SALAHKAH MIMPIKU? PART 2

by - February 02, 2011

Assalamualaikum semua..Entri ini adalah sambungan daripada entri SALAHKAH MIMPIKU PART 1.

Jadi, bagaimana kita mahu menolong diri kita dalam perihal sebegini? Secara individual, kita boleh membeli barangan Malaysia supaya wang kita tidak disalurkan keluar. Bagi yang menjawat jawatan PM (Penganggur Malaysia), cari la kerja sayang oi.. Jangan duduk je kat rumah tu lepas tu buat kerja yang tidak menghasilkan sebarang keuntungan untuk diri dan keluarga. Kerjalah selagi kita boleh kerja. Dapat kerja konon low class tapi halal, nak malu buat ape? Macam la orang yang mengata kat kita tu bagi makan nasi kat kita. Siapa lagi yang nak isi perut kosong kita tu kalau bukan kita sendiri kan? Tau tau..tiap2 bulan boleh dapat duit.


Duit tu jangan dibelanja secara boros. Kita boleh simpan sikit kat dalam ASB yang bagi kadar interest yang banyak. Dengan cara itu kita boleh buat saving. Dengan saving tu kita boleh buat perniagaan yang boleh menjana pendapatan kita dan juga ekonomi negara yang sedang inflasi ini. Bagi yang sudah ada pendapatan tetap, sayang duit yang kita perolehi.


Berjimat dalam pembelanjaan. Kita boleh kurangkan atau stop penggunaan wang yang tidak berpatutan. Such as beli baju yang mahal, oversea untuk vacation (Malaysia pun tak habis pusing) dan penggunaan elektrik yang tidak berpatutan (kalau nak lebih jimat tapi kena rajin sikit la, pasang tenaga solar untuk tenaga elektrik kita. Confirm jimat beb!).


Senang cerita, tepuk dada, tanya selera. Kepada kaum muslimat yang hensem dan bergaya, nak jumpa kawan, nak minum-minum, kat rumah boleh minum kan. Apalah guna isteri yang sudah train bertahun-tahun buat air? Suruh la dia buat air. Selain dapat merasa air yang sedap, dapat juga mengeratkan silaturrahim. Betul ke tidak?


Bagi siswa dan siswi, nak bershopping boleh tapi ingat kita ini ada hutang dengan ptptn, nak shopping barang murah sudah la. Lepas tu nak tengok wayang tu sekali-sekala boleh, tapi why not kita tunggu je keluar kat TV ke..Lagipun kita berhutang nak belajar bukan nak have fun sangat pun dengan duit yang tak seberapa tu.
Lagipun duit tu boleh simpan untuk kegunaan masa depan. Nak guna untuk bayar hutang ke, buat bisnes ke.


Jangan kita lupa 9 pintu rezeki dari 10 pintu rezeki adalah perniagaan. Dan lagi satu, kita semua ni cerdik. Gunakan akal yang dianugerahkan ini untuk membuahkan idea-idea business yang menarik supaya boleh mengaut keuntungan berlimpat kali ganda. Contoh perniagaan yang bijak adalah Air Asia. Bagaimana satu syarikat yang penuh dengan hutang boleh menjadi satu syarikat yang berjaya berbanding dengan saingannya?

Mungkin anda tidak pernah mengambil jurusan bisnes dan tak tahu selok-belok bisnes. Tapi kursus kan banyak..Hah! Simpanlah duit dari sekarang. Nanti boleh la korang  join kursus yang boleh meningkatkan nilai mata wang korang. Secara terus-terang, macam-macam cara lagi boleh membantu ekonomi kita menjadi pulih tetapi sebenarnya kalau kita sendiri tidak mahu berubah, kita telah melakukan kesalahan kepada bangsa kita sendiri.

Satu bangsa tidak boleh berjaya jika hanya segelintir sahaja mahu membangunkan ekonomi bangsa. Oleh itu, jadilah manusia yang berbakti untuk diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. You have nothing to lose if you try to be a better person, but you will gain more. InsyaAllah..

Semoga mimpi  saya yang ngeri ini tidak akan menjadi kenyataan dan nasihat saya yang panjang lebar ini bukan untuk meninggi diri tapi nasihat ini juga untuk saya dan saya mahu mengucapkan tahniah sebab dapat membaca blog ini dan banyak lagi akan mengucapkan tahniah kepada kita jika kita ambil satu langkah untuk mengubah nasib bangsa kita. Ini sahaja coretan saya buat kali ini.

Entri Salahkah Mimpiku Part 1 dan Part 2 ini adalah hasil tulisan daripada seorang sahabat saya yang hanya ingin dikenali sebagai Insan..^_^

You May Also Like

0 7 Comments