SEMINGGU SUDAH BERLALU

Assalamualaikum semua..
Sihat tak semua? Aku tak berapa sihat sekarang ni..
Suara pun dah lain..Macam nak demam je..huhuhu..
Harap-harap korang semua sihat la yep..^_^


Actually aku baru je balik dari Seremban tadi..
Dalam pukul 11 lebih tadi bertolak ke Seremban sebab nak pergi kenduri kahwin jiran..
Then habis je makan, terus balik rumah jap rehat-rehat dulu..
Dalam pukul 1 lebih, gerak balik ke Shah Alam..


Hari ni hari Sabtu kan..sekejap je masa berlalu..sedar-sedar dah seminggu aku praktikal di MSB.
Tiba-tiba aku rasa rindu pula kat bebudak ni..
Fadh, Ejat, Kak Sya, Dila, Sya, Wani, Wina, Zati, Miza, Mira, Arif, Khairul, dan Izhar.
Siapa dorang ni semua? Haa..ni semua adalah kawan-kawan yang satu tempat praktikal dengan aku.
Umur dorang ni semua adalah antara 21-25 tahun.
Zati, Arif dan Miza ni pelajar dari USIM. Wina pelajar dari UTEM. Yang lain-lain semuanya dari UTM Skudai. Ada lagi nama-nama lain yang aku tak sebut kat sini sebab dorang tak satu tempat dengan kitorang semua. Ada yang kena posting kat staging site di MSB USJ 3. Ada yang kena posting kat Putrajaya. Sepatutnya aku dan 13 orang kawan yang aku sebut di atas ni kena posting kat UM selama seminggu. Tapi disebabkan ada problem sikit, so kami dapat pergi sehari je la ke UM. Maybe next time kena posting ke tempat lain pula. 


So maybe hari Isnin next week, presentation untuk tugasan yang diberi pada hari Khamis hari tu dah start. Rasa nervous pula sebab aku tak prepare lagi ni. Huhuhu.. Tak silap aku dalam 3 atau 4 orang yang menilai first presentation ni. Pergh..nervous gila la kan sebab dorang semua bukan calang-calang orang..huhuhu..So doakan aku dapat present dengan sebaik mungkin yep. ^_^


Ok la..enough blogging..kena betul-betul bersedia untuk presentation next week..bubbye semua..Assalamualaikum..^_^


Note :
1) Hopefully my coordinator akan belanja lagi time breakfast next time. ^_^
2) Tak sabar nak swimming kat rooftop MSB beramai-ramai. Ngahaha~
3) Bila nak dapat sticker kereta dari MSB?

2 comments:


up