First Time Lunch With Officemates

by - September 21, 2012

Assalamualaikum..
Hari ini merupakan hari yang paling seronok setelah seminggu bekerja. Kenapa? Sebab hari ini hari Jumaat. Hari Jumaat company bagi rehat dari pukul 12:15pm sehingga 2:45pm. 2jam 30minit rehat. Lama tu..hihihi.
Lepas tu akak-akak office ajak saya dan Maisarah rehat sama dengan mereka semua. So disebabkan bos besar tiada di office sebab pergi ke Jakarta, kami pun meminta kebenaran bos developer team, En Azmi, untuk keluar lunch pada pukul 12pm. So beliau pun mengizinkan kami keluar. Baik kan beliau? Hehehe..

Kak Raihan drive kereta dia, bawa kami berempat (saya, Sara, kak Marina, kak Nurul) ke Subang Parade. setelah hampir setahun tak jejak kaki ke Subang Parade, akhirnya hari ini jejak juga. Hahaha. Dulu Subang Parade ini menjadi salah satu tempat lepak saya masa practical training di Mesiniaga. So sampai sahaja kami di Subang Parade, kami jalan-jalan pusing-pusing dulu. Kak Marina shopping baju untuk anak dia. Oh lupa nak bagitahu. Kak Marina, kak Raihan dan kak Nurul semua dah kahwin. Yang tak kahwin lagi tinggal saya dan Sara je. Huhuhu.

Part yang paling best adalah bila kak Raihan offer dia nak belanja kami berempat. Wuhuuu! Seronok hati dengar. Hihihi. So kami decide untuk makan di McD sahaja sebab tak tahu dah nak makan kat mana lagi. Kat McD pula ramai gila orang sampai tempat duduk semua penuh. So terpaksa la tunggu orang habis makan. Huhuhu. But at last kami dapat juga tempat duduk. Lepas tu kak Raihan ambil gambar kami semua untuk kenang-kenangan. Thanks kak Raihan sebab belanja kami semua lunch. :)

Saya order ayam Mcd spicy buat kali pertamanya..hehehe..not bad la rasanya..huhuhu

You May Also Like

0 7 Comments