Keracunan Makanan di Bulan Puasa

by - July 31, 2012

Salam dan selamat berpuasa semua! 


Hari ini nak update sikit pasal kisah aku kena keracunan makanan gara-gara makan popia basah yang nampaknya sedap di bazar Ramadhan Shah Alam Seksyen 19. 
Penjual popia basah tu memang dia buat popia tu depan-depan kita. Tapi kita tak tahu inti yang dia gunakan tu elok ke tidak. Entah-entah yang semalam punya. Dah basi pun. Diorang ni pikir nak untung je tapi tak pikir perut orang yang memakannya. Kalau 10 orang yang beli dekat dia, kesemuanya kena keracunan makanan macam aku, agak-agak esok lusa laku lagi tak popia basah dia tu? 

Memang aku agak marah sebab azab weh kena keracunan makanan tu. Bangun-bangun pagi, tak sempat nak mandi apa, terus muntah-muntah plus cirit-birit. Apa sahaja yang aku makan semuanya aku muntahkan balik. Rugi je makan rasa. Kalau setakat 1-2 jam takpe la jugak. Ni kalau dah sampai nak dekat 1 hari kau macam tu, tak lembik plak satu badan kan. Disebabkan popia basah kau tu, aku dah terpaksa ponteng puasa 1 hari. Sedih tau! T_T

Jadi fikir-fikirkan la wahai peniaga yang berniaga di bazar Ramadhan. Jangan kita fikir nak untung je tapi fikirkan sekali kesihatan orang lain. Nak jual makanan tu biar ikhlas sikit ye.

*Lepas kejadian tu, aku memang dah tak pergi beli makanan kat bazar Ramadhan dah.

You May Also Like

2 7 Comments