Kenangan Bermain Mesej Dalam e-Learning UTM

by - December 19, 2011

Assalamualaikum and hi reader!
Hari ini tiba-tiba aku nak bercerita sedikit tentang kenangan bermain mesej dalam e-Learning.
Tahu tak apa itu e-Learning? Normally universiti-universiti or kolej-kolej or any institute mesti ada e-Learning.
Kalau tak tahu, sila Google ye.. :) Actually aku ni memang malas sikit bab-bab nak terang kat orang ni. Hehehe..

~Ni la rupa profile e-Learning aku. Suka-suka hati aku je letak kartun gif lambai-lambai tangan kat situ kan. Haha!~

Ha dalam e-Learning tu boleh main-main mesej dengan orang-orang yang kita dah add. Dah macam Facebook plak aku rasa. Haha! Memang best sebab dapat kenal kawan-kawan baru.
Nak-nak plak time tu 1st year kan. Baru nak kenal dunia universiti macam mana. Baru nak kenal dengan budak-budak universiti secara spesifiknya. Heh! :P

~Ni la senarai student UTM yang ada dalam list aku. Semuanya 78 orang. Sikit je. Hehe~

Okay sekarang aku dah tahun ke-4 di UTM, Skudai. Dah jadi final year student pun. Dah final sem pun sekarang ni. Dah tinggal lagi sebulan lebih untuk aku tinggal di UTM ni. Dan dah tinggal lagi sebulan lebih juga untuk aku berpisah dengan kawan-kawan yang aku sayang ketat-ketat kat UTM ni. Sedeyh okay! ='(

Kenangan yang tinggal cuma la gambar-gambar dan mesej-mesej dalam e-Learning tu.
Bila aku baca balik mesej-mesej tu, rasa kelakar pun ada, rasa sedih pun ada.
Rasa kelakar sebab even 1 kelas pun nak main mesej-mesej. Pantang masuk lab je, terus buka e-Learning. Buka e-Learning kononnya macam nak download nota or baca info-info penting kat situ, tapi hakikatnya, cek mesej-mesej yang masuk. Haha!
And part yang sedih pula adalah apabila mesej-mesej itu akan terus terkubur kat situ lepas kita semua dah grad. Huhuhu..

Apa-apa pun, mesej e-Learning memang buat aku kenal macam-macam orang. Ada juga yang contact sampai sekarang. 

Terima kasih kepada semua yang jadi SAHABAT E-LEARNING! :)


You May Also Like

2 7 Comments

  1. dulu ada satu masa, elearning tunjuk kat main page sape yang online. so lagi senang nak cari awek2 cun utm, nak berkenalan. bukan saya la, member saya. hehe

    ReplyDelete
  2. hahahha...
    penah gak knal2..
    tp kenal gitu2 jer..huhuhu

    ReplyDelete