Sahabat BF Ku Selamat Kembali ke Rahmatullah

by - June 22, 2011

Assalamualaikum..
Malam ni nak update pasal satu accident yang berlaku di Mantin pada 20 Jun 2011.
Memang agak terlambat untuk aku update pasal ni sebab aku tak baca surat khabar mahupun berita online sejak dua menjak ni.
Ni pun bf aku yang bagitahu petang tadi.
InnalillahiWainnailaihiRoJiun kepada sahabat bf ku, Wardi Ahmad, 28.
Semoga roh arwah tenang di sana..Aminnn..

Orang ramai melihat kereta Ford Laser yang remuk selepas merempuh sebuah lori hingga mengakibatkan Wardi dan Ismail maut di Mantin, Seremban kelmarin (20 Jun 2011).

SEREMBAN – Hajat seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori berkecai apabila dia meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta jenis Ford Laser dalam kejadian di Batang Benar, Mantin dekat sini semalam.
Wardi Ahmad (gambar kecil), 28, yang telah berkhidmat lebih dua tahun bersama JPJ maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ) di sini.
Kejadian pukul 11 pagi itu turut mengakibatkan pemandu Ford Laser itu, Ismail Dahlan, 44, meninggal dunia beberapa jam selepas dia mendapatkan rawatan di HTJ.

Credit to : BeritaHarianOnline

Lagi detail di sini : myMetro 

P/S : Pakai la seat belt awal-awal. Jangan sampai dah nampak JPJ, baru terhegeh-hegeh nak pakai. Sayangilah nyawa anda dan orang sekeliling. Malang tidak berbau.

You May Also Like

5 7 Comments