LAWAK PATUNG

Bermulalah satu cerita di mana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi..korang faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.


Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai. Walau bagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang. Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.


Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan mengfreezekan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu.


Si suami tercegat seketika apabila ternampak patung itu lalu bertanya kepada isterinya. "Aik??!! ..dari mana pulak datangnya patung nih??" "Oooo..patung tuuu. Patung tu saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "Oooooo..begitu." balas si suami.


Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan patung tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.


Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan patung itu lalu berkata, "Nah, makanlah.." Si patung berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenar. Dengan selamba, si suami berkata, "Aik??!!! Tak nak??? Orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..Tak macam awak dulu!! Tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak. Jangankan makanan, segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"


Credit to gelakgiler

4 comments:

  1. ni da kes give & take org kate..
    dlu ko ngan wife aku,
    skang aku ngan wife ko lak..
    adoii.. ~__~

    ReplyDelete
  2. ni lawak ape ni...eeeeiiii

    ReplyDelete
  3. @chaied
    hahahaha..tu la yg bgsnye..hahahaha..

    ReplyDelete
  4. @insan
    ko budak2..mn paham..hahahaha..

    ReplyDelete


up