SALAHKAH MIMPIKU? PART 1

Mimpi atau pesanan??

Assalamualaikum..saya tahu tajuk ini agak kontroversi kalau dapat tahu pihak media...dan tak silap2 kena masuk lokap kot..hehe..gabra kan nak baca isi kandungan ni? Ngahaha~
Inilah yang saya ingin perkatakan..
Pada suatu malam, saya bermimpi akan satu perihal yang membuatkan saya terbangun dari tidur yang lena. Terpulang kepada pembaca mahu percaya atau tidak tetapi inilah mimpi saya..


Saya mimpi abang dan mama saya membaca surat khabar mengenai ekonomi Malaysia bahawa kita telah mengalami inflasi yang sangat besar yang kita tidak perasan. Ops salah..bukan kita tak sedar tapi kita buat-buat tak sedar..betul tak saya cakap ni? Bukan saya nak burukkan bangsa saya tapi mangsa utama inflasi Malaysia ini akan lebih menjatuhkan ekonomi bangsa kita.

Kenapa saya mengambil berat mimpi saya? Bukankah mimpi ini adalah mainan tidur? Sebenarnya ada mimpi boleh menjadi petanda atau org putih cakap Warning/Red Alert kepada kita. Dan satu lagi, seperti penulis blog yang baik hati ini merangkap teman rapat saya yang sudi mereleasekan kenyataan saya di blog dia, dia juga tahu saya ini bukan percaya kepada perkara tahyul dan tahu saya ini seorang yang realistik.

Bangun sahaja dari tidur, saya terus mencapai laptop saya dan mencari maklumat mengenai inflasi. In economics, inflation is a rise in the general level of prices of goods and services in an economy over a period of time. When the general price level rises, each unit of currency buys fewer goods and services. Jadi kita lihat pada harga barang-barang kita yang semakin menaik termasuk barangan kawalan. Sememangnya kenaikan
kadar inflasi negara kita tidak setinggi negara negara lain tetapi jika kita terus lalai dan tidak ambil peduli, apa nak jadi jika keadaan tidak terkawal? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betul tak?


Biarlah kita sacrifice sikit dalam perbelanjaan kita buat masa sekarang daripada kita merana
pada masa akan datang because to my own view, this deadly problem will not just fade away. Ingatlah..Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mengubah nasibnya. Untuk pengetahuan yang lebih mengenai kadar inflasi negara yang tercinta ini, KLIK SINI.

Credit to one of my friend yang hanya ingin dikenali sebagai Insan..^_^

8 SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.



1. Keanak-anakan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh PengertianSikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…^_^



Credit to Koleksi Tips Semanis Kurma

11 REASONS WHY YOU SHOULD DRINK MORE GREEN TEA

Assalamualaikum semua..
This is simple entry..
For this time, elyn nak share dengan kamu semua tentang 10 sebab kenapa kamu patut minum air teh merah..eh silap! teh hijau ok..^_^
Let's check it out! :)


Dah habis baca?
So tunggu apa lagi? Jom minum cepat! Ngahaha..^_^

5 Tips Mencari Jodoh

Assalamualaikum semua..
Entri kali ni aku nak tulis tentang tips mencari jodoh.
Seperti yang kita sedia maklum, zaman sekarang ni dah ada macam-macam platform untuk kita mencari jodoh. Contohnya laman sosial seperti Facebook, tempat kerja, parti, dan juga shopping mall. Tahu tak kenapa aku cakap semua ni platform cari jodoh? Kalau tak tahu or blur, meh baca kat bawah ni.

~Mukabuku adalah satu-satunya buku yang paling popular di seluruh dunia..LOL~

1) Facebook - Tempat kita berkenalan. Mungkin salah satu kenalan dalam Facebook kita tuh adalah jodoh kita. Siapa tahu kan? Hehehe..Jadi add la banyak orang kat Facebook. Tapi jangan tau add je then tak tegur! HAHA!

~Ni company tempat aku buat internship selama 5 bulan. Serius abang-abang kat sini baik-baik + macho lagi. Ngahaha..~

2) Tempat kerja - Yang mana dah kerja tu, cuba la cari jodoh kat tempat kerja tu. Kalau jumpa jodoh kat sini memang untung la. Sebab dah tentu la orang tu bekerjaya kan. Bila dah ada kerjaya, means dah ada duit, means boleh la kahwin kan. Ngahaha..Kalau dapat manager lagi ok..janji bujang..HAHA!

~Adakah saya sosial jika saya suka berparti? LOL~

3) Parti - Kalau anda jenis yang suka hadir ke mana-mana parti termasuklah parti hari jadi, sudah tentu anda ni seorang yang peramah bukan? So berkenalan la dengan ramai orang kat situ. Mungkin anda tidak berjumpa jodoh anda di parti politik tapi jumpa di parti hari jadi. Ngahaha.. 

~Oh yeah..nak cari jodoh time main ice-skating pun boleh..agak-agak dah tersuka tengok dia sweet je main ice-skating tu, buat-buat la terlanggar dia sampai tergolek kan..kah3..~

4) Shopping mall - Bagi anda yang mempunyai hobi suka bershopping seperti saya, sudah tentu anda inginkan pasangan yang boleh tahan dengan hobi anda itu. Maka, tempat yang paling sesuai untuk mencari jodoh anda adalah di shopping mall. Kalau boleh, cari la yang bawak banyak-banyak beg tu. Itu menunjukkan yang he/she loves shopping! :)

~Aku testing je tuh..Ngahaha~

5) Google - Last but not least, kalau rasa susah sangat nak cari jodoh tu, taip je la kat Google "Siapakah jodoh saya?". Mungkin uncle Google boleh memberi jawapan di situ..Ngahaha..

Ok..itu cuma pandangan aku je..tak ada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..Kalau rasa point-point aku tuh agak mengarut, well..aku memang suka mengarut..Ngahaha..
Selamat Mencari Jodoh! ^_^

PENGALAMAN BEKERJA DI 5th FLOOR

Assalamualaikum semua..
Sihat tak hari ini? Aku masih lagi batuk2 ala hamster gitu..LOL~
Semalam seharian aku bekerja di 5th floor Menara Mesiniaga..

~Menara Mesiniaga 12 tingkat~

Aku ditugaskan untuk membantu Abang Rusdi and Kak Yatie..dua-dua nice! :)
Actually dah kali ke-2 aku jejak kaki kat department dorang tuh..tapi first time la masuk situ kena buat kerja kat situ, cuak gak aku..huhuhu..
Tapi nasib baik la Kak Yatie ajarkan dulu macam mana nak buat semua kerja tuh..
Tangan aku habis lenguh-lenguh and otak aku pun penat berfikir..Tangan lenguh sebab asyik kena tekan kalkulator je..Otak pula penat berfikir sebab ada tulisan-tulisan engineer yang sangat 'lawa' sampai aku susah nak baca..huhuhu..
Tapi aku tertarik dengan tulisan seorang engineer lelaki tuh..lupa dah nama dia apa..tapi tulisan dia memang cantik babe..kalah tulisan perempuan..^_^

Orang-orang dalam department tuh semuanya baik-baik and sempoi gila..
Buat lawak tak ingat dunia sampai aku yang tengah buat kerja pun boleh tergelak sekali an..hahaha..
Segala penat lelah aku dibayar dengan limau-limau and Ferrero Rocher pemberian Abang Rusdi dan Kak Yatie..Thanks! ^_^

BOSAN TAPI MASIH BOLEH TERSENYUM

Assalamualaikum semua..
Hari ini aku nak cakap sumpah bosan babe!


Aktiviti aku hari ini adalah : 
~Keluar masuk toilet (sebab terlalu beku stay kat G02)
~Keluar masuk surau (baru 2 kali)
~Facebooking
~Blogging
~Google Buzz
~Dengar radio online
~Update Industrial Training System (ITS)
~Design interface K-Base System (LI punya projek)

Nampak sangat bosan kan babe?
Aku sorang-sorang je kat Menara ni..yang lain-lain semua ada kat Warehouse USJ 3..Buat kerja kat sana..Dila plak ambil MC hari ni..So tinggal la aku sorang-sorang kat sini..Kemalasan aku melampau-lampau bila aku lonely..LOL~

Tapi tak ape la..at least ada kumbang-kumbang yang menemani aku di sini..Dorang pun rajin tegur aku..Nasib baik mereka tidak sombong..^_^


Dan kepada kamu, kamu sangat la sweet..harap-harap hati saya ini masih kukuh dan tidak mudah jatuh disebabkan kamu..dan kamu la yang buat saya tersenyum di saat saya bosan pada hari ini..thank you! ^_^

Tips Jaga Bibir

Assalamualaikum semua..
Kali ini elyn nak kongsi dengan kamu semua tentang tips jaga bibir.
Bagi elyn, bibir penting untuk dijaga kerana bibir yang sihat menampakkan senyuman yang segar dan seksi! OMG..HAHA!
So nak tahu bagaimana nak dapat bibir yang seksi? Jom baca tips yang elyn dapat dari majalah InTrend ni. Hikhikhik~

1) KEKALKAN LEMBAPAN. Untuk mengekalkan lembapan bibir, pastikan kamu minum banyak air dan jauhi kafein serta alkohol.

2) RAWATAN PENGELUPASAN. Bagi sesiapa yang ada masalah bibir kering, merekah dan pecah-pecah, cuba buat rawatan pengelupasan lembut pada bibir. Mula-mula, sapukan salap bibir (lip balm), kemudian gunakan berus gigi untuk menggosok bibir secara memusar dan lembut. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati pada bibir dan menjadikan bibir lebih lembut! :)

3) PATAHKAN ROKOK! Merokok akan membunuh sel kulit yang sihat dan mewujudkan garis halus di sekitar mulut. Ini akan membuatkan kamu kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

SITUASI PADA HARI AKU DEMAM + PENING KEPALA + SAKIT BELAKANG

Assalamualaikum semua..
Korang semua sihat tak? Hopefully sihat la ye..Actually aku baru je baik dari demam ni..Sekarang tinggal batuk sikit-sikit je..


Hari tu aku story kisah adik aku demam kan. So entri ni aku nak story kisah aku demam pula. Pagi-pagi time mandi aku dah muntah-muntah dah time tuh. Memang rasa badan sejuk kat luar and panas kat dalam. Tapi aku malas nak ambil MC, so aku pun decide nak pergi juga kerja.


Aku breakfast sandwich and minum coffee at office cafe 12th floor. Sandwich aku dapat habiskan satu je, satu lagi aku tak lalu nak makan. Coffee pun aku tuang separuh cawan je sebab takut tak habis. Masa tu breakfast dengan Sya and Wani. Dorang dah nampak yang aku tak larat. Sampai makan pun tak selera. Huhuhu..


Pukul 9am aku ada briefing pasal requirement projek dari Cik Ekin kat G01. Omg..G01 lagi sejuk dari G02 (tempat aku selalu mencari inspirasi). Briefing tuh habis dalam pukul 11 lebih. Naik sejuk beku aku duduk dalam tu. Nasib baik aku bawa sweater. Tapi sweater pun macam tak membantu je. Huhuhu..



Time lunch, aku, Dila, Miza, dan Zati keluar pergi makan KFC kat Sunway Pyramid. Tapi dorang bertiga je la yang makan KFC. Aku just tempah nugget yang large punya. Tapi aku cuma mampu makan satu ketul nugget je. Sebab aku tak ada selera langsung nak makan. Selebihnya aku bagi Dila je la. Dah la time tu belakang aku rasa sakit yang amat. Kepala pula macam pening-pening arnab. Huhuhu..



Time balik kerja pula, aku kena naik komuter. Ada la dalam 15minit aku tunggu komuter tu tak sampai-sampai juga. Sampai aku jadi tak larat dah nak berdiri. Orang kat situ pula ramai. Aku dah call akak aku suruh dia ambil je aku kat Subang Jaya sebab aku dah tak larat nak menunggu dan tekak aku pun dah rasa loya. Aku takut termuntah je time dalam komuter nanti. Huhuhu..Tapi masa tu dah pukul 5 lebih, jalan pun dah jem, so akak aku suruh aku tahan je dulu dan naik je komuter tu.


Masa dalam komuter, jangan cakap la penderitaan yang aku alami kan. Sesak gila sampai berhimpit-himpit. India ramai pula time tu. Hurm..paham-paham je la kan..Aku hanya mampu berselawat dan berdoa je semoga  Allah beri kekuatan pada aku. Alhamdulillah..aku selamat juga sampai ke Shah Alam tanpa menyusahkan orang lain. ^_^


Begitu la situasi pada hari aku sakit. Time sakit tak baik mengeluh sebab Allah bagi kita sakit untuk mengurangkan dosa kita..So terima kasih Ya Allah..^_^

ZODIAK & PEWANGI PERIBADI

Assalamualaikum semua..
Haa..kali ini elyn nak kongsi dengan korang semua tentang pewangi yang sesuai dengan zodiak korang.
Sumber dari majalah InTrend..^_^

CAPRICORN
Haruman Serasi : Annick Goutal Mandragore Pourpre (Ribbed Bottle) EDT (100ml)
Price : RM499

SAGITTARIUS
Haruman Serasi : Beyonce Heat EDT (50ml)
Price : RM174

SCORPIO
Haruman Serasi : Britney Spears Radiance EDP (50ml)
Price : RM200

LIBRA
Haruman Serasi : LANVIN Marry Me! EDP (50ml)
Price : RM263

VIRGO
Haruman Serasi : Thomas Sabo Charm Rose EDP
Price : RM201

AQUARIUS
Haruman Serasi : CREED Acqua Florentina for Women (75ml)
Price : RM659

LEO
Haruman Serasi : Jennifer Lopez LA Glow EDT (50ml)
Price : RM207

CANCER
Haruman Serasi : L'Occitane Fleur Cherie EDT (75ml)
Price : RM175

PISCES
Haruman Serasi : Elizabeth Arden Pretty Parfum (50ml)
Price : RM240

ARIES
Haruman Serasi : GUESS Seductive EDT (50ml)
Price : RM189

TAURUS
Haruman Serasi : GIVENCHY Play For Her EDP Spray (50ml)
Price : RM265

GEMINI
Haruman Serasi : COACH Signature EDP (50ml)
Price : RM290

AKU SEORANG COMPUTER PROGRAMMER

Assalamualaikum semua..
Start esok aku dah jadi seorang Computer Programmer.
Ceht! Bajet la Dzailin! HAHA! LOL~
Betul ape..sila percaya! HAHA!


Programmer yang akan menghadap laptop 24/7 sehingga menambahkan lagi power mata aku yang memang dah sedia ada power. LOL~
OMG..OMG..kepala akan bertambah pening..
Tapi tak apa..itu semua kan ilmu..^_^


Actually semalam aku dah dapat projek.
Projek pasal Knowledge-Based System.
Kalau tak tahu, sila Google yep! ^_^
Projek ini hanya melibatkan aku dan Adila Firdaus sahaja.
Projek ini under Kak Ekin.
Tapi Kak Ekin tak dapat nak tolong kami apa-apa sebab dia sendiri pun dah tak ingat apa-apa tentang programming.
So dia serahkan 100% kepada kami untuk siapkan projek ini.
Sistem ini akan digunakan oleh Project Manager dan segala macam Manager lagi la di Mesiniaga ni pada akhir bulan Mac ni.
Risau jugak aku kalau sistem ni tak dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Huhuhu..
Disebabkan Kak Ekin tak kisah kami nak guna language apa, so kami decide nak guna C# je.
At least boleh memantapkan C# aku sebab PSM aku pun aku decide nak guna language ni. Ngahaha..

Ok la. Aku nak stop typing dulu sebab aku nak sambung buat PSM.
Sila doakan aku dan Adila dapat menyiapkan projek kami ini dengan sebaik mungkin yep! ^_^
Bubbye!!! 

VOTE FOR ME! ^_^

Assalamualaikum semua..
Ingat lagi tak entri Pertandingan Template Tercantik? Kalau tak ingat, sila KLIK SINI.
So, proses undian dah bermula..
So Elyn nak minta jasa baik korang semua tolong undi blog Elyn..hikhikhik..
Siapa undi dapat pahala taw! Ngehehe..


Kepada sesiapa yang sudi nak undi blog Elyn, sila pergi ke LINK ini.
Untuk memudahkan korang cari blog Elyn, sila tekan Ctrl + F. Then taip xylenedz atau Elyn. 
Kepada sesiapa yang dah undi tu, Elyn ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga yep!! ^_^

RAGAM BILA DEMAM

Assalamualaikum semua..
Kali ni nak cakap pasal ragam bila demam pula..atau senang cakap perangai bila demam la..
Ada macam-macam karenah manusia bila dia sakit..
Ada minta itu..Ada minta ini..Ada yang tak minta-minta..Haa..Ini bagus..Ngahaha..
Aku nak cerita pasal karenah adik aku bila demam.
Actually hari Jumaat yang lepas aku balik Seremban sebab my sis and abang ipar nak pergi Pahang sebab ada urusan kerja..
So otw balik Seremban tu, my mom dah mesej suruh belikan adik McD Chicken Prosperity Burger..
Bukan yang medium punya..tapi yang large punya..Demand ok..huh!
Lenyap RM15 duit aku..huhuhu..
Tapi tak pe la..for the sake of my beloved brother kan..
Bukan selalu pun belanja dia..hehehe..

So setakat ni..selama aku demam tak de la pula minta benda yang bukan-bukan kan..
Sebab aku jarang demam..dah berapa lama kot tak demam..
Tapi kalau next time aku demam, aku nak minta iPhone 7 boleh? Mungkin time aku demam tu iPhone 7 dah keluar, so boleh la aku minta..ngahaha...

If I Were the Green Hornet

Green Hornet

Kalau saya jadi superhero Green Hornet, apa yang saya akan buat untuk menghentikan kejahatan?


Hmmm..kalau hero filem Ong Bak hidup lagi, si Tony Jaa tu..boleh la jugak aku berganding bahu dengan dia kan...
Ceeewahhhh...macam la aku ni setanding hero Ong Bak tu kan..
Nasib baik dia dah mati..
Kalau tak mesti dia muntah berdarah baca aku punya post ni..Ngahaha..


Disebabkan hero Ong Bak dah mati, so aku nak berganding bahu dengan Bruce Lee pula.
OMG! Dah tentu la si Bruce Lee ni dah lama mati..
Lagi lama dari si Tony Jaa tu kan..
So tak dapat la aku nak berganding bahu dengan dia..huhuhu..


Kalau dah Tony Jaa dan Bruce Lee dah mati, so sekarang ni tinggal Jackie Chan menjadi pilihan hati..
Wahahahaha..Jackie Chan!!!! Please..please..please..join me to stop the crime!!!
Ceht! Macam la Jackie Chan nak layan aku kan..ngahaha..


Tak pe la..kalau semua tak nak layan aku, aku nak belajar semua Martial Arts yang ada kat dunia ni..
Macam taekwondo, silat, kung fu, karate, sumo..eh, sumo sekali? Eh, mesti la..kot-kot la penjenayah tu berbadan ala-ala orang main sumo tu kan..boleh gak aku lawan..ngahaha..poyo!!! Badan kecik comel ada hati nak lawan orang berbadan besar!!! HAHA! LOL! 


Haippp..don't judge a person by their size ok..ngahaha..
Last but not least, aku harap aku dapat lagi tiket free dari uncle nuffnang tersayang ni..hikhikhik..

XX+XY ADA KEMBAR?

Assalamualaikum semua..
Ok..aku tak nak taip panjang-panjang sebab aku tengah kejar masa untuk tidur ni..ngahaha..
Betul ke XX+XY ada kembar? Tahu ke tidak apa itu XX+XY? XX+XY tu nama blog aku la..ngahaha..
Nak tahu betul atau tidak blog aku ni ada kembar, sila lihat di bawah.


Haaaa..nampak tak apa yang tertulis di dalam petak kuning itu?
Masih tak percaya?
Sila lihat di bawah.

~blog XX + XY~


Haa..amacam? Sama tapi tak serupa ke serupa tapi tak sama ek? Ngahaha..
Actually layout blog kami je yang kembar..Ngahaha..
Sila la terjah kembar blog XX+XY aku ni..^_^




COUPLE EKSPRESS

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini aku nak cerita sikit pasal couple ekspress.
Tahu tak apa itu couple ekspress?
Bagi aku, couple ekspress ni macam ni.
Kau single. Then kau rasa lonely gila. Then kau cari girl / boy secepat mungkin untuk hilangkan rasa lonely kau tu. Sebab maybe kau tak pernah rasa lonely pun before this.

Tapi kau tahu tak apa akibatnya? Mesti kau tak tahu kan? Sebab tu kau buat. Atau kau mungkin tahu tapi buat-buat tak tahu sebab kau suka kan? HAHA!
Akibatnya kau akan rasa cepat bosan dengan orang tu. Sebab kau tak pernah ada rasa sayang or cinta pun kat orang tu. Kau couple dengan dia semata-mata nak hilangkan rasa lonely kau je. 
Pendapat aku terhadap orang seperti ini adalah SANGAT KEJAM!

Kesimpulannya, jangan mudah kita declare dengan someone. Makesure dia betul-betul sayang dan cintakan kita, baru kita declare. Lagi bagus couple dengan someone yang menjanjikan perkahwinan. Tapi jangan cakap je nak kahwin, last-last hampeh!

Even ada yang cakap couple itu HARAM, tapi aku percaya yang membuatkan couple itu haram adalah kalau kita buat benda yang salah. Kalau kita pandai jaga hubungan dan batas-batas, bagus la kan. 

Ok. Aku memang pandai cakap and tulis je. Tapi tak pandai buat. HAHA!
Doakan semoga Dzailin Dzulkaflie berubah yep! ^_^

LEPAKING

Assalamualaikum semua..
Semalam aku tidur pukul 3 pagi..
Sebab aku tengok AJL sambil menyiapkan slide presentation..huhuhu..
Ada lagi satu slide aku tak siap..
Last-last present bulan 2..ngahaha..


Semalam bantai jalan-jalan..
Penat gila dowh..
Mula-mula pergi Petaling Street, then pergi lepak kat KLCC, terjumpa plak Aril dengan dress-up yang agak poyo je aku rasa..HAHA! Lepas tu, jalan-jalan kat Uptown Shah Alam plak..
Penat seyh..aku dah sampai menguap-nguap tahap gaban dah..HAHA!


Ok la..sampai sini je cerita aku..
Korang pun bukannya nak dengar sangat cerita aku an..ngahaha..
K bye assalamualaikum..

STATUS : SINGLE

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini nak cakap pasal status.
Bukan status kaya atau miskin.
Tapi status diri sama ada single atau sudah berpunya. 

Kalau siapa yang friend dengan aku kat FB, mungkin perasan bila aku tukar status dari "in a relationship" to "single".
Actually aku memang sentiasa single..tak pernah double or triple pun..Ngahaha..


Actually single is simple.
Tak perlu nak jaga hati dan perasaan orang lain.
Orang lain yang aku maksudkan ni adalah couple kita la.
But im not saying that couple is trouble.
Couple memang best tapi memerlukan komitmen dalam sesuatu perhubungan.
Kalau setakat couple main-main, tak serius, baik tak payah couple. Buang masa je. Lebih baik gunakan masa yang ada tu untuk mencari seseorang yang boleh kita jadikan pasangan hidup kita untuk selamanya.

Tapi tu la..jodoh pertemuan, ajal maut, semuanya di tangan Tuhan. 
Kalau rasa-rasa he/she is the perfect one for you, berdoa la kepada Allah.
Kalau kita tak dapat orang yang kita nak, redha je..
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..

KEEP FALLING IN LOVE WITH YOU FOREVER

Assalamualaikum semua..
Tiba-tiba aku nak tanya korang. Ada sesiapa tak yang couple dia sekarang ni adalah couple dia masa zaman dia kecik-kecil dulu? Erkk..itu pun kalau dia dah start menggatal time kecil kan. Ngahaha.. Senang cerita macam ni la. Ada tak yang couple dia sekarang ni adalah satu-satunya couple dalam hidup dia? I mean, dia tak pernah tukar-tukar couple or ada ex. Ada tak? Kalau ada, i memang salute la you! And picture di bawah untuk korang yang kekal bersama dari dulu sampai sekarang..^_^


I WISH THAT I HAD NEVER MET YOU!

Assalamualaikum semua..
Malam ni aku tak tau kenapa aku nak post semua yang jiwang-jiwang.
Mood jiwang kah?
Untuk entri kali ini, aku tujukan buat seseorang yang aku rasa aku pernah TERjatuh hati kat dia dulu.
LOL!


EVEN MY HEART DOESN'T KNOW THE ANSWER?

Assalamualaikum semua..
Pernah tak korang mengalami situasi yang memerlukan korang berfikir sehingga 7 kali?
Yang mana satu nak ikut?
Kata hati?
Kata orang?
Haishh..konfius..konfius..
Aku paling tak suka bila nak buat satu keputusan yang boleh buat rambut aku keguguran. 0_0

TANDA-TANDA ANDA JATUH CINTA

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini elyn nak share sikit tanda-tanda yang menunjukkan korang dah jatuh cinta.
Entri ini lebih sesuai untuk perempuan..
Tapi kalau lelaki pun boleh..cuma tukar la 'him' tu kepada 'her'..ngehehe~
Let's check it out!


SEMINGGU SUDAH BERLALU

Assalamualaikum semua..
Sihat tak semua? Aku tak berapa sihat sekarang ni..
Suara pun dah lain..Macam nak demam je..huhuhu..
Harap-harap korang semua sihat la yep..^_^


Actually aku baru je balik dari Seremban tadi..
Dalam pukul 11 lebih tadi bertolak ke Seremban sebab nak pergi kenduri kahwin jiran..
Then habis je makan, terus balik rumah jap rehat-rehat dulu..
Dalam pukul 1 lebih, gerak balik ke Shah Alam..


Hari ni hari Sabtu kan..sekejap je masa berlalu..sedar-sedar dah seminggu aku praktikal di MSB.
Tiba-tiba aku rasa rindu pula kat bebudak ni..
Fadh, Ejat, Kak Sya, Dila, Sya, Wani, Wina, Zati, Miza, Mira, Arif, Khairul, dan Izhar.
Siapa dorang ni semua? Haa..ni semua adalah kawan-kawan yang satu tempat praktikal dengan aku.
Umur dorang ni semua adalah antara 21-25 tahun.
Zati, Arif dan Miza ni pelajar dari USIM. Wina pelajar dari UTEM. Yang lain-lain semuanya dari UTM Skudai. Ada lagi nama-nama lain yang aku tak sebut kat sini sebab dorang tak satu tempat dengan kitorang semua. Ada yang kena posting kat staging site di MSB USJ 3. Ada yang kena posting kat Putrajaya. Sepatutnya aku dan 13 orang kawan yang aku sebut di atas ni kena posting kat UM selama seminggu. Tapi disebabkan ada problem sikit, so kami dapat pergi sehari je la ke UM. Maybe next time kena posting ke tempat lain pula. 


So maybe hari Isnin next week, presentation untuk tugasan yang diberi pada hari Khamis hari tu dah start. Rasa nervous pula sebab aku tak prepare lagi ni. Huhuhu.. Tak silap aku dalam 3 atau 4 orang yang menilai first presentation ni. Pergh..nervous gila la kan sebab dorang semua bukan calang-calang orang..huhuhu..So doakan aku dapat present dengan sebaik mungkin yep. ^_^


Ok la..enough blogging..kena betul-betul bersedia untuk presentation next week..bubbye semua..Assalamualaikum..^_^


Note :
1) Hopefully my coordinator akan belanja lagi time breakfast next time. ^_^
2) Tak sabar nak swimming kat rooftop MSB beramai-ramai. Ngahaha~
3) Bila nak dapat sticker kereta dari MSB?

PEREMPUAN DAN SHAWLS

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini aku nak cakap pasal perempuan dan shawls.
Aku rasa most of bloggers dah tau kan cerita pasal perempuan yang suka bertudung dengan bermacam-macam style ni.
Entri ini hanya untuk meluahkan pendapat aku mengenai isu yang dibangkitkan.


Bila nampak girl yang free hair, korang kutuk cakap tak tutup aurat la ape la..Ok fine. Then girl tu bertudung. Tapi bila girl tu bertudung dengan pelbagai gaya, korang kutuk cakap style macam tu tak bagus la tak elok la nampak itu la nampak ini la. Ok fine. Aku yang berada di situasi yang macam ni, aku rasa frust gila! Menyampah! Elok-elok orang free hair nak pakai tudung, tapi kau kutuk-kutuk pula. Kalau girl stop pakai tudung disebabkan situasi yang macam ni, aku rasa kau patut dipersalahkan. Dan bila kau dipersalahkan, kau akan cakap yang iman perempuan tu yang tak kuat la ape la. Sepatutnya kau perlu menyokong dan memberi semangat kepada sesiapa yang pakai tudung ni. Kau ingat senang ke orang free hair nak pakai tudung? Kau lelaki boleh la cakap macam-macam sebab kau bukan perempuan.


Lepas tu ada yang cakap warna shawls yang terang tak sesuai la ape la. Sebelum kau taip entri tu, boleh tak kau fikir dulu? Setiap shawls yang girl pakai, normally akan dipadankan dengan warna baju yang dipakai. Kalau semua girl pakai shawls warna gelap, hari-hari aku rasa tak ceria hidup. Kalau macam tu, tak payah la lagi orang buat shawls warna terang. Lepas ni semua girl pakai shawls warna gelap je ok.

Kita ni hidup kena la saling menghormati. Kalau nampak yang salah, teguran memang perlu tapi biar kena pada caranya. Kalau tak reti nak tegur, jangan tegur. Nanti buat menyakitkan hati orang lain je. OK?
Aku nak blah dulu siapkan tugasan. Assalamualaikum.

2ND DAY INDUSTRIAL TRAINING : ONSITE AT UM

Assalamualaikum semua..
Seperti yang telah dijanjikan semalam, hari ini aku nak cerita sikit mengenai apa yang aku buat di Universiti Malaya (UM).


Pukul 9.10am bertolak dari MSB ke UM.
- Dibahagikan kepada beberapa group. 1 group dalam 7-8 orang. Group aku je yang ada 2 orang bunga iaitu aku dan fadh. Yang lain semuanya kumbang. Kumbang-kumbang tu semua aku tak kenal. Tapi disebabkan mulut aku tak berat, last-last aku kenal jugak dengan dorang.. Siap lunch makan sama lagi.. Ngahaha..
- Then, group aku yang 8 orang ni pergi ke pejabat staf di Pusat Teknologi Maklumat (PTM) untuk install AD Profile Migration.
- Disebabkan staf-staf tak nak ramai sangat dalam office tu, so kami berpecah lagi kepada 2 group. So 1 group cuma tinggal 4 orang je. Huhuhu..
- Kami diarahkan oleh MSB untuk buat file migration and join domain bagi setiap PC di UM. Agak-agak ada berapa PC kat UM? Beratus ok! Huhuhu.. Tapi tadi alhamdulillah kami semua dapat selesaikan kerja ni untuk 100 lebih PC.


Aku buat benda alah ni sampai lapar perut aku. Untuk siap installation bagi 1 PC, mengambil masa lebih kurang 10minit. Itu kalau PC tu tak lembap! Kalau lembap, mau dalam 20minit jadinya! Huhuhu..
Masa aku buat benda ni, aku agak nervous r sebab takut tersalah step.. Kalau salah habis la.. Huhuhu.. Tapi alhamdulillah..semua PC yang aku buat, semuanya menjadi..yay!! HAHA!


So pukul 5.30pm tamat segalanya..time tu pula hujan lebat mencurah-curah..jalan yang sangat jem membuatkan kitorang sampai di Subang Jaya dalam pukul 6.50pm..Pergh..bayangkan betapa jemnya jalan tersebut..Huhuhu..Then aku sampai Shah Alam pukul 7.20pm..


Aku rasa sangat seronok hari ni sebab hari aku full dengan aktiviti yang berfaedah walaupun penat gila. Huhuhu.. Aku dapat belajar benda baru. So nanti balik UTM boleh la aku buat join domain kat sana pula. Ngahaha.. And now aku nak buat-buat mengantuk sebab aku kena tidur awal sebab esok kena bangun awal pagi macam biasa..Huhuhu..


Tata..Nunyte..Assalamualaikum..^_^

1ST DAY INDUSTRIAL TRAINING

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini nak story mory sikit pasal 1st day aku start industrial training atau dalam bahasa melayu latihan industri (LI) iaitu pada 3 Januari 2011. Aku LI di Menara Mesiniaga Berhad (MSB) di Subang Jaya.


Semalam aku tidur awal kot. Pukul 12 lebih dah baring atas katil. Tapi macam biasa la..aku tak dapat nak tidur lena sebab boleh dikatakan setiap 1 jam aku terjaga dari tidur..Hampeh tul..Nervous kot fikir pasal LI..HAHA!


So sampai je aku kat MSB dalam pukul 7.30am. Awal gila ok! Nasib baik aku masuk je dalam bangunan tu, tengok-tengok dah ada seorang girl duduk situ. So boleh r buat member sementara tunggu person yang incharge kami semua ni. Huhuhu..
Dalam pukul 8.30am, baru PIC sampai..then beliau suruh kitorang masuk dalam Auditorium..


Aku terkejut sebenarnya..sebab ingatkan yang LI kat MSB ni cuma kami 5 orang je..(aku, ejat, fadh, dila, kak sya). Alik-alik aku tengok list name tadi ada 25 orang..pergh..then abang tu cakap next week ada lagi 10 orang yang datang..so total 35..omg..ramai gila la kan..huhuhu..
Tapi best gak ramai-ramai ni..boleh kenal-kenal dengan dorang semua kan..ngahaha..


Actually aku kena tidur awal malam ni..sebab esok pagi dah kena onsite kat UM..memang best la kan awal-awal masuk dah kena onsite..itu yang aku suka tu..ngahaha..
So esok nak update entri pasal apa yang berlaku di UM pula..tak sabar nih! ngahaha..


Ok la..mau tidur dulu..kang bangun lewat pula esok pagi..huhuhu..
Tata..nunyte..Assalamualaikum..^_^

15 WAYS TO KEEP RELATIONSHIP WORKING

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini menyenaraikan 15 cara bagaimana kita nak mempertahankan hubungan kita bersama orang yang kita sayangi..
Tak kira la orang itu pakwe / makwe / suami / isteri


Berikut adalah keputusan Elyn terhadap hubungan yang sedia ada..cewahh..ngahaha..
1 - 60% love
2 - Pernah gak tipu..shhh..HAHA!
3 - Selalu..^_^
4 - Most of the time sweet sour..ngahaha..
5 - Susah nak forgive and forget ni..cuma certain things je yang boleh buat macam tu..huhuhu..
6 - Ok..tak pernah lagi kot cakap depan-depan..HAHA!
7 - Selalu cakap OK bila tak OK..maybe sebab malas nak gaduh kot..huhuhu..
8 - OMG! Mana boleh macam tu..huhuhu..
9 - Kadang-kadang betul kadang-kadang tak..ngahaha..
10 - Sometimes ada gak TERcompare..keh3..
11 - Bercerita bila diminta untuk bercerita..^_^
12 - In progress..^_^
13 - Yup!
14 - Ok yang ini susah sikit sebab dua-dua ego tinggi. Tengok la sape yang suka mengalah dulu. Ngahaha..
15 - That's really true! ^_^

up