My New Workplace

Assalamualaikum..
Hi uolsss...lama dah kan saya tak update blog ni..huhu..so busy la sejak2 dah kerja ni..
Langsung tak ada masa untuk diri sendiri blogging..huhuhu..so sad..:(
Actually nak share sikit pengalaman 1st day masa kerja hari tu..
Baru sekarang ada masa nak share dalam blog..huhu..

Saya start kerja as a Junior IT Executive di Professional Science Technologies Sdn Bhd pada 18 September 2012..
Syarikat ini terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Malaysia, Bumi Allah.
Orang-orang dalam syarikat ni termasuk bosnya, semuanya baik-baik belaka. Tak sangka langsung dapat kerja dengan syarikat yang orang-orangnya semua supportive.
Dah la masa interview tu simplenya Subhanallah! ^_^

By the way, masa 1st day masuk kerja, biasa la..bos akan introduce diri ku kepada staf-stafnya yang lain.
And on that day juga, my boss suruh ikut dia pergi meeting dengan client dia iaitu KTB yang terletak di Chowkit. Agak nervous juga sebab 1st day masuk kerja dah terus kena ikut pergi meeting..huhu..But then, bila dah sampai sana, and jumpa orang yang sepatutnya, ok that meeting is quite ok..so hilang terus feeling nervous yang mula-mula muncul tadi..haha..

From that meeting, apa yang saya boleh conclude adalah meeting yang sangat simple but padat dengan info. Daripada situ saya dapat lihat bagaimana reaksi atau respon client terhadap apa yang kita present pada dia. Sometimes kita as a developer, tak sedar pun yang ada certain function tu penting dalam sistem. Then, bila dah jumpa client and ask their requirement, listen to their comments, from there we realize how important that function is.

Tapi kenangan yang tak boleh lupa sekali adalah pening kepala sampai muntah. Nasib baik muntah bila dah otw balik kerja. Tu pun muntah tengah jalan masa kereta stop dekat traffic light. Tanpa segan silu, buka pintu kereta and terus muntah. Huhuhu. Daripada muntah dalam kereta, lebih baik muntah dekat jalan raya. Hihihi..pastu sampai rumah my mom said, haii..baru hari pertama kerja dah muntah..hahaha..sabo je la..hihi..

So itu je la secara overall pengalaman and kenangan 1st day kerja with this company..

Ini laptop yang baru berusia 3 hari..boss baru beli..boss macam tau2 je saya suka warna merah hitam..hihi
Brand HP Pavilion g4, Intel Core i5, 4.00 GB RAM, 64-bit OS

Tersama pula dengan warna hp nokia and samsung yang dua2 warna merah hitam..hahaha
Desktop tu dianaktirikan sebab dah dapat lappy baru..hihi

Ini kak Marina..dia leader saya untuk software team..sangat baik and peramah orangnya..:)

Ini Maisarah..my partner..dia technical writer..so apa sahaja kerja yang saya buat untuk sistem, dia akan dokumenkan..:)

2 comments:


up