Tips Menjimatkan Penggunaan Minyak Kereta

by - April 24, 2012

Assalamualaikum and hi..
Memandangkan harga bahan bakar kenderaan tidak menentu sejak beberapa tahun ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang beberapa tips menjimatkan penggunaan minyak kereta.
Selamat membaca..^_^

1) Memandu dengan kelajuan yang sesuai - Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.

2) Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala - Penalaan enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50%. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.

3) Kurangkan kelajuan - Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan. Memandu lebih 90 km/j meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10%, 105 km/j (15%) dan 110 km/j (25%).

4) Matikan sahaja enjin kereta jika menunggu - Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.

5) Kurangkan berat / bebanan kereta - Apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi dari tahap biasa. Penambahan berat sebanyak 50kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.

6) Tayar diisi dengan tekanan angin yang betul - Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5%. Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak. Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35%.

7) Bijak dalam penggunaan gear - Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45% dari yang sepatutnya. Penggunaan kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menjimatkan minyak.

8) Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan - Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.

9) Minimumkan perjalanan jarak dekat - Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40%.

10) Gunakan saiz tayar dan sport rim yang sesuai - Saiz tayar dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%.

11) Isi petrol pada waktu yang sesuai - Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah pada waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak petrol kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas.

12) Barang yang perlu dibawa - Anda harus membawa barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan minyak pada kadar 5%.

Credit to : Harian Metro

~Amalkan tips yang diberi dan lihat perubahannya~

You May Also Like

4 7 Comments

  1. cara paling mudah adalah dengan tidak keluar rumah.kompem minyak tak abes punya

    ReplyDelete
  2. @Ahmad Haziq Azlan
    naik basikal je..xpun jalan kaki..jimat minyak gak..hahaha

    ReplyDelete
  3. Kulit membe berminyak.
    Minta minyak kat membe tersebut.
    Lebih jimat.

    ReplyDelete
  4. @hafizudin
    hahaha..sampai ke situ dy pk..hihihi..

    ReplyDelete