5 Tips Mencari Jodoh

Assalamualaikum semua..
Entri kali ni aku nak tulis tentang tips mencari jodoh.
Seperti yang kita sedia maklum, zaman sekarang ni dah ada macam-macam platform untuk kita mencari jodoh. Contohnya laman sosial seperti Facebook, tempat kerja, parti, dan juga shopping mall. Tahu tak kenapa aku cakap semua ni platform cari jodoh? Kalau tak tahu or blur, meh baca kat bawah ni.

~Mukabuku adalah satu-satunya buku yang paling popular di seluruh dunia..LOL~

1) Facebook - Tempat kita berkenalan. Mungkin salah satu kenalan dalam Facebook kita tuh adalah jodoh kita. Siapa tahu kan? Hehehe..Jadi add la banyak orang kat Facebook. Tapi jangan tau add je then tak tegur! HAHA!

~Ni company tempat aku buat internship selama 5 bulan. Serius abang-abang kat sini baik-baik + macho lagi. Ngahaha..~

2) Tempat kerja - Yang mana dah kerja tu, cuba la cari jodoh kat tempat kerja tu. Kalau jumpa jodoh kat sini memang untung la. Sebab dah tentu la orang tu bekerjaya kan. Bila dah ada kerjaya, means dah ada duit, means boleh la kahwin kan. Ngahaha..Kalau dapat manager lagi ok..janji bujang..HAHA!

~Adakah saya sosial jika saya suka berparti? LOL~

3) Parti - Kalau anda jenis yang suka hadir ke mana-mana parti termasuklah parti hari jadi, sudah tentu anda ni seorang yang peramah bukan? So berkenalan la dengan ramai orang kat situ. Mungkin anda tidak berjumpa jodoh anda di parti politik tapi jumpa di parti hari jadi. Ngahaha.. 

~Oh yeah..nak cari jodoh time main ice-skating pun boleh..agak-agak dah tersuka tengok dia sweet je main ice-skating tu, buat-buat la terlanggar dia sampai tergolek kan..kah3..~

4) Shopping mall - Bagi anda yang mempunyai hobi suka bershopping seperti saya, sudah tentu anda inginkan pasangan yang boleh tahan dengan hobi anda itu. Maka, tempat yang paling sesuai untuk mencari jodoh anda adalah di shopping mall. Kalau boleh, cari la yang bawak banyak-banyak beg tu. Itu menunjukkan yang he/she loves shopping! :)

~Aku testing je tuh..Ngahaha~

5) Google - Last but not least, kalau rasa susah sangat nak cari jodoh tu, taip je la kat Google "Siapakah jodoh saya?". Mungkin uncle Google boleh memberi jawapan di situ..Ngahaha..

Ok..itu cuma pandangan aku je..tak ada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..Kalau rasa point-point aku tuh agak mengarut, well..aku memang suka mengarut..Ngahaha..
Selamat Mencari Jodoh! ^_^

18 comments:

  1. kat pasar malam boleh? huhu

    ReplyDelete
  2. tertinggal satu
    kat blog boleh? haha

    ReplyDelete
  3. idea yang bernas . hahahaa .
    tapi tak perlu kott sibuk2 cari kalau belum mampu .
    :)

    ReplyDelete
  4. biase nyer frens thro frens :)

    ReplyDelete
  5. wah.. pak cik google pun boleh2 ah bagi jawapan.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. alamak . sye mude lagi nk cari jodo . haha . tk pe la . hee :)

    ReplyDelete
  7. ramai org ckp jodoh bysenya ade dkt ipt . huhu
    tp blom msenye lg kott utk sy :)

    ReplyDelete
  8. hahahaha~jodoh berada di mana2 saje
    asl jgn pilih suda ler =P

    ReplyDelete
  9. >>penaberkala
    aah la..kat blog!camne boleh tertinggal ni..haish..HAHA!

    ReplyDelete
  10. >>strawberryyy
    yeahh..klu lum mampu tuh, xyah la cari lagi..tunggu da stable, boleh la cari..keh3..

    ReplyDelete
  11. >>faza
    agree with u! :)

    ReplyDelete
  12. >>apeace
    yeahh..pakcik google pun boleh u..:)

    ReplyDelete
  13. >>shea
    xpe..cari jodoh ble dah tbe msnye ok..hehe..:)

    ReplyDelete
  14. >>edd
    ms kt ipt?maybe kot..hehe..:)

    ReplyDelete
  15. >>eyka
    memilih itu perlu..kena la pilih yg terbaik utk kte..hohoho~ :)

    ReplyDelete
  16. Uncle Google pun boleh tolong kita cari jodoh?hehe

    TIPS MENYELAMATKAN HANDPHONE YANG BASAH

    ReplyDelete
  17. >>seven
    eh, mesti la..skang ni kn manusia ape2 mesti nk tny uncle google kan..so soal jodoh pn boleh tny uncle google jgk la..hehehe..

    ReplyDelete


up