10 Perbezaan Antara Zaman Sekolah dan Zaman Universiti

by - February 22, 2011

Assalamualaikum semua..
Elyn nak berkongsi pengalaman Elyn semasa zaman sekolah dengan semasa di universiti. Sangat banyak perbezaannya. Nak tahu perbezaannya? Sila la baca antara perbezaan yang Elyn dapat kongsi kat sini..^_^

Sekolah - Bawa beg berat macam batu-bata. Penuh dengan buku. Pencil box complete semua ada. Cuma liquid je tak boleh bawa. Kalau bawa kena rampas. [Entah pape je peraturan gini]
Universiti - Nak bawa beg pun malas. Kadang-kadang bawa sebuah buku je. Buku tu la yang digunakan untuk menulis nota bagi segala subjek. Tak perlu bawa pencil box semua. Cukup sekadar bawa pen dan liquid je. Nak lagi senang, bawa laptop je ke kelas.

~UTM Skudai, Johor, Malaysia~

Sekolah - Pelajar hanya dibenarkan memakai baju sekolah je..Baju sekolah semua sama style..Kalau nak tunjuk ada style sikit pun boleh tunjuk kat kasut.
Universiti - Macam-macam style ada..Malay style, Korean style, Turki style semua ada..Pakai je style apa yang nak..Tak ada siapa halang..

Sekolah - Pelajar dilarang bawa hp ke sekolah. Kalau kantoi kena rampas.
Universiti - Hp semua canggih-canggih..Even apa yang lecturer lecture kan pun siap boleh rekod dalam hp. Sebab malas nak buat catitan. Tu kalau lecturer tak bagi nota la.

~My beloved college [Kolej Perdana, UTM]~

Sekolah - Pukul 6am dah kena bangun mandi untuk pergi ke kelas. Kalau datang lambat ke sekolah, kena tahan dengan pengawas.
Universiti - Kalau ada kelas pukul 8am, time tu la baru nak bangun mandi. Sampai kelas lewat pun relax je. Lecturer pun buat dek je. [Sebab malas nak layan perangai budak gini]

Sekolah - Kelas dari pukul 7.30am sampai 1/2pm. Kalau ada kelas tambahan, mahu sampai pukul 4/5pm.
Universiti - Kelas kadang-kadang 2/3 jam je. Paling azab 8 jam. Paling heaven tak ada kelas langsung. Depends on schedule and lecturer.

~Dalam kelas pun still boleh snap pic guna webcam. LOL~


Sekolah - Esok exam, last week dah prepare dah. Pensil 2B pastikan ada 2 batang. Kasi tajam.
Universiti - Esok exam, hari ni baru nak study. Pukul 9am start exam, pukul 7am baru nak tidur sebab tak habis study punya pasal. 

Sekolah - Kalau buat salah, kena ambil nama then bayar denda dalam RM2 ke macam tu.[tak ingat paling mahal kena berapa]
Universiti - Kalau buat salah, kena saman. Biasa kena RM25. Tengok pada kesalahan yang dibuat.

~Lepaking sampai pukul 3am~

Sekolah - Kalau nak hang out dengan kawan-kawan hanya boleh selepas waktu sekolah je. Tak pun time Sabtu Ahad je.
Universiti - Kalau nak hang out dengan member-member, time ada gap kuliah 2/3 jam pun boleh jadi. Kalau tak ada kelas on that day, nak balik 1/2am pun tak apa. Paling teruk pun kena scan kad matrik je. [tapi aku tak pernah lagi kena scan kad matrik]

~Konvoi Raya 2010~

Sekolah - Bila budak sekolah bercouple, dikatanya 'cinta monyet'..
Universiti - Bila budak universiti bercouple, soalan biasa yang akan ditanya, "Bila ko plan nak tunang / kahwin dengan dia weh? Jangan lupa jemput aku sudah..." [soalan biasa bagi couple yang dah final year]

Sekolah - Ibu siap pesan lagi kalau nak cari bf, cari kat universiti..
Universiti - Bila sedang mencari, tahu-tahu ibu sudah pilih jodoh untuk anaknya..

So..nampak kan perbezaan yang sangat ketara bila sudah berada di Universiti? Ada best ada tak best..Tapi banyak yang best la..Hehehe..
Environment best, member best, lecturer best [certain je], kolej kediaman best, cafe best, macam-macam lagi la yang best! ^_^

*Oppss..bagi pelajar sekolah yang baca entri ni, kalau masuk U suatu hari nanti, sila jangan ikut perangai Elyn yang teruk-teruk ni ok..Ngahaha~

I love my life in UNIVERSITY :) but I still miss my SCHOOL time :(


You May Also Like

16 7 Comments

  1. bila buat salah kene bayar duit?? apsal ak x penah kene ek?
    bukan biasa kalo buat salah kene rotan jer ke?

    ReplyDelete
  2. @kyo_9
    ko mksdkan time sek ke?
    ak dlu penah kne denda dgn duit..kne rotan xpernah lg rsnye..tp dak2 len pernah la kne rotan..hihi..:)

    ReplyDelete
  3. haa.. memang relax je kan jadi budak u ni.. mase saye memule masuk u dulu, skema gile.. terikut2 mcm mase skolah.. 1 kelas lak tu.. lect masuk siap berdiri tu.. wakakakak

    ReplyDelete
  4. Dah dicalonkann ke wehh? Fullawehhh. Nanti kasi kad ekk! ;)

    ReplyDelete
  5. mu penoh dgr x perbezaan antara 7E dgn kantin skoloh? ak mls r nk cter..haha

    ReplyDelete
  6. kat sekolah very xsocial,xknl lelaki walaupon sekolah campor...

    tapi kat uni,baru dapat kenal ngn ramai budak laki...hhhaha

    kenapa erk?

    ReplyDelete
  7. slluny ur mom akn cri jodo ble dye rse ank dye blom btman ag..ngee..^^

    ReplyDelete
  8. @popolita
    perghh..ni mmg terikut betul zmn sek ni..hahahaha..

    ReplyDelete
  9. @hasan suyat
    insyaAllah beb..hik! ^_^

    ReplyDelete
  10. @aming
    mu buat r n3 pasal tuh..mesti meletop wooh..hahaha..

    ReplyDelete
  11. @misz tique
    bese la tuh..kt u tmpt cri calon..hahahahahaha..

    ReplyDelete
  12. @aien zell
    hurmm..nsb bek la dpt diterime..hehehe..

    ReplyDelete
  13. @cik warna
    hehe..mmg best..so masuk U taw t..^_^

    ReplyDelete