2ND DAY INDUSTRIAL TRAINING : ONSITE AT UM

by - January 05, 2011

Assalamualaikum semua..
Seperti yang telah dijanjikan semalam, hari ini aku nak cerita sikit mengenai apa yang aku buat di Universiti Malaya (UM).


Pukul 9.10am bertolak dari MSB ke UM.
- Dibahagikan kepada beberapa group. 1 group dalam 7-8 orang. Group aku je yang ada 2 orang bunga iaitu aku dan fadh. Yang lain semuanya kumbang. Kumbang-kumbang tu semua aku tak kenal. Tapi disebabkan mulut aku tak berat, last-last aku kenal jugak dengan dorang.. Siap lunch makan sama lagi.. Ngahaha..
- Then, group aku yang 8 orang ni pergi ke pejabat staf di Pusat Teknologi Maklumat (PTM) untuk install AD Profile Migration.
- Disebabkan staf-staf tak nak ramai sangat dalam office tu, so kami berpecah lagi kepada 2 group. So 1 group cuma tinggal 4 orang je. Huhuhu..
- Kami diarahkan oleh MSB untuk buat file migration and join domain bagi setiap PC di UM. Agak-agak ada berapa PC kat UM? Beratus ok! Huhuhu.. Tapi tadi alhamdulillah kami semua dapat selesaikan kerja ni untuk 100 lebih PC.


Aku buat benda alah ni sampai lapar perut aku. Untuk siap installation bagi 1 PC, mengambil masa lebih kurang 10minit. Itu kalau PC tu tak lembap! Kalau lembap, mau dalam 20minit jadinya! Huhuhu..
Masa aku buat benda ni, aku agak nervous r sebab takut tersalah step.. Kalau salah habis la.. Huhuhu.. Tapi alhamdulillah..semua PC yang aku buat, semuanya menjadi..yay!! HAHA!


So pukul 5.30pm tamat segalanya..time tu pula hujan lebat mencurah-curah..jalan yang sangat jem membuatkan kitorang sampai di Subang Jaya dalam pukul 6.50pm..Pergh..bayangkan betapa jemnya jalan tersebut..Huhuhu..Then aku sampai Shah Alam pukul 7.20pm..


Aku rasa sangat seronok hari ni sebab hari aku full dengan aktiviti yang berfaedah walaupun penat gila. Huhuhu.. Aku dapat belajar benda baru. So nanti balik UTM boleh la aku buat join domain kat sana pula. Ngahaha.. And now aku nak buat-buat mengantuk sebab aku kena tidur awal sebab esok kena bangun awal pagi macam biasa..Huhuhu..


Tata..Nunyte..Assalamualaikum..^_^

You May Also Like

6 7 Comments