sebab bagi award ini..
Semoga persahabatan kita sebagai seorang blogger akan kekal sampai bila-bila..
So elyn nak bagi award ini pula kepada semua yang rajin singgah ke my blog..especially to all my followers..^_^
FRIENDSHIP FOREVER <3

PENING MENCARI RUMAH SEWA

As'salam semua..
Cuba teka apa aku tengah buat pukul 3am ni?
Salah!! Sila cuba lagi yep!
Mungkin ada yang kata aku gila sebab tak jawab pun lagi soalan yang aku tanya tapi aku dah kata salah an. Ngahaha~
Actually aku tengah happy browsing cari rumah sewa sekitar Shah Alam niaa..
Even aku praktikal kat Subang Jaya, tapi tetap nak cari rumah dekat Shah Alam sebab rumah dekat Subang Jaya lagi mahal daripada rumah dekat Shah Alam. Maksud aku rumah tu rumah untuk disewa la.. Huhuhu~
Dah nak dekat 2 bulan mencari tapi masih tak jumpa yang sesuai.
Bak kata ammar, nak cari macam Hotel 5 bintang ke? Ngahaha~


Susah jugak nak cari rumah sewa ni.
Banyak yang aku jumpa, bilik sewa.
Kalau boleh aku tak nak la sewa bilik sebab nanti kongsi dengan orang yang tak dikenali. Itu sudah semestinya la kan. Huhuhu~
Duduk serumah dengan orang yang tak dikenali ni agak merbahaya sikit.
Kita bukannya tahu perangai dia macam mana semua kan.
So kena hati-hati. Susah wooo... Huhuhu~
Antara ciri-ciri manusia yang aku suka duduk serumah dengan aku : sporting, otak gila-gila [tapi tak gila la], tak skema, pembersih, tak merokok [perempuan sekarang pun dah ada yang merokok an], dan open-minded.
Haaa..banyak kan syarat-syarat aku. Tu pasal la aku tak berapa suka kongsi satu rumah dengan orang yang tak dikenali. Nanti ada je aku komplen. Huhuhu~


Actually fadh dah dapat satu rumah sewa. Makcik dia nak sewakan rumah tu kat kitorang. Tapi kat Puchong. Bagi aku Puchong dengan Subang Jaya tu agak jauh la. Huhuhu~
Kalau nak pergi office, kena lalu dua tol. Kalau naik motor, memang jimat. Duit tol tak payah bayar. Cuma duit minyak motor je la.
Aku ok je sebenarnya kalau nak duduk situ. Tapi my mom tak bagi sebab dia kata bahaya kalau naik motor. Kalau naik kereta takpe.
Memandangkan hari-hari ada je accident berlaku, and my bf pun accident kelmarin, and aku pun dah jadi takut untuk keluar, jadi aku decide untuk cari rumah dekat dengan komuter. Lagipun office dekat dengan stesyen komuter. 
Kalau dapat bilik sewa pun, bantai saja lah labu....
Kalau dorang tak sporting ke close-minded ke..terima la mereka seadanya.. Huhuhu~


Oklah, right now dah pukul 3.30am.
Ini bermakna setengah jam aku mengarang post ni.
Lama betul! Ngahaha~
Gud nyte and gud morning guys! ^_^


P/S : KALAU ADA SESIAPA YANG NAK SEWAKAN BILIK ATAU APARTMENT DI APARTMENT KOMUTER RAYA, SILA PM SAYA DI FACEBOOK SAYA YEP! ^_^ 

JUARA MARI MENARI


As'salam kepada semua..
Aku baru je lepas tengok FINAL MARI MENARI dibawakan secara LIVE di Astro Ria.
4 pasangan berentap untuk masuk ke pusingan akhir, iaitu pasangan RAZIF, ARIZ, ZUL, dan FAHMI.
Tetapi selepas perform 2 jenis tarian, 2 pasangan daripada 4 pasangan tersebut akan disingkir.
2 pasangan yang tersingkir itu adalah pasangan ZUL dan FAHMI.
Manakala pasangan RAZIF dan ARIZ yang berjaya ke final, berentap antara mereka dengan Tarian Latin untuk mengungguli gelaran Juara Mari Menari.
Keputusan sepenuhnya terletak di tangan pengundi.
Aku sebenarnya dari dulu sampai sekarang memang suka pasangan RAZIF dan ARIZ ni sebab tarian dorang memang mantap.

~PASANGAN ARIZ~


Tapi aku lebih suka pasangan ARIZ sebab dorang sangat7 sweet.. ^_^
My mom suruh vote dorang tadi tapi aku tak nak sebab kredit tak cukup. [alasan! sebenarnya malas nak vote. ngahaha..shhhh..diam2!!]

~PASANGAN RAZIF~


Ok..apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada pasangan RAZIF yang menjadi JUARA MARI MENARI!!! 
Hati aku sebak je tadi..nasib baik air mata tak meleleh..ngehehe..
Korang menari memang mantap dan korang memang layak dapat condo yang berharga lebih RM350 000 itu dan sekali gus dapat honeymoon kat BALI..syiokkkkkk gila lah!!!! huhuhuhu..
Tahniah juga kepada semua finalis Mari Menari..
Lepas ni tak de dah la aku nak mengadap TV tengok Mari Menari..sob3.. :(

Aku mahu topup FREE !!


Assalamualaikum semua bloggers!!!
Dah lama gila aku tak update blog ni.
Update-update je terus join contest.
Ngahaha..
Actually Miss Mimi ni tagged aku untuk join contest ni.
Mungkin dia tahu agaknya aku suka join contest.
Ngahaha..
Btw, thanks a lot Miss Mimi kerana kamu dah buat saya update blog pada hari ini.
Weeee~ ^_^

Ok. Now Humble Modest ni dah buat satu contest.
First contest katanya..
So sesiapa nak topup free, boleh la join contest ni yep!
Tarikh tutup contest : 17/1/2011
Aku nak tag 2 orang untuk join contest ni.

*Sila klik Humble Modest untuk join contest ni*

Akhir kata..Assalamualaikum semua..^_^

KEMBALI KE SEREMBAN

As'salam kepada semua pembaca..
Malam ini aku nak balik semula ke Seremban..
Haish..
Shah Alam - Seremban, Seremban - Shah Alam..ulang la sampai 7 kali okeyh! Ngahaha~
Seriously aku bosan dengan kehidupan yang bosan!
Tolong la jangan buat aku rasa bosan!
Aku tak boleh hidup dengan bosan! [eh2, macam bosan tu orang la pula kan. ngahaha~]
Ok la..
Aku da nak blah dari Shah Alam ni..
Next time aku datang lagi okeyh!
Bye orang-orang Shah Alam! Hye orang-orang Seremban! 

CERITA PALING SERAM DI ABAD INI

As'salam kepada semua pembaca..
Entri kali ini aku nak post pasal cerita seram pula.
Memandangkan aku peminat cerita seram, jadi aku nak kongsi dengan korang semua tentang satu cerita ini.
Hurm..tapi aku rasa malas nak menaip pula.
So aku letak gambar je la..
Korang tengok dan baca la sendiri okeyh!
Mungkin ada yang dah pernah baca tentang kisah seram ini.


Sila la baca..


Amacam?? Takut tak? Takut tak? Serius seram kan? Ngahaha..
Pandai betul budak itu berimaginasi..ngehehe..

AWARD FROM NS


orait.
dapat award lagi!
yeay!
kali ini award from NS pula!
thank yaw!
i da publish dlm blog part AWARD FOR XX+XY
boleh cek di situ yep!
^_^

AWARD FROM FYZA


1st of all, tnx to cik fyza sebab telah mengetag aku untuk award ni.
Padahal blog aku macam tak layak je dapat award ni kan.
huhuhu~

Berikut adalah sesi soal-jawab :

1. Apakah pandangan awak terhadap blog Cik bulat? (linkkan sekali).
~setelah mengintai blog beliau, ternyata blog cik bulat cantik menarik tertarik sebab blognya banyak dapat award owhhh..huhuhu~

2. Kenangan manis dalam hidup awak?
~semua yang manis merupakan kenangan manis ku~

3. Kenangan pahit dalam hidup awak?
~semua yang pahit merupakan kenangan pahit ku~

4. Adakah awak sudah berpuas hati dengan kehidupan awak sekarang?
~of course la belum..banyak lagi impian belum tercapai..huhuhu~

5. Sebutkan 3 impian dalam hidup awak yang belum tercapai lagi.
~opppsss..let it be a secret ok! ^_^ ~

6. Tag 10 orang untuk menerima award ini.
~macam biasa la..aku suka tag 7 orang je..lagi 3 tu sesiapa pun boleh ambil award ni ok! ^_^ ~

up