MAHARAJA LAWAK AKAN GEGARKAN INDUSTRI HIBURAN!

Assalamualaikum semua...
Entri kali ini nak cakap pasal program baru yang akan muncul di Astro Warna pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam, bermula 1 April 2011.
Mesti korang tahu kan program apa kan..Maharaja Lawak la!!!
Semenjak program realiti Raja Lawak mendapat sambutan hebat daripada rakyat Malaysia, so timbul pula idea untuk menyatukan kembali pelawak-pelawak untuk bertanding di gelanggang yang sama bagi kali ke-2 dalam program berjudul 'Maharaja Lawak'.
Program Maharaja Lawak ini bertujuan mencari gelaran pelawak terunggul di kalangan mereka yang terhebat.


AC Mizal telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab menjadi pengacara bagi program ini yang akan berlangsung selama 10 minggu bersiaran.
Program ini masih lagi menggunakan konsep dan format yang sama seperti mana 5 musim Raja Lawak sebelum ini.
Program ini akan menghimpunkan hampir kesemua bekas juara dan finalis dari musim pertama hingga musim kelima bagi mencari yang terhebat untuk dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak.




Ok bagi sistem pemarkahan pula, 50% akan diadili oleh para juri dan 50% lagi dari undian para penonton melalui SMS. Ini baru adil kan. Hehehe..
Peserta yang mendapat markah paling rendah setiap minggu akan disingkirkan. 
Selain itu, mereka tidak akan dihimpunkan dalam satu rumah, sebaliknya mereka hanya akan disatukan di gelanggang yang sama setiap minggu.



Antara para peserta Maharaja Lawak yang bakal memeriahkan program ini ialah Kumpulan Yus & Tauke, Kumpulan Johan & Zizan (RL1), Nabil dan Kumpulan XN3 (RL2), Kumpulan Sepah, Jihan dan Amir (RL3), Kumpulan Kecik dan Idlan, Alex (RL4) serta juara dan finalis RL5 yang masih belum dikenalpasti.


Credit to era.fm

HARI BAHAGIA BUAT CIK ABANG

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini agak jiwang sikit ye..
Yang tak suka jiwang-jiwang sila lari cepat-cepat dari sini ok..Ngahaha..

Semalam merupakan hari bahagia buat cik abang aku..
Bukan abang kandung mahupun abang angkat ok..tapi abang yang ehem-ehem tu..Ngehehe..
Kalau tak paham, meh sini aku tampar laju-laju bagi paham..Ngahaha..

Kenapa pula dia bahagia? Sebab semalam first time kot aku belanja dia makan + tengok wayang..
Kalau setakat belanja makan kat kedai-kedai biasa ni memang pernah gak la sebelum ni..
Tapi semalam aku belanja dia kat Restoran yang memang best la..tu pun my parents yang suggest suruh belanja dia makan kat situ..Tempat tu memang tempat favorite my family makan besar la kan..Ngehehe..

No wonder la ramai gila orang makan kat situ..Tempat pun cantik menarik tertarik..Kebanyakannya yang makan kat situ datang dengan family la..Susah nak jumpa couple-couple makan kat situ..Jarang la..Semalam pun aku tak perasan ada ke tak couple lain selain aku dan cik abang yang makan kat situ..Huhuhu..

So bila tempat dah best, makanan pun mesti best kan, nak order pun mesti la yang best-best semuanya kan..dan semestinya harga pun best-best la kan..Ngahaha..
Aku tak berkira sangat la kalau nak belanja cik abang ni makan..Sebab selalu keluar dia je yang belanja aku..So kali ni biar aku yang belanja semuanya..Aku happy tengok dia happy..^_^


Semalam tengok wayang cerita The Mechanic. Agak best jugak la cerita tu..Tapi tak berapa feel tengok sebab aku lupa bawak spec..aigooo~
Tak apa..malam ni tengok cerita I Am Number Four plak..Dah siap beli dah tiket semalam..Excited nak tengok malam ni!!! Weeee~ Jangan lupa bawak spec sudah..^_^

AKU BENCI MARK!

Assalamualaikum semua..
Aku cam bosan tahap gaban je hari ni.
Asik install uninstall Dreamweaver je. Dah hampir 77 kali dah. Ok ini tipu. Baru 3 4 kali.

Untuk pengetahuan semua, walaupun korang tak nak tahu pun, aku tetap nak bagitahu. Aku dah deactivate Facebook. Sebab apa? Suka-suka je. Aku tak ada mood nak berfacebook buat sementara waktu ni. Banyak sangat kot manusia yang annoying gila babeng terbabas dalam tu.

Facebook pun dah banyak melalaikan aku. Senang cerita aku benci Mark sebab wujudkan Facebook ni. Tiba-tiba Mark yang dipersalahkan. Tak pasal-pasal je kan. Padahal diri sendiri patut dipersalahkan. Siapa suruh buat account Facebook? Haaaa..kan dah jadi macam ni.

Sejak join Facebook, email aku sentiasa penuh. Walaupun dah setting, tapi ada jugak la notification Facebook yang masuk dalam tuh. Group yang ada dalam profile aku ada 7 group. Tapi yang betul-betul aku ask to join group cuma satu je iaitu Sahabat Blogger. Group ni paling aku sayang r sebab gempak gila manusia dalam group tuh. Mana tak gempak, semua bloger berkumpul dalam satu group kan. Semua peramah tahap gila babeng plak tuh. Memang terbaik ah!

6 lagi group yang aku ada tuh semuanya orang invite aku masuk dalam group tuh. Antaranya Bloggers CyberGroup, SCJ-rian, ex-KMNS, SPMM, Golden Rich Resource, and Golden Rich Supporter.
Bloggers CyberGroup dah makin senyap sunyi sepi je aku tengok. Mungkin sebab semua admin-admin group tuh busy. Termasuk la aku. Huhuhu..So group tuh jadi tempat untuk ping updated blog post je.

SCJ-rian group memang meriah la. Banyak benda yang dibincangkan di situ. Banyak juga benda yang dimengarutkan di situ. Tapi walaupun semua member group tuh adalah kawan-kawan aku, ada juga yang buat aku rasa..*ish..annoying gila kau..menyampah plak aku*. Nak cakap aku kejam? Cakap la..ada aku kesah? Ngahaha~

Ok. Group ex-KMNS pun best gak..Banyak benda yang dikongsikan di situ..Especially cerita pasal hantu makcik jual karipap. Yang ni aku yang post kat wall group tuh. Banyak juga dapat feedback dari dorang semua. Yela..kalau cakap pasal hantu, memang semua nak tahu kan. Sebab KMNS ni memang terkenal dengan Mistik Alam Hitam. Ngahaha~

SPMM ni group mencari keredhaan cinta illahi. Aku tak tahu macam mana aku boleh masuk dalam group ni. Siapa entah yang invite. Bagus memang bagus group ni tapi minta maaf la sebab secara jujurnya aku memang *kureng* sikit bab-bab gini..Nak kata aku teruk? Kata la..ada aku kesah? Sebab tu tak pernah sekali pun aku post something kat wall group tuh..Aku lebih suka berbincang bab-bab yang berkaitan agama ni secara depan-depan supaya aku boleh tengok reaksi orang yang sedang berkata-kata tu..Ngehehe~

Ok group Golden Rich Resource and Golden Rich Supporter tuh group bisnes emas. Dah nama pun Gold kan. Mesti la emas. So sesiapa yang rasa nak jual beli emas, boleh la join group tuh. Tak rugi punya la.

Kesimpulannya sekarang ni aku dah activate balik Facebook. Sebab aku nak publish entri ni dalam Facebook kan..so kena la activate Facebook balik kan..LOL!!!!
Dan mood aku sekarang happy sebab semua group secara automatiknye dah teremove dengan sendirinya akibat aku deactivate Facebook tadi..So sekarang aku boleh join group mana yang aku suka je dan jangan gatal-gatal nak invite aku untuk group yang aku tak minat ok..

Salam sayang dari aku kepada kamu..Ngahaha~ ^_^

LAWAK PATUNG

Bermulalah satu cerita di mana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi..korang faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.


Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai. Walau bagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang. Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.


Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan mengfreezekan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu.


Si suami tercegat seketika apabila ternampak patung itu lalu bertanya kepada isterinya. "Aik??!! ..dari mana pulak datangnya patung nih??" "Oooo..patung tuuu. Patung tu saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "Oooooo..begitu." balas si suami.


Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan patung tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.


Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan patung itu lalu berkata, "Nah, makanlah.." Si patung berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenar. Dengan selamba, si suami berkata, "Aik??!!! Tak nak??? Orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..Tak macam awak dulu!! Tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak. Jangankan makanan, segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"


Credit to gelakgiler

10 Perbezaan Antara Zaman Sekolah dan Zaman Universiti

Assalamualaikum semua..
Elyn nak berkongsi pengalaman Elyn semasa zaman sekolah dengan semasa di universiti. Sangat banyak perbezaannya. Nak tahu perbezaannya? Sila la baca antara perbezaan yang Elyn dapat kongsi kat sini..^_^

Sekolah - Bawa beg berat macam batu-bata. Penuh dengan buku. Pencil box complete semua ada. Cuma liquid je tak boleh bawa. Kalau bawa kena rampas. [Entah pape je peraturan gini]
Universiti - Nak bawa beg pun malas. Kadang-kadang bawa sebuah buku je. Buku tu la yang digunakan untuk menulis nota bagi segala subjek. Tak perlu bawa pencil box semua. Cukup sekadar bawa pen dan liquid je. Nak lagi senang, bawa laptop je ke kelas.

~UTM Skudai, Johor, Malaysia~

Sekolah - Pelajar hanya dibenarkan memakai baju sekolah je..Baju sekolah semua sama style..Kalau nak tunjuk ada style sikit pun boleh tunjuk kat kasut.
Universiti - Macam-macam style ada..Malay style, Korean style, Turki style semua ada..Pakai je style apa yang nak..Tak ada siapa halang..

Sekolah - Pelajar dilarang bawa hp ke sekolah. Kalau kantoi kena rampas.
Universiti - Hp semua canggih-canggih..Even apa yang lecturer lecture kan pun siap boleh rekod dalam hp. Sebab malas nak buat catitan. Tu kalau lecturer tak bagi nota la.

~My beloved college [Kolej Perdana, UTM]~

Sekolah - Pukul 6am dah kena bangun mandi untuk pergi ke kelas. Kalau datang lambat ke sekolah, kena tahan dengan pengawas.
Universiti - Kalau ada kelas pukul 8am, time tu la baru nak bangun mandi. Sampai kelas lewat pun relax je. Lecturer pun buat dek je. [Sebab malas nak layan perangai budak gini]

Sekolah - Kelas dari pukul 7.30am sampai 1/2pm. Kalau ada kelas tambahan, mahu sampai pukul 4/5pm.
Universiti - Kelas kadang-kadang 2/3 jam je. Paling azab 8 jam. Paling heaven tak ada kelas langsung. Depends on schedule and lecturer.

~Dalam kelas pun still boleh snap pic guna webcam. LOL~


Sekolah - Esok exam, last week dah prepare dah. Pensil 2B pastikan ada 2 batang. Kasi tajam.
Universiti - Esok exam, hari ni baru nak study. Pukul 9am start exam, pukul 7am baru nak tidur sebab tak habis study punya pasal. 

Sekolah - Kalau buat salah, kena ambil nama then bayar denda dalam RM2 ke macam tu.[tak ingat paling mahal kena berapa]
Universiti - Kalau buat salah, kena saman. Biasa kena RM25. Tengok pada kesalahan yang dibuat.

~Lepaking sampai pukul 3am~

Sekolah - Kalau nak hang out dengan kawan-kawan hanya boleh selepas waktu sekolah je. Tak pun time Sabtu Ahad je.
Universiti - Kalau nak hang out dengan member-member, time ada gap kuliah 2/3 jam pun boleh jadi. Kalau tak ada kelas on that day, nak balik 1/2am pun tak apa. Paling teruk pun kena scan kad matrik je. [tapi aku tak pernah lagi kena scan kad matrik]

~Konvoi Raya 2010~

Sekolah - Bila budak sekolah bercouple, dikatanya 'cinta monyet'..
Universiti - Bila budak universiti bercouple, soalan biasa yang akan ditanya, "Bila ko plan nak tunang / kahwin dengan dia weh? Jangan lupa jemput aku sudah..." [soalan biasa bagi couple yang dah final year]

Sekolah - Ibu siap pesan lagi kalau nak cari bf, cari kat universiti..
Universiti - Bila sedang mencari, tahu-tahu ibu sudah pilih jodoh untuk anaknya..

So..nampak kan perbezaan yang sangat ketara bila sudah berada di Universiti? Ada best ada tak best..Tapi banyak yang best la..Hehehe..
Environment best, member best, lecturer best [certain je], kolej kediaman best, cafe best, macam-macam lagi la yang best! ^_^

*Oppss..bagi pelajar sekolah yang baca entri ni, kalau masuk U suatu hari nanti, sila jangan ikut perangai Elyn yang teruk-teruk ni ok..Ngahaha~

I love my life in UNIVERSITY :) but I still miss my SCHOOL time :(


LAWAK PELANCONG

Al kisah pada satu hari ada seorang pelancong. 
Dia menaiki taxi tapi dalam perjalanan dia berkata kepada pemandu taxi, "Shaya mau two round", kata pelancong. 
"Ya..ya..ya.." jawab pemandu taxi. 
"Shaya mau two round" kata pelancong lagi. 
Lalu pemandu taxi itu pun membawa beliau keliling bandar bagi memenuhi kehendaknya.




Tiba-tiba pelancong tadi terkencing dalam kereta. 
Pemandu taxi sangat marah. "U must tell me first before U dot..dot..dot.." kata pemandu. 
"Shaya sudah bilang shaya mau two round, shaya mau two round tapi kau tidak kasi two round sama shaya" jawab pelancong.
Pemandu taxi menggeleng kepala. 



Credit to gelakgiler.

APA ITU MUKABLOG?

Assalamualaikum semua..
Pernah dengar mukablog? Tak pernah? Faceblog pernah dengar? Haaa..sebenarnya Elyn nak cakap pasal Faceblog la..saje je tulis mukablog..hehehe..


Apa itu Faceblog?
Faceblog merupakan sebuah blog yang diwujudkan atas dasar untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya di seluruh Malaysia dan dunia amnya. 
Seperti Facebook, Faceblog juga mempunyai tujuan yang sama iaitu menjalinkan hubungan yang lebih erat antara para blogger di seluruh Malaysia selaras dengan tema yang Faceblog gunakan iaitu seakan-akan tema Facebook.
So marilah sertai Faceblog beramai-ramai untuk memeriahkan lagi dunia blog Malaysia! ^_^

OH MY DARLING I LOVE YOU

Assalamualaikum semua..
Bila terdengar je lagu Oh My Darling kat TV3 tadi, terus je rasa nak post lirik lagu dia sebagai entri Elyn kali ini. Hehehe..

~Pelakon-pelakon Mujhse Dosti Karoge~

Pernah tengok cerita Mujhse Dosti Karoge tak? 
Cerita ni dah lama dah..Tapi serius best gila cerita ni..kalau tak tengok lagi, sila la tengok..
Cari je link download..tak pun, beli la CD/DVD..Hehehe..
So meh kita tengok lirik lagu Oh My Darling aka my favorite song yang merupakan lagu paling best dalam cerita Mujhse Dosti Karoge..^_^

Oh My Darling
Aaj Ke Ladke I Tell You Kitne Lallu What To Do
Aaj Ke Ladke I Tell You Kitne Lallu What To Do
Koi Mujhe Poocche How Are You Koi Mujhe Bole How Do You Do
Kabhi Koi Mujhse Na Kahe Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You

Aaj Ki Ladki I Tell You Nakhre Waali Sun Le Tu
Aaj Ki Ladki I Tell You Nakhre Waali Sun Le Tu
Na Mein Poocho How Are You Na Main Bolu How Do You Do
Abhi Yahin Main Kehta Hoon Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Aaj Ke Ladke I Tell You Kitne Lallu What To Do

Roj Milo Chupke Chupke Pyaar Karen Chupke Chupke
Hum Roj Mile Chupke Chupke Pyaar Karen Chupke Chupke
Main Kab Kissi Se Darta Hoon Main To Tumpe Marta Hoon
Main Kaise Yeh Maanon Chal Mera Haath Pakad Le
Lo Haath Padkad Ke Main Bolon Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Aaj Ke Ladke I Tell You Kitne Lallu What To Do

Achcha To Chalo Pyaar Karen Saath Samundar Paar Karen
Achcha To Chalo Pyaar Karen Saath Samundar Paar Karen
Tere Saath Na Aaoo Main Raaste Mein Doob Na Jaaon Main
Pyaar Mein Jo Doob Gaye Yaar Wohi To Paar Huve
Aisa Hai To Sun Soniya Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Aaj Ke Ladke I Tell You
Oh My Darling I Love You
Aaj Ki Ladki I Tell You
Na Mein Poocho How Are You Na Mein Bolo How Do You Do
Abhi Yahan Hum Kehte Hai
Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Come On Everybody Sing With Me
Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You
Oh My Darling I Love You

Nak tengok video pun boleh..but make sure korang play and pause dulu sampai loading habis..so nanti boleh la layan tanpa terganggu dek kerana loading..
Btw, Elyn suka sangat tengok style dorang menari..tengok and follow ok..Ngahaha..^_^

Apa yang Best Bercinta dengan Blogger

Assalamualaikum semua..
Jom join segmen Bro Framestone!
Credit to Eva. ^_^


1) Mempunyai minat yang sama iaitu blogging.
2) Boleh tahu updated life tentang si dia walaupun si dia jauh di mata tapi tetap dekat di blog..Ngahaha~
3) Kalau dia update entri pasal kita, hati kita mesti berbunga-bunga masa tu kan..Ngahaha~
4) Nak kahwin nanti senang..post je kat blog masing-masing..nanti geng-geng blogger tahu la..Ngahaha~
5) Time kenduri kahwin nanti mesti ramai yang datang sebab geng blogger si isteri lain..geng blogger si suami lain..nanti boleh la berkenalan antara geng-geng blogger kedua-dua belah pihak..haa..kan meriah gitu..Ngahaha~
6) Dah ada anak nanti, lahir-lahir je anak tu nanti terus boleh ajar dia blogging..sebab parents dia pun kaki blogging kan..Ngahaha~
7) Nanti boleh la cerita dekat anak tu sejarah percintaan antara blogger..Ngahaha~
8) InsyaAllah anak tu nanti akan ikut jejak langkah parents dia juga..bercinta dengan blogger..LOL~ 

Siapa nak join segmen ni, boleh la KLIK SINI. ^_^

Kisah Benar : Kisah Seram Villa Nabila

Assalamualaikum semua..
Kali ini Elyn nak buat entri pasal Villa Nabilla.
Orang-orang JB mesti dah tahu pasal villa ni kan?
Dari apa yang Elyn baca, villa ini diberi nama Villa Nabilla sebab nama owner villa ni Nabilla.
Nabilla ni merupakan anak tunggal dari sebuah keluarga yang kaya-raya.
Tapi sayangnya dia dibunuh dan disimenkan di dinding rumah tersebut.
Siapa yang melakukan perbuatan tersebut?
Haaa..yang ni menimbulkan banyak persoalan.
Ada yang kata amah dia yang bunuh si Nabilla tu..ada yang kata mak tirinya bunuh..ada yang kata perompak masuk rumah tu then bunuh dorang satu family..
Haishh..banyak sangat versionnya sampai tak tahu yang mana satu betul..
Kalau ada saudara-mara Nabilla yang baca entri ni, sila la cerita hal yang sebenar berlaku di villa tersebut kerana ramai yang keliru dengan apa yang mereka baca di forum-forum. Huhuhu~

Berikut adalah antara gambar-gambar Villa Nabilla.
Photo credit to Mr H.






Plan Elyn nak pergi usha-usha villa ni. Orang kata villa ni nampak buruk bila siang tapi nampak cantik bila malam. Tapi kita tak tahu sejauh mana kebenarannya kan. Huhuhu~

Elyn ada terbaca yang Mr H nak buat ekspedisi ke villa ni. 
Dan Tengku Faiz ada berpesan :

"..and just to remind u..
if nak pergi villa tu,seeloknya pergi number genap..
and jangan ada yg tinggal dlm kereta..
if nak tinggal juga,biar berteman..genap juga..
bukan apa..takut ada benda tak elok jadi..
and dia ada 3 villa kat situ..
yang first okay..second okay.. second tu la villa nabilla..
and yg third,rumah professor..tp agak dalam juga..
jgn terlalu berani..byk kes yang dapat masuk,tp tak jumpa jalan keluar.."


Note : Agak-agaknya ada tak orang yang buat wedding photoshoot dia kat sini? Ngahaha~

Kisah Benar : Kisah Seram Seksyen 2, Depan Wetworld

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini Elyn nak cerita pasal kisah seram kat Seksyen 2.
Elyn dapat tahu kisah ni pun sebab terbaca link yang member share kat Facebook.
Kisah ni kisah benar taw. Sila baca sampai habis untuk mengetahui sebab dan akibatnya. Jom layan~

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar kat UiTM Shah Alam. So, perkara pertama yg kena fikir ialah aku nak duduk mana sebab aku tak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan n keperihatinan yang ada kat aku n kawan2, maka dapat la aku dan kawan2 aku umah sewa.....dekat2 area Seksyen 2. Berhampiran dengan wetworld [kalo korang tau la]. 

Rumah tu banglo 2 tingkat dengan 4 bilik. 3 bilik kat atas dan 1 bilik kat bawah. Kitorang semua berlapan, kiranya 2 orang untuk 1 bilik la. Aku ringkaskan je la, kitorang masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas, takut semua ada. 

Pertama, tuan rumah hanya ambil RM50 je sebagai deposit n sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk ruma tu. Kiranya bulan prtama ni free la....[?] 
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawak barang banyak2 sebab nanti penat nak angkat balik katanya... 
Ketiga, pokok ara tepi rumah tu besar sangat sampai dahan dia boleh masuk kat tingkap bilik atas. 

Malam pertama duduk ruma tu kitorang tak tidur sebab sibuk punggah n kemas barang + layan dvd korea . Cerita seramnya start masa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang2 pun kitorang dah kena kacau. Azmi "dagu" orang first kena. 

Masa tu baru pukul 10.30am [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak memerut. So dia pergi la toilet bawah tu tapi dalam toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan rumah kata nanti dia betulkan. Tunggu punya tunggu, xkuar-kuar orang dalam tandas ni. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sket keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang kat dalam tandas ni? Pintu toilet plak berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lg.... Dlm reramai ni, Lan sorang je yang berani sket [mungkin pasal dia ni keturunan bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last2 si azmi xjadi berak...mungkin pasal takut kot. 

Malam tu kitorang kena lagi teruk. Masa aku nyenyak tidur malam tu tetiba je ada orang tarik dua2 belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu kat lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak2 nak wat pedajal kat aku tapi bila aku bangun tak ada orang plak. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta kat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak2 tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan dvd kat hall bawah. Aku pun masuk balik bilik sebab still bingung lagi tapi baru aku terperasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah... 
Dengan perasaan berani2 takut, aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu n guess what? Ada batu nisan yang dah retak2 n automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak+hanyir yang sangat2 kuat. 

Masa ni korang jangan tanya aku la apa aku buat sebab kalau benda ni jadi kat korang pun tak kan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu n pergi ke hall sebab nak bagitahu member2 aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku sorang pun dah tak ada kat hall. Nak tahu dorang kat mana? Semua dah duduk kat luar rumah!! Rupanya dorang awal2 lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada sorang pun kejutkan aku....taik betul dorang ni. 

Lepas dorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sekarang ni dah pukul 3am. Nak mintak tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last2 Salleh ajak lepak restoran hakim je sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi memasing semua tak pakai baju pastu pakai boxer dengan kain pelikat je. Mau tak mau terpaksalah jugak kitorang masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, wallet n kunci motor. 

Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim je yang kat bawah, maka kitorang decide la nak pinjam baju n seluar dia. Masing2 takut nak naik tingkat atas. Wallet pun aku tinggal. Masing2 pakat guna duit naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut kat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak plak perasan ada budak perempuan kat pintu dapur tengah senyum sambil babai tangan kat dia. Yang aku plak boleh terperasan budak tu jugak sebab aku tengok muka Wak dah kejung+pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam seluar je... Kepala lutut aku menggigil sampai kat restoran hakim!!!!   

Lepas sampai kat restoran hakim tu, memasing sibuk buka cerita termasuk dengan aku sekali la. Memula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu kat tingkap bilik dia. Bila dia jengah, dia nampak ada seorang perempuan duduk kat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih+kekuningan+koyak2+rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan huduh tu boleh senyum kat dia plak. Wak ni apa lagi, tutup tingkap bilik dia n terus nak keluar pergi bilik aku la kononnya. Malangnya, lagi seekor plak hantu duduk kat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik je tak patah. 

Azmi "dagu" plak cerita la yang dia nampak ada budak perempuan babai tangan kat dia [yang ni, aku pun kena gak ok]. Aku confirm yang budak ni bukan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam plak cerita dia nampak hantu tu kat siling rumah! Bila buka mata je, hantu tu bebetol "eye to eye" dengan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan aku orang yang last cerita. 

Aku cakap la yang aku kena tarik dua2 kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak kat lantai. Pastu aku cakap la yang aku nampak dorang tengah layan dvd kat hall tapi si Azmi tetiba nyampuk "bila masa plak kitorang tengok dvd ni?". Rerupanya tak ada sorang pun yang tengok dvd pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil. 

Tengah sibuk2 berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member2 aku yang lain pun bau gak. Rupanya si Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang kat Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku plak boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk2 cerita seram terus jadi cerita kelakar plak. 

Tengah sibuk2 ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh n Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar, Wak, Bob n Lan. Dalam ramai2 tu cuma Bob sorang je yang bawa hp, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh plak, sama gak tak ada orang angkat. Pastu Lan ambil hp Bob tu, dia baca apa entah agaknya pastu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call n buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila2 punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula n cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai kat hp tu, tak ada sorang pun antara kitorang bercakap....sampai subuh!! 

Pukul 7.30am baru kitorang blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lelain aku tak tahu la. Sampai kat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan gate dah terbuka seluas-luasnya. Ni kalau pencuri masuk ni, memang dia kaya sebab laptop, wallet dengan hp kitorang semua tinggal camtu je. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada siapa berani masuk rumah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorang duduk tercangak kat depan rumah sebab tak ada siapa berani masuk. Entah macam mana agaknya hp Bob berbunyi. Hati aku dah tak sedap. Jangan la kata hantu tu call kitorang suruh masuk rumah. Lan yang angkat. Sebenarnya dalam reramai geng aku ni, Lan la yang paling berani tapi kekadang dia jadi penakut gak la. Pihak hospital call, katanya Naim ada kat wad emergency hospital Klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari no.hp Bob ni, tu yang dia call no.hp Bob ni...ooo00 baru aku faham. Yang peliknya Naim eksiden? 

Memasing dah serba salah jadinya. Bingung pun iye gak. Tak tahu samada nak melawat Naim kat hospital Klang or cari Salleh yang hilang. Akhirnya kitorang call tuan rumah untuk tengok apa yang patut. Aku dengan Sam plak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim camne. Kalau memang tenat sangat, aku inform yang lelain suruh datang la. Yang lain aku suruh cari Salleh kat keliling rumah, takut2 dia kena sorok. Kami masing2 tawakal je. Masa otw pergi hospital Klang ni, aku tak tahu la si Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat cakap yang hal ni tak habis lagi. 

Sampai hospital, aku terus cari Naim. Sebak betul hati aku tengok Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri aku kuat cakap yang umur Naim ni tak panjang sebab darah banyak gila keluar. Sam plak tak sanggup tengok, air mata dia dah berjurai-jurai macam air terjun. Doktor pun cakap yang dia ni dah nyawa2 ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk kat tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut2. Dia minta maaf sebab buatkan kitorang jadi susah. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap ni. Akhirnya dia meninggal gak...Aku gagahkan hati aku telefon kengkawan lain bagitahu pasal Naim dah meninggal. Aku tengok Sam dah terduduk kat tepi balkoni dengan mata merah sebab menangis banyak sangat. Tak lama pastu parents Naim datang. Aku tak sanggup nak tunggu lagi n ajak Sam balik Shah Alam. 

Sampai kat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa. Habis satu rumah dia geledah. Lastly, ada orang tua kat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz tu tapi lepas asar baru kitorang jumpa Salleh duduk kat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, dah 5 6 kali orang cari tapi tak ada plak jumpa dia kat situ. Tak kisah la janji jumpa balik Salleh ni. Kitorang punya la suka jumpa si Salleh ni balik. Memasing ambil keputusan pindah dari rumah tu hari tu juga. Kebetulan plak kat Seksyen 7 [pintu belakang UiTM] ada satu rumah untuk disewa, kitorang pindah situ la. Barang2 Naim kitorang angkut sekali. Terus-terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak bagitahu yang rumah ni "keras". Patut la dia suruh bayar RM50 je dulu pastu tak bagi bawa barang banyak2. Chisss...... 

Aku demam 3 hari. Jenazah Naim selamat dikebumikan kat Raub, Pahang. Seminggu lepas tu, keadaan dah ok sikit cuma Salleh je yang sakit2 badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal tu dia ada cakap kat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa 1st day kitorang masuk rumah tu, Naim dengan Salleh dah buat hal. Dia pergi cangkulnya busut kat belakang rumah tu. Si Naim plak boleh kuis2 dengan kaki dia. Mungkin pasal tu la kaki dia eksiden kot [dalam hati aku la]. Pastu Salleh cerita la, kan ada malam yang kitorang satu ruma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena gak. Tapi hantu tu siap kejar diorang lagi sampai kat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tetiba dah hentam diorang. Naim tercampak kat tengah jalan, yang dia plak kat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Pastu, Salleh kata dia terus tak sedar apa2 sampailah kitorang jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya, camne dia boleh duduk kat atas busut sedangkan dia kata dia dah lari kat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk sangat tapi Salleh tak? 

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita kat aku, dia jatuh sakit. Tak tahu la sakit apa tapi 3 bulan lepas tu dia meninggal. Family dia sendiri bingung sebab doktor pun tak tahu sakit si Salleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Ak dengan geng2 aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roommate dengan Naim. Memang aku tahu dia sedih sangat......Yang tak boleh aku lupa, kitorang semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu.. 

Aku, Azmi dagu, Sam banjar, Wak, Bob dengan Lan, semua sekali selamat tamatkan pengajian kat UiTM ni. Buat Naim n Salleh, kitorang tetap akan ingat korang sampai bebila...Al-Fatihah..

*p/s : Jadikan kisah benar ini sebagai pengajaran kepada kita semua..*

27 FAKTA TENTANG DZAILIN DZULKAFLIE (ELYN)

Assalamualaikum semua..
Sesiapa yang nak kenal siapa sebenarnya penulis blog My Blog is My Amigo ni, boleh la baca entri ni ye..^_^

1) Seorang yang shopaholic.
2) Seorang yang suka warna merah hitam.
3) Seorang yang suka nombor 7.
4) Seorang yang ailurophobia.
5) Seorang yang suka akan horror/thriller/action movie.
6) Seorang yang takut buat salah tapi buat jugak.
7) Seorang yang suka membaca/mendengar cerita seram dan melihat sendiri tempat kejadian tersebut.
8) Seorang yang teringin nak gemuk.
9) Seorang yang tak boleh jauh dengan handphone.
10) Seorang yang gila dengan pelbagai coklat.
11) Seorang yang suka guna ASP.net untuk projek.
12) Seorang yang suka cakap "oh, budak itu so sweet.."
13) Seorang yang bowlingholic.
!4) Seorang yang makan lambat.
15) Seorang yang mandi lama.
16) Seorang yang suka bergambar.
17) Seorang yang susah nak decide nak makan apa bila ditanya.
18) Seorang yang suka berblog sampai ada 5 blog.
19) Seorang yang suka design.
20) Seorang yang suka menjerit.
21) Seorang yang tidak suka membawa beg yang berat.
22) Seorang yang peramah.
23) Seorang yang suka cakap "ce" di awal ayat macam "ce cakap..ce cakap.."
24) Seorang yang berasal dari Perak tetapi menetap di Negeri Sembilan dan belajar di Skudai
25) Seorang yang sensitif kadang-kadang.
26) Seorang yang susah nak ingat jalan.
27) Seorang yang tidak suka makan di gerai/restoran mamak.

13 Tips Kuku Kaki Sihat

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini Elyn nak share dengan korang semua tentang tips menjaga kuku kaki.
Bukan muka je yang harus dijaga..kuku kaki pun perlu dijaga ok! ^_^

1) Rendam kaki dalam air suam selama 30 minit. Campurkan sedikit garam biasa atau garam mandian.

2) Lap tapak kaki menggunakan tuala secara perlahan-perlahan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran. Boleh juga mengikis lebihan sel mati di bahagian tumit dengan menggunakan alat yang sesuai.

3) Rendam kaki semula dalam air selama beberapa minit.

4) Bagi kuku kaki yang kehitaman atau kekuningan, tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam.

5) Keringkan kaki dengan tuala bersih dan urut kaki dengan menggunakan losyen kaki atau krim yang mengandungi vitamin C. Urut juga sekitar tapak kaki, tumit, celahan jari dan keseluruhan kaki.

6) Kuku kaki yang panjang hendaklah dipotong hingga hujungnya berbentuk tegak seperti segi empat. Elakkan membuang kutikel pada kuku bagi mengelakkan kemasukan bakteria. Gunakan peralatan yang sesuai untuk memotong dan membersihkan kuku kaki.

7) Gosokkan kuku kaki yang telah dirapikan dengan minyak zaitun agar ia lebih sihat dan berkilau. Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat dan seterusnya bersihkan.

8) Bagi yang suka mewarna kuku, mulakan menyapu pewarna dari pangkal kuku hingga ke hujung dengan serata dan biarkan ia kering sendiri.

9) Untuk kaki anda kering dengan sempurna, boleh gunakan pengering rambut agar ia kering dengan sekata.

10) Bagi yang mengalami kuku kaki bermasalah seperti ketumbuhan kulat dan bakteria, cuba sapukan sedikit Vicks VapoRub di bahagian kaki atau kuku tersebut sebelum memakai stoking.

11) Udarakan kaki anda sekerap mungkin. Elakkan selalu memakai kasut yang bertutup dan jika boleh, pakai sandal agar kaki anda sentiasa mendapat udara yang segar.

12) Elakkan memakai kasut atau stoking yang lembap kerana ia akan menyebabkan pertumbuhan kulat dan kaki berbau. Jangan menyarungkan stoking lebih daripada sehari tanpa mencucinya terlebih dahulu.

13) Jangan amalkan tidur dengan memakai stoking. Ia akan menyebabkan kaki anda berpeluh dan menggalakkan pertumbuhan kulat. Bagaimanapun, pemakaian stoking yang nipis digalakkan selagi kaki mampu bernafas dan tidak berpeluh.

Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kuku kaki yang sihat! ^_^

Sumber : Akhbar Kosmo

Kontest Blog Cun.Lawo.Kemas.

Assalamualaikum semua..
To all bloggers!
Jom join Kontest Blog Cun.Lawo.Kemas yang dianjurkan oleh Cik Syue!
Sangat menarik ok! ^_^


Sebelum tu, jom baca syarat penyertaan kontest ni dulu..^_^

1) Warganegara MALAYSIA.
2) Semua jantina diterima.
3) Ada blog! Tak ada blog ditolak!
4) Follow blog sue
5) Tag 4 orang rakan anda taw (makesure dorang tau)

Tarikh tutup : 22 Februari 2011 jam 12.00am

Hadiah : WANG TUNAI berbentuk topup menanti anda!

So 4 orang yang ditag oleh aku untuk join kontest ni adalah :

HARI TERAKHIR UNTUK MINGGU KE-6

Assalamualaikum semua..
Dalam sekelip mata je, dah 6 minggu aku menjalani latihan praktikal di Mesiniaga Berhad (MSB).
So, kali ini aku nak cerita tentang apa yang telah berlaku pada aku sepanjang hari terakhir minggu ke-6 ni.

~Dila dan aku~

1) 1st time tension buat projek sampai jerit-jerit. Huhuhu~
2) 1st time jadi imam kat surau MSB setelah 8 9 tahun aku tak jadi imam. Ngahaha~
3) 1st time main bowling di Summit dengan Dila, Zue dan Sue masa lunch time. Aku berbaju kurung plak tu. Ngahaha~

~Zue~

~Sue~

4) Pukul 4pm, aku lepak dengan Dila kat tempat swimming pool sambil makan-makan + cerita hantu sampai hujan secara tiba-tiba.
5) Lepak dalam G03 dengan budak-budak laki sambil main laptop dorang sebab malas nak masuk G01.
6) 1st time tengok burung berak terkena budak Cina yang ada kat Stesen KTM tuh. Huhuhu..kesian gila dia..
7) Balik dengan komuter yang padat dengan manusia. Sabar je la..

Ok last skali aku pening kepala..huhuhu~

DAPATKAN CINTA KEKASIH LAMA

Assalamualaikum semua..
First question, kamu ada ex-bf/gf tak?
Second question, pernah terlintas di fikiran tak untuk mendapatkan cintanya kembali?
Kalau ada, ok..kamu sedang membaca entri yang sesuai untuk kamu.
Entri mengenai mendapatkan cinta kekasih lama.


Perlu ke nak dapatkan balik cinta ex kamu tuh? Dia tinggalkan kamu bukan tanpa sebab tapi bersebab.
Ada 3 sebab kenapa dia tinggalkan kamu.
1) Dia rasa tak best, tak seronok, tak happy, menyampah, meluat, bosan bila dengan kamu.
2) Dia dah dapat pengganti kamu yang ternyata lagi hebat dari kamu.
3) Mungkin hubungan kamu dan dia terhalang oleh family.


So tunggu apa lagi? Lupakan je la dia. Pergi cari yang lain. Ramai lagi yang lebih ok dari dia kat luar sana tuh.
Jangan la berputus asa. Don't be a LOSER! MOVE ON la..Maju ke hadapan.


Berfikir secara positif. Mungkin kepergian dia dalam hidup kamu untuk digantikan dengan seseorang yang lebih baik. Setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya. There is a reason for everything.
Kalau dia dah jumpa orang lain and bahagia dengan orang tu, kenapa tidak kamu mencari kebahagiaan untuk diri sendiri? Jangan pernah ada niat untuk merosakkan kebahagiaan orang lain.

Elyn minta maaf jika entri yang elyn tulis ini telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Elyn cuma menulis dari apa yang elyn telah perhatikan. ^_^

10 TIPS MENOLAK CINTA SAHABAT KARIB

1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri-ciri kekasih sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka di luar sana yang mempunyai ciri-ciri pasangan yang diidamkan olehnya.


6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya di tempat kerja, kolej atau di tempat yang anda dan rakan-rakan lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus dijelaskan secara baik kerana kalau tidak, kamu mungkin akan hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan pendirian kamu sekiranya kamu betul-betul tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dengan tegas kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU”.



Credit to Koleksi Tips Semanis Kurma

up