13 Tips Kuku Kaki Sihat

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini Elyn nak share dengan korang semua tentang tips menjaga kuku kaki.
Bukan muka je yang harus dijaga..kuku kaki pun perlu dijaga ok! ^_^

1) Rendam kaki dalam air suam selama 30 minit. Campurkan sedikit garam biasa atau garam mandian.

2) Lap tapak kaki menggunakan tuala secara perlahan-perlahan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran. Boleh juga mengikis lebihan sel mati di bahagian tumit dengan menggunakan alat yang sesuai.

3) Rendam kaki semula dalam air selama beberapa minit.

4) Bagi kuku kaki yang kehitaman atau kekuningan, tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam.

5) Keringkan kaki dengan tuala bersih dan urut kaki dengan menggunakan losyen kaki atau krim yang mengandungi vitamin C. Urut juga sekitar tapak kaki, tumit, celahan jari dan keseluruhan kaki.

6) Kuku kaki yang panjang hendaklah dipotong hingga hujungnya berbentuk tegak seperti segi empat. Elakkan membuang kutikel pada kuku bagi mengelakkan kemasukan bakteria. Gunakan peralatan yang sesuai untuk memotong dan membersihkan kuku kaki.

7) Gosokkan kuku kaki yang telah dirapikan dengan minyak zaitun agar ia lebih sihat dan berkilau. Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat dan seterusnya bersihkan.

8) Bagi yang suka mewarna kuku, mulakan menyapu pewarna dari pangkal kuku hingga ke hujung dengan serata dan biarkan ia kering sendiri.

9) Untuk kaki anda kering dengan sempurna, boleh gunakan pengering rambut agar ia kering dengan sekata.

10) Bagi yang mengalami kuku kaki bermasalah seperti ketumbuhan kulat dan bakteria, cuba sapukan sedikit Vicks VapoRub di bahagian kaki atau kuku tersebut sebelum memakai stoking.

11) Udarakan kaki anda sekerap mungkin. Elakkan selalu memakai kasut yang bertutup dan jika boleh, pakai sandal agar kaki anda sentiasa mendapat udara yang segar.

12) Elakkan memakai kasut atau stoking yang lembap kerana ia akan menyebabkan pertumbuhan kulat dan kaki berbau. Jangan menyarungkan stoking lebih daripada sehari tanpa mencucinya terlebih dahulu.

13) Jangan amalkan tidur dengan memakai stoking. Ia akan menyebabkan kaki anda berpeluh dan menggalakkan pertumbuhan kulat. Bagaimanapun, pemakaian stoking yang nipis digalakkan selagi kaki mampu bernafas dan tidak berpeluh.

Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kuku kaki yang sihat! ^_^

Sumber : Akhbar Kosmo

5 comments:

  1. mau sejam ni buat ..keh3. thanx btw. cuba apply.

    ReplyDelete
  2. saya malam-malam mesti pakai stokin .. sejuk. =)

    anastasyea's latest post .. Sorang lagi berpaling tadah!

    ReplyDelete
  3. cewahhh~leh bkak spa la cmni.tips bguna elyn da bg.hahahaha =DD

    ReplyDelete
  4. Sumpahan Allah Adalah Untuk Siapa & Kepada Siapa?Mengapa?www.rosemujahid.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. tahukah kamu...dari kaki kita dapat mengesan pelbagai jenis penyakit kat badan kita

    ReplyDelete


up