Betul ke "Two is better than One"??

Assalamualaikum..
Bila sebut je ayat two is better than one, mesti korang akan terfikir lagu Boys Like Girls - Two Is Better Than One kan? Ngaaa~ That's one of my favorite song actually. But for this post, aku tak nak la cerita pasal lagu tu but aku nak cerita pasal Couple.

Couple. Semua orang tahu apa itu couple. Even budak darjah 1 pun dah ada yang couple kot. Ngahaha~
Ok soal couple ni aku bukan nak tuju kat siapa-siapa pun. Apa yang aku tulis kat sini adalah pasal aku sendiri. Tak ada kena mengena pun dengan orang lain. So jangan ada yang nak terasa hati pula bila baca post ni. Sekeh kepala kang! Ngahaha~

Ok dari dulu sampai sekarang, kita selalu dengar yang couple itu haram. Aku pun tahu. Tapi kenapa susah sangat untuk aku tidak bercouple? Actually couple-couple ni sangat la merimaskan. Nak tahu kenapa? Ini antara keburukan bila bercouple :
~Menghabiskan duit : belanja tengok wayang, belanja makan, topup kredit handphone, duit minyak, duit tol..[duit si dia yang banyak habis sebenarnya..ngahaha~]
~Menghabiskan masa : bila ada waktu terluang, akan keluar dengan si dia..sepatutnya masa yang ada tu tolong-tolong la mak kat rumah..
~Menghabiskan tenaga : bila timbul masalah je, penat kepala otak ni berfikir..haa..kan da menghabiskan tenaga tu..penat otak bekerja keras untuk menyelesaikan suatu masalah yang timbul..
~Menambahkan dosa : dah kalau keluar berdua tu, confirm banyak dosa yang terhasil punya..

Haaa..see? Banyak bukan keburukan bercouple ni? Sebab tu la my mom suruh kahwin cepat..Hai..kalau ikutkan aku, sekarang juga nak kahwin, tapi apakan daya..belajar pun tak habis lagi..so tunggu la habis belajar dulu..baru fikir pasal kahwin..huhuhu~

Kesimpulannya, Two is better than One bila kau dah ada duit sendiri, rumah sendiri, kereta sendiri, and semuanya lah! Well..zaman sekarang ni nak kahwin pun at least kena ada RM15 000..tapi bagi aku, cukup la kalau majlis kahwin tu dibuat secara sederhana tapi meriah..[yang penting aku nak tema merah hitam putih..hik3]..selepas kahwin, lagi banyak guna duit..so pandai-pandai la simpan duit sebelum nak kahwin ye..^_^ [tetiba termasuk bab kahwin pula..ngahaha~]


2 comments:

  1. kadang2x two is better than one tapi kadang2x single are much much better sebab kita tak rasa skit hati tak rasa nak kongkong orang..hehe..

    ReplyDelete
  2. single better kot... hehe tak la dikongkong. tu tak leh, neh tak leh. rimasss.. :)

    ReplyDelete


up