SITUASI PADA HARI AKU DEMAM + PENING KEPALA + SAKIT BELAKANG

Assalamualaikum semua..
Korang semua sihat tak? Hopefully sihat la ye..Actually aku baru je baik dari demam ni..Sekarang tinggal batuk sikit-sikit je..


Hari tu aku story kisah adik aku demam kan. So entri ni aku nak story kisah aku demam pula. Pagi-pagi time mandi aku dah muntah-muntah dah time tuh. Memang rasa badan sejuk kat luar and panas kat dalam. Tapi aku malas nak ambil MC, so aku pun decide nak pergi juga kerja.


Aku breakfast sandwich and minum coffee at office cafe 12th floor. Sandwich aku dapat habiskan satu je, satu lagi aku tak lalu nak makan. Coffee pun aku tuang separuh cawan je sebab takut tak habis. Masa tu breakfast dengan Sya and Wani. Dorang dah nampak yang aku tak larat. Sampai makan pun tak selera. Huhuhu..


Pukul 9am aku ada briefing pasal requirement projek dari Cik Ekin kat G01. Omg..G01 lagi sejuk dari G02 (tempat aku selalu mencari inspirasi). Briefing tuh habis dalam pukul 11 lebih. Naik sejuk beku aku duduk dalam tu. Nasib baik aku bawa sweater. Tapi sweater pun macam tak membantu je. Huhuhu..



Time lunch, aku, Dila, Miza, dan Zati keluar pergi makan KFC kat Sunway Pyramid. Tapi dorang bertiga je la yang makan KFC. Aku just tempah nugget yang large punya. Tapi aku cuma mampu makan satu ketul nugget je. Sebab aku tak ada selera langsung nak makan. Selebihnya aku bagi Dila je la. Dah la time tu belakang aku rasa sakit yang amat. Kepala pula macam pening-pening arnab. Huhuhu..



Time balik kerja pula, aku kena naik komuter. Ada la dalam 15minit aku tunggu komuter tu tak sampai-sampai juga. Sampai aku jadi tak larat dah nak berdiri. Orang kat situ pula ramai. Aku dah call akak aku suruh dia ambil je aku kat Subang Jaya sebab aku dah tak larat nak menunggu dan tekak aku pun dah rasa loya. Aku takut termuntah je time dalam komuter nanti. Huhuhu..Tapi masa tu dah pukul 5 lebih, jalan pun dah jem, so akak aku suruh aku tahan je dulu dan naik je komuter tu.


Masa dalam komuter, jangan cakap la penderitaan yang aku alami kan. Sesak gila sampai berhimpit-himpit. India ramai pula time tu. Hurm..paham-paham je la kan..Aku hanya mampu berselawat dan berdoa je semoga  Allah beri kekuatan pada aku. Alhamdulillah..aku selamat juga sampai ke Shah Alam tanpa menyusahkan orang lain. ^_^


Begitu la situasi pada hari aku sakit. Time sakit tak baik mengeluh sebab Allah bagi kita sakit untuk mengurangkan dosa kita..So terima kasih Ya Allah..^_^

2 comments:


up