Kisah Benar : Kisah Seram Seksyen 2, Depan Wetworld

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini Elyn nak cerita pasal kisah seram kat Seksyen 2.
Elyn dapat tahu kisah ni pun sebab terbaca link yang member share kat Facebook.
Kisah ni kisah benar taw. Sila baca sampai habis untuk mengetahui sebab dan akibatnya. Jom layan~

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar kat UiTM Shah Alam. So, perkara pertama yg kena fikir ialah aku nak duduk mana sebab aku tak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan n keperihatinan yang ada kat aku n kawan2, maka dapat la aku dan kawan2 aku umah sewa.....dekat2 area Seksyen 2. Berhampiran dengan wetworld [kalo korang tau la]. 

Rumah tu banglo 2 tingkat dengan 4 bilik. 3 bilik kat atas dan 1 bilik kat bawah. Kitorang semua berlapan, kiranya 2 orang untuk 1 bilik la. Aku ringkaskan je la, kitorang masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas, takut semua ada. 

Pertama, tuan rumah hanya ambil RM50 je sebagai deposit n sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk ruma tu. Kiranya bulan prtama ni free la....[?] 
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawak barang banyak2 sebab nanti penat nak angkat balik katanya... 
Ketiga, pokok ara tepi rumah tu besar sangat sampai dahan dia boleh masuk kat tingkap bilik atas. 

Malam pertama duduk ruma tu kitorang tak tidur sebab sibuk punggah n kemas barang + layan dvd korea . Cerita seramnya start masa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang2 pun kitorang dah kena kacau. Azmi "dagu" orang first kena. 

Masa tu baru pukul 10.30am [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak memerut. So dia pergi la toilet bawah tu tapi dalam toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan rumah kata nanti dia betulkan. Tunggu punya tunggu, xkuar-kuar orang dalam tandas ni. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sket keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang kat dalam tandas ni? Pintu toilet plak berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lg.... Dlm reramai ni, Lan sorang je yang berani sket [mungkin pasal dia ni keturunan bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last2 si azmi xjadi berak...mungkin pasal takut kot. 

Malam tu kitorang kena lagi teruk. Masa aku nyenyak tidur malam tu tetiba je ada orang tarik dua2 belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu kat lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak2 nak wat pedajal kat aku tapi bila aku bangun tak ada orang plak. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta kat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak2 tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan dvd kat hall bawah. Aku pun masuk balik bilik sebab still bingung lagi tapi baru aku terperasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah... 
Dengan perasaan berani2 takut, aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu n guess what? Ada batu nisan yang dah retak2 n automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak+hanyir yang sangat2 kuat. 

Masa ni korang jangan tanya aku la apa aku buat sebab kalau benda ni jadi kat korang pun tak kan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu n pergi ke hall sebab nak bagitahu member2 aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku sorang pun dah tak ada kat hall. Nak tahu dorang kat mana? Semua dah duduk kat luar rumah!! Rupanya dorang awal2 lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada sorang pun kejutkan aku....taik betul dorang ni. 

Lepas dorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sekarang ni dah pukul 3am. Nak mintak tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last2 Salleh ajak lepak restoran hakim je sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi memasing semua tak pakai baju pastu pakai boxer dengan kain pelikat je. Mau tak mau terpaksalah jugak kitorang masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, wallet n kunci motor. 

Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim je yang kat bawah, maka kitorang decide la nak pinjam baju n seluar dia. Masing2 takut nak naik tingkat atas. Wallet pun aku tinggal. Masing2 pakat guna duit naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut kat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak plak perasan ada budak perempuan kat pintu dapur tengah senyum sambil babai tangan kat dia. Yang aku plak boleh terperasan budak tu jugak sebab aku tengok muka Wak dah kejung+pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam seluar je... Kepala lutut aku menggigil sampai kat restoran hakim!!!!   

Lepas sampai kat restoran hakim tu, memasing sibuk buka cerita termasuk dengan aku sekali la. Memula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu kat tingkap bilik dia. Bila dia jengah, dia nampak ada seorang perempuan duduk kat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih+kekuningan+koyak2+rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan huduh tu boleh senyum kat dia plak. Wak ni apa lagi, tutup tingkap bilik dia n terus nak keluar pergi bilik aku la kononnya. Malangnya, lagi seekor plak hantu duduk kat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik je tak patah. 

Azmi "dagu" plak cerita la yang dia nampak ada budak perempuan babai tangan kat dia [yang ni, aku pun kena gak ok]. Aku confirm yang budak ni bukan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam plak cerita dia nampak hantu tu kat siling rumah! Bila buka mata je, hantu tu bebetol "eye to eye" dengan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan aku orang yang last cerita. 

Aku cakap la yang aku kena tarik dua2 kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak kat lantai. Pastu aku cakap la yang aku nampak dorang tengah layan dvd kat hall tapi si Azmi tetiba nyampuk "bila masa plak kitorang tengok dvd ni?". Rerupanya tak ada sorang pun yang tengok dvd pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil. 

Tengah sibuk2 berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member2 aku yang lain pun bau gak. Rupanya si Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang kat Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku plak boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk2 cerita seram terus jadi cerita kelakar plak. 

Tengah sibuk2 ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh n Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar, Wak, Bob n Lan. Dalam ramai2 tu cuma Bob sorang je yang bawa hp, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh plak, sama gak tak ada orang angkat. Pastu Lan ambil hp Bob tu, dia baca apa entah agaknya pastu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call n buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila2 punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula n cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai kat hp tu, tak ada sorang pun antara kitorang bercakap....sampai subuh!! 

Pukul 7.30am baru kitorang blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lelain aku tak tahu la. Sampai kat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan gate dah terbuka seluas-luasnya. Ni kalau pencuri masuk ni, memang dia kaya sebab laptop, wallet dengan hp kitorang semua tinggal camtu je. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada siapa berani masuk rumah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorang duduk tercangak kat depan rumah sebab tak ada siapa berani masuk. Entah macam mana agaknya hp Bob berbunyi. Hati aku dah tak sedap. Jangan la kata hantu tu call kitorang suruh masuk rumah. Lan yang angkat. Sebenarnya dalam reramai geng aku ni, Lan la yang paling berani tapi kekadang dia jadi penakut gak la. Pihak hospital call, katanya Naim ada kat wad emergency hospital Klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari no.hp Bob ni, tu yang dia call no.hp Bob ni...ooo00 baru aku faham. Yang peliknya Naim eksiden? 

Memasing dah serba salah jadinya. Bingung pun iye gak. Tak tahu samada nak melawat Naim kat hospital Klang or cari Salleh yang hilang. Akhirnya kitorang call tuan rumah untuk tengok apa yang patut. Aku dengan Sam plak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim camne. Kalau memang tenat sangat, aku inform yang lelain suruh datang la. Yang lain aku suruh cari Salleh kat keliling rumah, takut2 dia kena sorok. Kami masing2 tawakal je. Masa otw pergi hospital Klang ni, aku tak tahu la si Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat cakap yang hal ni tak habis lagi. 

Sampai hospital, aku terus cari Naim. Sebak betul hati aku tengok Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri aku kuat cakap yang umur Naim ni tak panjang sebab darah banyak gila keluar. Sam plak tak sanggup tengok, air mata dia dah berjurai-jurai macam air terjun. Doktor pun cakap yang dia ni dah nyawa2 ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk kat tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut2. Dia minta maaf sebab buatkan kitorang jadi susah. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap ni. Akhirnya dia meninggal gak...Aku gagahkan hati aku telefon kengkawan lain bagitahu pasal Naim dah meninggal. Aku tengok Sam dah terduduk kat tepi balkoni dengan mata merah sebab menangis banyak sangat. Tak lama pastu parents Naim datang. Aku tak sanggup nak tunggu lagi n ajak Sam balik Shah Alam. 

Sampai kat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa. Habis satu rumah dia geledah. Lastly, ada orang tua kat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz tu tapi lepas asar baru kitorang jumpa Salleh duduk kat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, dah 5 6 kali orang cari tapi tak ada plak jumpa dia kat situ. Tak kisah la janji jumpa balik Salleh ni. Kitorang punya la suka jumpa si Salleh ni balik. Memasing ambil keputusan pindah dari rumah tu hari tu juga. Kebetulan plak kat Seksyen 7 [pintu belakang UiTM] ada satu rumah untuk disewa, kitorang pindah situ la. Barang2 Naim kitorang angkut sekali. Terus-terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak bagitahu yang rumah ni "keras". Patut la dia suruh bayar RM50 je dulu pastu tak bagi bawa barang banyak2. Chisss...... 

Aku demam 3 hari. Jenazah Naim selamat dikebumikan kat Raub, Pahang. Seminggu lepas tu, keadaan dah ok sikit cuma Salleh je yang sakit2 badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal tu dia ada cakap kat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa 1st day kitorang masuk rumah tu, Naim dengan Salleh dah buat hal. Dia pergi cangkulnya busut kat belakang rumah tu. Si Naim plak boleh kuis2 dengan kaki dia. Mungkin pasal tu la kaki dia eksiden kot [dalam hati aku la]. Pastu Salleh cerita la, kan ada malam yang kitorang satu ruma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena gak. Tapi hantu tu siap kejar diorang lagi sampai kat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tetiba dah hentam diorang. Naim tercampak kat tengah jalan, yang dia plak kat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Pastu, Salleh kata dia terus tak sedar apa2 sampailah kitorang jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya, camne dia boleh duduk kat atas busut sedangkan dia kata dia dah lari kat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk sangat tapi Salleh tak? 

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita kat aku, dia jatuh sakit. Tak tahu la sakit apa tapi 3 bulan lepas tu dia meninggal. Family dia sendiri bingung sebab doktor pun tak tahu sakit si Salleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Ak dengan geng2 aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roommate dengan Naim. Memang aku tahu dia sedih sangat......Yang tak boleh aku lupa, kitorang semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu.. 

Aku, Azmi dagu, Sam banjar, Wak, Bob dengan Lan, semua sekali selamat tamatkan pengajian kat UiTM ni. Buat Naim n Salleh, kitorang tetap akan ingat korang sampai bebila...Al-Fatihah..

*p/s : Jadikan kisah benar ini sebagai pengajaran kepada kita semua..*

33 comments:

  1. aku tau juga pasal umah kat situ..huhuhu..selalu gk makan dgn gerai sementara kat situ ms blaja kt uitm dl..ada member ofis aku yg duk kt shah alam pun ada gk cite menda ni..seram btl kan..apa hal sebenarnya kt umah tu eh???nak tau juga

    ReplyDelete
  2. dah byk blog & forum cerita pasal benda ni. nk tau gak. rumah dia kat belah mana. nak tau gak kenapa rumah tu jadi macam tu. dan yg plg penting nk tgk sendiri rumah tu macamana...
    heee! ;D

    ReplyDelete
  3. @kmvsblogger
    xtau la weh..c tuan rumah tuh pn xnk cte knp rumah tuh mengusik..klu dy pulihkan kembali rumah tuh rsnye ok la kot..huhu..

    ReplyDelete
  4. @farah
    sy pn teringin sgt nk tgk rumah ni cmne rupenye..n 1 day sy akn g tgk gak umah tuh..hehe..
    myb de budak mati kne bunuh kot kt umah tuh..sbb hantu pn hantu budak kn..huhu..ni sy assume je..hehe..

    ReplyDelete
  5. mesti ade kisah tragik (ke tragis? kompius jap. haha) kat situ and busut tu mesti owner dulu ke penah bela something ke ape ke kan???? sepatutnya tuan rumah tu warn la atleast jangan main/kacau kat busut tu. huuuu.

    ReplyDelete
  6. @farah
    tu la..xpatut btl owner rumah tu diam membisu je..kesian kt dak2 tuh..huhu..myb kot busut tuh ade somethg..ade org bela smthg ke kt situ an..kte pn xtau..huhu..

    ReplyDelete
  7. Betul ke ni?
    Seram jek..
    mesti owner yg dulu penah bela something.
    heee,seram..

    ReplyDelete
  8. nyaris2 nk sewa umah area2 ctu dlu..mmg kwsn tu nmpk seram pon.

    ReplyDelete
  9. @dhia
    ye kisah benar ni dhia..
    agak sedih kisah ni..seram + sedih..huhu..
    ntah2 owner ni ade penjaga kot..xkasi org wt dajal kt umah dy..huhu..

    ReplyDelete
  10. @sweet
    yeke?hooo..teringin r nk g sec 2 tuh..elyn skang pn stay kt sec 19..t nk g usha2 r tgk kwsn sec 2 tuh cmne..huhu..

    ReplyDelete
  11. ctu mcm byk pokok rimbun2, redup je n ada rumah2 mcm usang mybe dah lama dibina. xpenah dgr plak cte ni, serius takot ~~

    ReplyDelete
  12. @sweet
    oh yeke..rumah yg mengusik ni slalu suasana dy cmtu kan? byk pokok rimbun2, redup n sunyi..huhu..
    klu rs2 nk sewa umah tu, biar la pilih tmpt yg nmpk meriah sket..br rs slmt sket..hehe..

    ReplyDelete
  13. bapak cuak.. sesape leh amik gambar ke atau kasi alamat betul umah tuh.. patut dimaklumkan awal sket pasal benda nih.. Ajak Syed Abdullah Al-Attas yang Seekers tuh buat movie ke kt umah tuh.. o_0

    ReplyDelete
  14. seyes seram,,aku xtau plak antu membunuh,.,uiTm mane ni ea?

    ReplyDelete
  15. hahaha.. rasa macam aku je yang share link ni kat facebook tu.. mesti source dari carigold.com kan? haha.. yes! tersebar jugak akhirnya sampai jadi entri blog.. kesian.

    My latest post: Sony Ericsson Xperia Terbaru Bakal Menggemparkan Dunia Android

    ReplyDelete
  16. @kyo_9
    nanti ak terjah, ak amk gamabr umah tu k..:)
    btw, ak dgr Seekers dah nk buat kt tmpt ni tp xtahan sebab tmpt ni keras..betul atau x itu ak xtau la..huhu..

    ReplyDelete
  17. @Addam
    UiTM Shah Alam..
    hantu tak membunuh..tp setan yg slalu memesongkan manusia..myb da memang takdir mereka utk mati dlm keadaan mcm ni..huhu..

    ReplyDelete
  18. @mikeon9
    ade rmi sgt yg share kt fb..termasuk la ak..tp br ari ni ak wt n3 kt blog..padahal da lm da ak bc psl ni..haha..
    btw, ak xpernah plak cri pape kt carigold.com..huhu..

    ReplyDelete
  19. eiyra de bace entry nie kat blog owg laen sebelum nie...seram n cian actually en...
    hurm...eiyra duk kat sek 7 shah alam...dekat sangat da...tapi cam xde mase nak find out umah tue cmne...tapi umah tue cam scary mase itew tgk gambar umah tue laa...

    ReplyDelete
  20. @eiyra
    klu de pic, share2 la ngn elyn..nk sgt tgk pic umah tuh cmne..huhu..

    ReplyDelete
  21. sesiapa yang dah pernah tgk rumah tu hope2 share la ye gambar. nk tgk gak.. heeee! mlm ni kompem ssh nk tido, dh la semalam g bercerita hantu sampai pukul 2 pagi ng member. cerita pasal kat kolej ni lak tu.. hissshhh.

    ReplyDelete
  22. p/s kolej ni = kolej ku xD

    ReplyDelete
  23. @farah
    orait dear..t klu lin usha umah tu, amik gmbr, lin share kn kt cni k..xpn, klu de blogger2 len yg share kn bgs juge..:)

    wow..cte hantu at ur kolej? xnk share ke?hahaha..

    ReplyDelete
  24. ala...dah baca...ce bagi citer baru...cpt2..hehe

    ReplyDelete
  25. @cekelat
    nanti ak post cerita baru k..:)

    ReplyDelete
  26. Rumah RM50 ni semi-D kat Jalan Bunga Kamunting, (rumah buruk yg ada 2 buaian karat kat depan)..

    *sumber : penduduk seksyen 2 yg dah stay lebih 10 tahun..

    ReplyDelete
  27. lam blog niq ada pic umah nih..

    ReplyDelete
  28. @kirko
    yeke?huhuhu..siap ade buaian lagi..mst buaian tu slalu terbuai dgn sndrinye kan?haha..

    ReplyDelete
  29. @niq
    yeke niq? t lin terjah blog niq k..:) tnx! ^_^

    ReplyDelete
  30. yup...p kat most popular post tepi sidebar..huhuhu....

    ReplyDelete
  31. @niq
    orait dah tgk, bace n komen skali! weee~ ^_^

    ReplyDelete
  32. ksian diorang .....abang ak cakap kita hidup nie kene beringat ... sume nie kita pinjam jew .-____-

    ReplyDelete
  33. @mr azraan
    betul tuh..setuju dgn abg kamu..huhu..

    ReplyDelete


up