7 Langkah Rancang Pendapatan

Assalamualaikum and hi..
Sering kali saya terdengar golongan muda siswazah yang baru mula bekerja tetapi mengaku 'sesak' pada hujung bulan sedangkan pendapatan mereka mencecah 4 angka.
Terpanggil saya untuk update blog post tentang bagaimana untuk kita merancang pendapatan sebanyak mana pun yang kita perolehi.
Selamat membaca..^_^


1) Buat bajet bulanan - Wujudkan pelan perbelanjaan peribadi khas membabitkan perbelanjaan harian, mingguan, bulanan sehingga tahunan. Buat bajet bulanan secara konsisten dan teliti selama 3 bulan dengan membuat carta pembelian barang dan pembayaran bil bagi mengetahui ke mana wang banyak dibelanjakan.

2) Elak menggunakan kad kredit - Kad kredit sepatutnya digunakan ketika perlu dan untuk kecemasan sahaja. Cuba elakkan daripada berbelanja menggunakan kad kredit, jika masih tidak dapat mengawal diri, cuba sedaya upaya melangsaikan hutang dengan cepat dan batalkan kad anda serta-merta.

3) Elakkan berhutang - Sebelum memilih mencari rumah atau kereta idaman, pastikan anda benar-benar mempunyai tabungan yang cukup dan mampu melangsaikan hutang setiap bulan.

4) Buat senarai barang - Amalkan sikap menyenaraikan barang yang hendak dibeli sebelum melangkah ke pusat beli-belah. Jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan anda.

5) Buat sistem sampul - Sekiranya anda tidak mahir dalam membuat bajet bulanan, sediakan beberapa sampul surat untuk bil, perbelanjaan rumah, pendidikan anak-anak, minyak dan tol, serta perbelanjaan harian. Kemudian masukkan sejumlah wang ke dalam sampul dan anda hanya menggunakannya mengikut jenis sampul. Dengan cara ini anda akan lebih berdisiplin serta mampu mengehadkan perbelanjaan bulanan.

6) Insurans hayat - Perlindungan insurans sangat penting terutama bagi ketua keluarga atau yang menyara keluarga kerana malang tidak berbau. Pastikan anda mengambil pada usia muda untuk mendapat manfaatnya.

7) Beri pada ibu dan ayah untuk lebih berkat - Paling penting peruntukan jumlah gaji pada setiap bulan untuk diberikan kepada ibu dan ayah. Ini kerana di situlah anda akan mendapat keberkatan dan rezeki lebih bertambah apabila ibu bapa mendoakan kesejahteraan anda.

Credit to : Metro Ahad

~Amalan menabung sangat penting untuk hari tua~

0 7 Comments:

Post a Comment


up