MOVIE REVIEW THE GREEN HORNET AND KERJA GILA

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini cuma nak buat review tentang movie The Green Hornet yang meletup ibarat mercun dibakar sebanyak 777 katon serentak. Dahsyat! LOL~


WOW! Itu la perkataan pertama untuk aku menggambarkan betapa hebatnya movie The Green Hornet ni.


Memang style habis! Teringin pula aku nak memiliki kereta sehebat itu.
Jalan cerita dia memang relax and absolutely kelakar!
Bagi sesiapa yang belum lagi tengok movie ni, pergi la tengok sekarang..tak rugi pun..berbaloi lagi ada la..^_^
Ini pendapat aku je..kalau siapa-siapa yang rasa cerita ni tak best, taste masing-masing la kan..ada aku kesah? HAHA!

Actually nak tengok movie ni pukul 10:45pm..tapi dah full.
Yang ada cuma 12:59am. Tapi even pukul 12:59am punya movie, itu pun dah ramai booked ticket. Nasib baik masih ada lagi seat-seat yang kosong. Jam baru menunjukkan pukul 9:45pm. Tiket plak pukul 12:59am. Omg..omg..lagi 3jam lebih tu..Nak buat apa la dengan masa yang banyak free tu kan. Huhuhu~

So, untuk menghabiskan masa sebanyak 3jam lebih before movie start, aku dan henchek wan buat kerja gila sekejap. Kami decide pergi Nilai untuk lepaking di McD..Padahal sikit punya bersepah McD kat Seremban tu..tapi saja je nak pergi McD Nilai yang baru open tu..cun gak McD kat sana..ramai gak orang lepak situ.

Lepas makan-makan minum-minum kat situ, round-round plak kat Dataran Nilai..ramai gila umat manusia lepak situ. Kereta yang kami nampak ada kat McD tadi pun lepak kat Dataran tu gak. Ngahaha..Tapi kami tak jadi la nak lepak situ..sebab aku malas nak turun jalan-jalan buang masa kat situ..Buat penat kaki je nanti..Ngahaha~

So dalam pukul 11 lebih, baru kami gerak pulang ke Seremban..Sampai kat sana dalam pukul 12am. Pusing-pusing cari parking. Waterpark betul la..parking full ok! So round-round sebanyak 77 kali dulu kat bawah, then naik balik usha parking. Fuhh..nasib baik ada..tu pun nasib-nasib je tak kena kebas dengan kereta lain.

Lepak layan lagu dulu sampai pukul 12:40am, baru pergi kat cinema. Ok..masih ramai umat manusia di sana. Bagus juga ramai orang..dapat jugak la menghangatkan main room yang sejuk beku tu kan..Ngahaha.. Masuk-masuk je, semua bangsa ada dalam main room tu. Melayu, Cina, India..Iban aku tak perasan ada ke tak. Ngahaha..Ini la semangat 1 Malaysia orang kata..Ngahaha~

Movie tamat pukul 3am. Otw balik tu, ada polis buat road block. Biasa la..kalau pukul 2lebih ke 3 lebih ni polis memang suka buat road block..Si henchek wan plak tak tampal road tax kereta kat cermin sebab cermin tu ada retak sikit kat bawah. So dia malas nak tampal dan letak je kat atas dashboard kereta tu. Nasib baik polis tu perasan. Ala..polis nak tahan pun rasa serba salah sebab nampak baju JPJ tergantung dalam kereta an. Ngahaha..So aku sampai rumah dalam pukul 3:20am. Terkejut juga tengok orang dalam rumah masih tidak menidurkan diri mereka. Tunggu kepulangan aku agaknya. Ngahaha~

Ok sekian sahaja coretan umpama diari aku pada kali ini..^_^

4 comments:

  1. best ek? tak sempat nak tengok la. sibuk je memanjang. hehe

    ReplyDelete
  2. klu de free time t tengok la..tgk wyg lg bez dr tengok yg dwnld pny..hehehe..

    ReplyDelete
  3. dah tgk dah..sgt2 best...
    tp yg x best spek 3D dia besar sgt..sakit hidung :P

    ReplyDelete
  4. HAHA!betul tu!spek 3D dy cm sesuai utk org bermuka besar jek..keh3..

    ReplyDelete


up