EXAM LINUX ---> DONE!

Assalamualaikum semua..
Hari ni aku happy sikit sebab exam linux dah setel semalam..
Aku start study pukul 1am sampai 2am.
Exam start pukul 9.30am.
Study last minute memang terbaek lah wa cakap sama lu!
Memang aku ingat la apa yang aku baca pagi-pagi buta tuh kan..Heh!
Exam linux ada 50 soalan dan masa yang diberi adalah selama 1 jam 30 minit.
Lepas je aku sign in, aku terus jawab soalan yang diberi.
15 minit dah siap jawab semua soalan.
Intai-intai member lain semuanya ngadap lagi soalan-soalan.
Jadi aku pelik. Aku yang cepat sangat jawab ke or orang lain terlebih fikir nak jawab soalan-soalan tuh??
Ok..maybe aku yang terlalu excited jawab exam linux tuh kan..Ngahaha..
Kalau final exam kat UTM aku dapat jawab macam ni kan bagus..Ngahaha..
So congrats to all my friends yang lulus dengan cemerlang dalam exam ni..
Aku dan 3 orang lagi rakan mendapat markah yang sama..
Tapi kami tak meniru ok sebab susunan soalan lain-lain..Ngahaha..


By this week, aku dah kena hantar projek Knowledge Base for Mesiniaga..Huhuhu..
Harap-harap projek tu dapat la memuaskan hati semua engineer yang bakal guna sistem tu nanti..Huhuhu..
Start next week aku dah busy dengan presentation and final exam Network, PC & Desktop dan Windows 7.
Pelik kan time praktikal ada kelas, exam, presentation..Macam kat UTM plak aku rasa..Huhuhu..
But it is good for people like me who needs more knowledge in IT..^_^

IBNUSHUKRAN: "TIME GUESS CONTEST"

Assalamualaikum semua..
Tadi cek shoutbox, nampak ibnushukran tinggalkan jejak..
Dia jemput masuk contest dia yang pertama ni..
So elyn pun pergi la usha contest dia..
Hurmm..macam menarik jugak contest ni.
Hadiah pun menarik.
So kalau korang nak join, sila KLIK SINI.
Nak klik kat picture bawah pun boleh..^_^

Jawapan elyn : 09:25

Blogger yang ditag untuk join :

777!!! THANKS FOLLOWERS!!! ^_^

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini Elyn nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua follower blog XX+XY yang macam tak ada header ni kan..hehehe..
Akhirnya hajat Elyn nak dapat 777 followers tercapai jugak..hehehe..
Lepas ni nak aim 7777 plak..
Mungkin 77 tahun akan datang baru tercapai kot..ngahaha..
Btw, thanks a lot to you guys yang sudi follow blog pisican Dzailin Dzulkaflie aka Elyn..^_^

klik untuk zoom..^_^

SAYA BLOGGER BERTUAH!!!

Assalamualaikum semua..
Ini entri penuh dengan senyuman..:) :) :)
Alhamdulillah..
Siapa tak suka kan bila dia diumumkan sebagai BLOGGER BERTUAH kan..hihihi..:)


Terima kasih kepada Faizal Syukri @ Peja Sukri yang telah menganjurkan Cabutan Bertuah Mac 2011 di blog beliau..
Keputusan Cabutan Bertuah dah pun keluar di blog beliau..:) :) :)
Thanks a lot..^_^

P/s : Hopefully next time dapat jadi blogger bertuah lagi..hihihi..:)

Kisah Benar : Kisah Seram Taman Rasah Jaya

Assalamualaikum semua..
Kali ini aku nak cerita tentang kisah benar yang agak seram bagi diri aku sebab family aku sendiri yang mengalaminya..
Pada suatu masa dahulu, family ku berpindah ke Taman Rasah Jaya di Negeri Sembilan. Masa tu ayah ku bekerja di Nilai. Agak jauh juga la ulang-alik dari Rasah ke Nilai kan.

Pada suatu malam, dalam pukul 2-3 pagi macam tu, sedang kami nyenyak tidur di ruang tamu bersama sepupu ku sekali, tiba-tiba ibu ku ternampak seekor kucing sedang mencakar-cakar kepala sepupu ku. Lalu ibu ku terus bangun untuk menghalau kucing itu tapi tiba-tiba kucing itu hilang. Pelik!

Malam yang berikutnya, ketika kami semua tidur, ibu ku nampak kelibat seorang budak perempuan masuk ke bilik bawah. Bilik itu hanya dipenuhi dengan kotak-kotak yang berisi barang-barang kami yang masih belum dibuka. Kami semua suka tidur di ruang tamu yang berdekatan dengan bilik itu walaupun rumah tersebut mempunyai bilik lagi di tingkat atas. Yang peliknya, siapakah gerangan budak perempuan itu?

Aku plak yang time tu berumur 1 tahun, selalu menangis tak henti-henti. Ke mana sahaja ibu ku pergi, aku akan ikut. Sampai ibu ku nak mandi pun aku tunggu je kat luar bilik air sambil menangis. Ibu ku hanya dapat mandi ala kadar je sebab tak sampai hati tinggal aku menangis melalak sorang-sorang kat luar pintu bilik air.
Time ibu ku memasak pun, aku menangis sambil menarik-narik kain ibu ku. Aku sentiasa memaut ibu ku ke mana sahaja beliau pergi. Ibu ku juga terasa tidak sedap hati bila aku berkelakuan seperti itu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu.

Ayah ku yang bekerja di Nilai akan pulang ke rumah lewat malam. Kadang-kadang pukul 11pm, kadang-kadang pukul 12 lebih sampai 1 pagi baru sampai rumah. Jadi setiap malam ibu ku menunggu ayah ku di atas kerusi di depan pintu dan membuka lampu luar supaya sentiasa dalam keadaan terang. Ibu ku hanya akan masuk tidur selepas ayah ku sampai ke rumah. Kenapa? Sebab ibu ku tidak berani untuk tinggal bersama anak-anaknya di dalam rumah itu pada waktu malam tanpa ditemani ayah ku.

Selepas sebulan tinggal di rumah itu, kami membuat keputusan untuk berpindah dari situ. Pada hari kami nak pindah tu, anak jiran sebelah rumah memberitahu kepada kakak ku bahawa dulu ada seorang budak perempuan mati di rumah itu. Semua orang yang berpindah ke rumah itu cuma dapat bertahan selama sebulan sahaja. Termasuk lah family ku.

Dan lagi satu, ayah ku baru bercerita kepada ibu ku bahawa sejak hari pertama lagi dia dah tahu rumah itu mengusik. Semasa ayah ku dan kawannya membasuh bilik di atas, tiba-tiba sebiji guli bergolek ke arah ayah ku. Dari mana datangnya guli tersebut sedangkan dalam bilik itu tiada satu benda pun. Dan bagaimana guli itu boleh bergolek dengan sendirinya tanpa ada yang menggolekkannya? Nak kata angin, punca datangnya angin pun tiada. Ayah ku dan kawannya hanya melihat sahaja dan masing-masing terdiam. Mereka menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan kami semua kerana tidak ingin menakutkan kami.

Persoalannya :
1) Kenapa aku selalu menangis? Adakah aku nampak budak perempuan itu? Kenapa aku tak ingat? Wuargh! Geramnya!
2) Bagaimana budak tu boleh mati dalam rumah tu? Ada orang bunuh ke?
3) Kenapa budak tu selalu mengacau orang yang tinggal dalam rumah tu? Adakah rohnya tidak tenteram? Atau dia cuba meminta bantuan daripada kami?
4) Kenapa tuan rumah tu tak nak memunculkan diri? Even kunci rumah dan duit sewa rumah pun diberi amanah kepada jiran sebelah rumah. Seolah-olah tak nak ambil tahu langsung tentang rumah dia yang disewa orang. Seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh tuan rumah tersebut.
5) Kenapa jiran sebelah rumah tak nak bagitahu awal-awal yang rumah tu mengusik? Dia dapat komisen dari tuan rumah ke kalau ada orang sewa rumah tu? Shait!

Maaf la sebab tak sertakan gambar rumah tu sekali di sini. Aku dah pergi tengok rumah tu dengan ayah, ibu dan adik ku pada waktu malam. Memang agak menyeramkan. Rumah tu sekarang tidak lagi diduduki oleh sesiapa. Pokok pisang pun dah tumbuh depan rumah. Memang seram rupanya kalau dilihat. Nak-nak lagi waktu malam kan. Tapi aku tak puas lagi tengok sebab hari tu lupa nak bawa kamera! DAMN! Then ibu ku suruh aku pergi dengan cik abang. Kalau cik abang tak nak pergi, ibu ku akan ajak ayah ku bawa aku pergi tengok rumah tu lagi sekali. Nanti lagi sekali aku pergi, aku nak bawa kamera, tangkap gambar rumah tu, then display kat sini yep! So nantikan...^_^

SUKA MAKANAN SEGERA??

Assalamualaikum semua..
Entri kali ini nak story-story pasal makanan segera pula..
Kenapa aku cakap pasal makanan segera ek? Haa..ni semua sebab selama aku menjalani latihan praktikal, makanan segera la merupakan makanan yang paling banyak aku makan! Giler! HAHA!

Kalau nak makan ayam goreng, aku prefer pergi KFC! Ok..minggu ni je dah berapa kali aku makan KFC..even tadi pun aku baru lepas makan KFC..LOL~

Kalau nak makan burger, aku prefer pergi McD! Burger McD tak ada siapa yang boleh lawan ok! Sos McD pun sangat-sangat best!

Kalau nak minum root beer, aku akan pergi A&W! Root Beer A&W memang mantap! Perghh..melelehhhh~

Kalau nak makan pizza atau spagetti, semestinya aku pergi Pizza Hut! Terbaik dari ladang lah! HAHA! Tiba-tiba tekak rasa nak makan spagetti lagi..LOL~

Haaa..ada lagi makanan segera yang lain yang best-best sebenarnya..tapi ini je la antara makanan segera yang aku biasa makan sebagai lunch sepanjang aku praktikal di Subang Jaya ni..
Tapi kalau hari-hari makan macam ni, memang boleh lingkup juga la kan..ngahaha~
Ok la..aku chow dulu..bye! ^_^

BILA LAPTOP BUAT HAL

Assalamualaikum semua..
Hari ni nak cakap pasal laptop plak. Laptop ni memang penting bagi hidup aku. Yela..kalau tak hidup laptop ni, camne nak update blog kan. Ngehehe..

~Kelihatan mata yang sangat letih di situ~

Tapi sekarang aku dah rasa fed-up gila babeng dengan laptop aku ni. Sebab laptop aku tak dapat nak run dreamweaver yang aku dah install. Dah banyak kali aku install uninstall tapi still not responding. Ada la dalam 7 kali aku install uninstall. Nampak tak kegigihan aku di situ? Ngahaha..

~Dah tau Fb aku ape sila-sila la add ye..Ngahaha~

Dah la aku punya dreamweaver tak berfungsi, MySQL aku plak tak dapat nak access. DAMN! Ni semua gara-gara Joomla! hari tu la ni. Sejak tak boleh nak access phpmyadmin, MySQL aku terus tak boleh bukak. Padahal username and password betul je. Aku dah uninstall then install semula pun result still the same. Memang macam haram..

~Twitter pun ada..boleh follow kalau mahu..^_^ ~

So sekarang ni aku tak tahu macam mana nak proceed dengan projek Mesiniaga ni. Haish..Sebab tu la aku rasa nak LI ni cepat habis supaya aku tak lagi rasa terbeban dengan memikirkan hal-hal yang macam ni. Haish..

Kesimpulannya, bila laptop buat hal, aku hanya mampu update blog, baca blog orang lain, layan Facebook n Twitter. Maybe laptop aku ni dah merajuk kot sebab aku asik sebut nak beli laptop baru je. Huhuhu.. Sekian~

OH MY DREAM WEDDING DAY!

Assalamualaikum semua..
Hari ini aku pergi Nilai with my mom and my sis untuk setelkan bab gubahan hantaran pertunangan aku. Eh silap. Bukan aku tapi abang aku. Ngahaha~
Cuaca masa tu tersangatlah panas terik sampai berpeluh-peluh la dibuatnya.
Nak cari bunga untuk gubahan hantaran tu sikit punya susah. Pergi kedai ni takde. Pergi kedai tu pun takde. Bukan takde bunga untuk gubahan hantaran, berlambak bersepah-sepah bunga..tapi takde yang berkenan di hati la plak. Adeh. Sampai lenguh-lenguh la kaki dibuatnya. Last-last ambil je la mana yang jumpa. Pandai-pandai la hias nanti camne. LOL~

Tema warna hantaran abang aku ni ungu + pink. Kombinasi warna yang sangat bagus.
Tapi aku rasa pergi Nilai tadi bukannya nak beli untuk abang aku, tapi macam nak beli untuk aku je.
Seriously. Tak caya? Meh aku cerita.

Masuk je kedai hantaran, first thing yang aku and my mom tengok adalah set hantaran yang dah siap digubah. Mata aku mencari-cari gubahan hantaran yang berwarna merah+hitam+putih. Sekali my mom panggil, "Cuba tengok gubahan hantaran ni. Cantik kan?" Pergh! Seriously cantik! Dalam banyak-banyak gubahan hantaran mengikut warna yang aku suka, yang tu la paling cantik ok! Warna of course la merah+hitam+putih kan. Aku siap cakap lagi dekat my mom, "Suruh dia simpankan gubahan hantaran ni untuk kakcik boleh tak?" Then my mom said, "Lambat lagi nak tunggu kakcik punya.." LOL~ Agak kecewa di situ..Ngahaha~

Masa sibuk-sibuk tengah cari bunga dengan my sis, tiba-tiba my mom panggil cakap "Elyn, ada bunga telur warna merah+hitam+putih kat sini". LOL~ Smart gila bunga telur tu! Macam nak beli terus je time tu. Tapi nak buat apa plak kan. Aku bukannya nak kahwin sekarang pun. LOL~ Masa nak pergi bayar bunga-bunga tu kat kaunter, ternampak plak ada 2 kotak bunga telur warna merah+hitam+putih tuh kat kaunter! Ternyata orang tuh punyai citarasa yang sama dengan aku. Ngahaha~

Masuk plak kedai langsir, ada plak langsir warna merah+hitam kat situ an. Pergh! Memang cantik gila! My mom siap tanya lagi kat tuan kedai tu, ada tak curtain warna merah+hitam+putih? LOL~ Aku sangat teruja kalau ada ok. But then my mom said, curtain merah+hitam tu pun ok..just add 1 more layer curtain warna white plain kat belakang dia je la..kira 3 layer punya curtain la kan..Memang cun la..Aku dah membayang-bayangkan curtain kat rumah masa majlis kahwin aku nanti. LOL~

Then my mom pesan simpan duit dari sekarang..Nanti nak kahwin, beli je gubahan hantaran yang dah siap. Tak pun tempah je kat orang. Senang..Tak payah susah-susah nak beli separate-separate kan. Tak payah susah-susah nak buat sendiri. Langsir pun beli yang dah siap punya je. Senang kan? Ngahaha~

So rasa-rasanya korang dah tahu kan aku nak buat tema warna apa kan? Of course la merah+hitam+putih!!!! Hoyeahhh! So kat bawah ni aku nak tunjuk gambar-gambar yang menarik perhatian aku..Yuhuuu!! ^_^

Pelamin impian : Simple and paling penting menepati tema warna merah+hitam+putih. ^_^ 

Sangat comel cupcake ni..Sayang gila nak makan..Huhuhu~

Cupcake ni sesuai untuk hantaran..Sila gantikan nama IRA & IJAM kepada ELYN & EMAN ok! ^_^

Oh so perfect! ^_^

*Mood : Can't wait for year 2014!!! Weeeheeeee~ ^_^

AWARD FROM YUNA

Assalamualaikum semua..
Hari ini elyn dapat award dari yuna..tapi bukan yuna penyanyi tu ok..ni yuna blogger..hik3!
Award ini diberi kepada follower bertuah bagi blog yunnabella.
Elyn adalah follower blog beliau yang bertuah kerana menjadi follower ke-300..Oh yeah!!!
Thanks a lot yuna!! ^_^

ICE SKATING TIME!

Assalamualaikum semua..
Hari ini aku nak update entri pasal ice-skating pula.
Pada 12 Feb (Sabtu) lepas, aku dan member-member coursemate pergi main ice skating di Sunway Pyramid.
Tahu tak apa itu ice skating?
Kalau tak tahu, sila lihat gambar di bawah.

~Ice skating di Sunway Pyramid~

Ha..main ice skating ni memang best! kalau pandai main la..Kalau tak pandai main, memang azab jugak la dalam tu..HAHA!
Bagi yang pandai main rollerblade, mesti boleh main ice skate ni jugak..sebab cara main dia lebih kurang sama je..bezanya rollerblade biasanya orang main atas jalan..ice skate plak orang main atas ais..kalau main atas jalan, memang tak bergerak la jawabnya..ngahaha~

~Aku dan Fadh~

Bila dah main ice skate dalam tu, kau jatuh pun kau jadi tak segan. Sebab apa? Sebab bukan kau jatuh sorang-sorang. Ramai lagi yang jatuh sebab main ice skating ni. So tak perlu la segan kalau jatuh walaupun 7 kali aku cakap aku segan bila jatuh. HAHA!
Tapi agak bahaya sikit r kalau jatuh..sebab kalau jatuh lutut dulu, lutut akan lebam. Macam aku! HAHA! Kalau jatuh terlentang, buntut akan sakit. Adeyh..
Masa aku tengah main tu, ada sorang budak perempuan ni jatuh sampai terhentak kepala dia. Pergh! Kuat bunyinya sampai aku yang terasa sakit. Huhuhu~

 ~Gambar candid dari luar~

 ~Pizza time!~

~Ice skating gang!~

Sesiapa yang nak main ice skating ni boleh la pergi ke Sunway Pyramid..itu je la tempat yang aku tahu ade ice skating..tempat lain aku tak tahu..ngahaha~
Bagi sesiapa yang takut jatuh, takut sakit buntut, lutut, lengan, kaki semua, so tak payah la main ice skating ni. Tapi standard r kalau mula-mula main tu dah jatuh an..Belajar daripada kesilapan..baru boleh jadi pro..ngahaha~

~Glove + kasut ice skate~

Bagi harga pula, kalau tak ada glove + stokin = RM38
Kalau dah ada, tak ingat pula harganya berapa.
Lagi satu, kalau pergi weekdays, harga dia lebih murah sikit la dari harga weekend.
Main la berapa lama pun kau nak main..
Nak masuk and nak keluar kena scan..Tapi sekali je boleh..
So better main sepuas-puasnya dulu dalam tu baru keluar ok..^_^

LAWAK ORANG ASLI DAN POLIS

Orang Asli : Selamat pagi tuan.
Polis : Selamat pagi! Apa hal!
Orang Asli : Saya nak buat report tuan.
Polis : Pasal apa tu?



Orang Asli : Kawan saya dibaham harimau.
Polis : Pukul berapa?
Orang Asli : Takde nye pukul-pukul tuan, kena terkam terus!
Polis : Habis?
Orang Asli : Tak habis tuan, tinggal kepala ngak boleh makan.
Polis : #$%&^@*!!

*Credit to gelakgiler*

up