9 Tips Mengurangkan Dengkuran

Assalamualaikum and hi semua!
Tadi ada terbaca artikel mengenai dengkuran. So saya nak share sikit beberapa tips untuk mengurangkan dengkuran bagi sesiapa yang tidur berdengkur tu..hihihi..^_^


1) Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan.

2) Kurangkan pengambilan ubat yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.

3) Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.

4) Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.

5) Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.

6) Tinggikan bantal lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.

7) Guna Breathe Right yang berfungsi membuka rongga hidung bagi mengurangkan dengkuran masa tidur.

8) Sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yang dah dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.

9) Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.

~Semoga berjaya mengurangkan dengkuran~

Kepentingan Tabungan

Assalamualaikum and hi..
Kalau sebelum ini saya post tentang 7 Langkah Rancang Pendapatan, kali ini saya nak post tentang kepentingan tabungan pula.
Apa pentingnya menabung? Mari sama-sama kita ambil tahu..^_^


1) Tabungan tidak langsung mengganggu rutin harian dalam berbelanja. Kalau duit tidak cukup, tidak perlu untuk kita buat pinjaman menerusi along atau berhutang dengan rakan dan ahli keluarga.

2) Boleh dijadikan modal berniaga bagi sesiapa yang berminat dalam bisnes.

3) Boleh digunakan untuk bayaran pendahuluan kereta dan rumah.

4) Boleh juga dijadikan wang hantaran atau persediaan sebelum mendirikan rumah tangga.

5) Merupakan nilai kebanggaan diri. Apabila kita melihat hasil titik peluh sendiri pada setiap bulan, ia pasti akan menambah semangat kita untuk menyimpan dan bekerja dengan lebih kuat.

Tapi harus kita ingat, tanpa kecekalan, motivasi tinggi serta mengetahui kaedah menabung yang betul, amalan menyimpan secara konsisten tidak akan berjaya dilakukan..^_^

~Selamat Menabung~

7 Langkah Rancang Pendapatan

Assalamualaikum and hi..
Sering kali saya terdengar golongan muda siswazah yang baru mula bekerja tetapi mengaku 'sesak' pada hujung bulan sedangkan pendapatan mereka mencecah 4 angka.
Terpanggil saya untuk update blog post tentang bagaimana untuk kita merancang pendapatan sebanyak mana pun yang kita perolehi.
Selamat membaca..^_^


1) Buat bajet bulanan - Wujudkan pelan perbelanjaan peribadi khas membabitkan perbelanjaan harian, mingguan, bulanan sehingga tahunan. Buat bajet bulanan secara konsisten dan teliti selama 3 bulan dengan membuat carta pembelian barang dan pembayaran bil bagi mengetahui ke mana wang banyak dibelanjakan.

2) Elak menggunakan kad kredit - Kad kredit sepatutnya digunakan ketika perlu dan untuk kecemasan sahaja. Cuba elakkan daripada berbelanja menggunakan kad kredit, jika masih tidak dapat mengawal diri, cuba sedaya upaya melangsaikan hutang dengan cepat dan batalkan kad anda serta-merta.

3) Elakkan berhutang - Sebelum memilih mencari rumah atau kereta idaman, pastikan anda benar-benar mempunyai tabungan yang cukup dan mampu melangsaikan hutang setiap bulan.

4) Buat senarai barang - Amalkan sikap menyenaraikan barang yang hendak dibeli sebelum melangkah ke pusat beli-belah. Jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan anda.

5) Buat sistem sampul - Sekiranya anda tidak mahir dalam membuat bajet bulanan, sediakan beberapa sampul surat untuk bil, perbelanjaan rumah, pendidikan anak-anak, minyak dan tol, serta perbelanjaan harian. Kemudian masukkan sejumlah wang ke dalam sampul dan anda hanya menggunakannya mengikut jenis sampul. Dengan cara ini anda akan lebih berdisiplin serta mampu mengehadkan perbelanjaan bulanan.

6) Insurans hayat - Perlindungan insurans sangat penting terutama bagi ketua keluarga atau yang menyara keluarga kerana malang tidak berbau. Pastikan anda mengambil pada usia muda untuk mendapat manfaatnya.

7) Beri pada ibu dan ayah untuk lebih berkat - Paling penting peruntukan jumlah gaji pada setiap bulan untuk diberikan kepada ibu dan ayah. Ini kerana di situlah anda akan mendapat keberkatan dan rezeki lebih bertambah apabila ibu bapa mendoakan kesejahteraan anda.

Credit to : Metro Ahad

~Amalan menabung sangat penting untuk hari tua~

Tips Menjimatkan Penggunaan Minyak Kereta

Assalamualaikum and hi..
Memandangkan harga bahan bakar kenderaan tidak menentu sejak beberapa tahun ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang beberapa tips menjimatkan penggunaan minyak kereta.
Selamat membaca..^_^

1) Memandu dengan kelajuan yang sesuai - Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.

2) Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala - Penalaan enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50%. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.

3) Kurangkan kelajuan - Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan. Memandu lebih 90 km/j meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10%, 105 km/j (15%) dan 110 km/j (25%).

4) Matikan sahaja enjin kereta jika menunggu - Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.

5) Kurangkan berat / bebanan kereta - Apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi dari tahap biasa. Penambahan berat sebanyak 50kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.

6) Tayar diisi dengan tekanan angin yang betul - Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5%. Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak. Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35%.

7) Bijak dalam penggunaan gear - Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45% dari yang sepatutnya. Penggunaan kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menjimatkan minyak.

8) Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan - Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.

9) Minimumkan perjalanan jarak dekat - Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40%.

10) Gunakan saiz tayar dan sport rim yang sesuai - Saiz tayar dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%.

11) Isi petrol pada waktu yang sesuai - Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah pada waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak petrol kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas.

12) Barang yang perlu dibawa - Anda harus membawa barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan minyak pada kadar 5%.

Credit to : Harian Metro

~Amalkan tips yang diberi dan lihat perubahannya~

‎10 Surah Dapat Menghalang Daripada 10 Ujian Besar Allah

Assalamualaikum and hi..
Hari ini saya nak kongsi sedikit tentang kebaikan 10 Surah terpilih.

1) Surah Al-Fatihah - Dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2) Surah Yasin - Dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3) Surah Dukhan - Dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari Kiamat.

4) Surah Al-Waqiah - Dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau kafir.

5) Surah Al-Mulk - Dapat meringankan azab di dalam kubur.

6) Surah Al-Kauthar - Dapat meleraikan segala perbalahan.

7) Surah Al-Kafirun - Dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8) Surah Al-Ikhlas - Dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9) Surah Al-Falq - Dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10) Surah An-Nas - Dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Credit to : Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

~Selamat Beramal~

Mood : HAPPY! v(^_^)v

Assalamualaikum and hi!
Malam ni rasa happy gila sebab..sebab..okay bak kata Siti, biarlah rahsia! Haha! LOL!


Actually tadi baru je keluar dengan cik abang sebab pergi scan Surat Jemputan Konvo untuk diemail kepada member.
Then disebabkan perut lapar, so terus pergi makan kat McD.
Tapi aku je yang makan..cik abang diet..haha..tak de maknanya dia nak diet..dia tak makan sangat sebab kul 3am kang baru dia makan dengan team dia sebab malam ni dia kerja pukul 12am..huhuhu..T_T

Yang buat aku happy bukan apa..
1) Sebab malam ni baru dapat keluar dengan dia..
2) Dia tetap nak belanja aku makan even aku dah kata nak belanja dia makan tadi..huhu
3) Dia akan hantar aku balik UTM 5hb ni..yay! Tak payah la aku balik naik bas nanti..hihihi
4) 7hb nanti dia akan join dinner dengan family aku..yuhuuu
5) 8hb dia akan datang masa konvo aku nanti..yay!
6) He will give me something special during my convocation day! ^_^

Eh macam tahu-tahu plak aku tengah update post pasal dia. Dan-dan je dia mesej. Haha! Okay malam ni boleh tidur sambil senyum! Bubbye! *LambaiLambaiTangan*

10 Waktu Berdoa

Assalamualaikum and hi..
Kali ini saya ingin berkongsi pula tentang 10 waktu berdoa yang saya peroleh daripada buku Kemanisan Doa, semakan oleh Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Setiap orang yang berdoa itu, pasti ingin doanya lekas terkabul. Jadi, mari kita lihat antara 10 waktu berdoa :


1) Ketika turun hujan.
2) Ketika akan memulai solat dan sesudahnya.
3) Ketika menghadapi barisan musuh dalam peperangan.
4) Di antara azan dan iqamat.
5) Di tengah malam.
6) Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
7) Ketika sujud dalam solat.
8) Ketika membaca khatam Al-Quran.
9) Sepanjang malam, terutamanya  pada sepertiga akhir / waktu sahur.
10) Sepanjang hari Jumaat kerana di situ ada saat mustajab (saat dikabulkan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat itu. Dan banyak ulamak yang berpendapat bahawa saat yang paling mustajab adalah di antara dua khutbah.

~Selamat Beramal~

Tips Khusyuk Dalam Solat

Assalamualaikum and hi..
Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips bagaimana untuk kita mencapai khusyuk dalam solat.
Tips ini saya dapat ketika menonton TV ALHIJRAH. Sharing is caring..^_^


Berikut merupakan tips bagaimana untuk mencapai khusyuk dalam solat :

1) Jaga dada - Semasa solat, kita perlu pastikan dada kita sentiasa menghadap ke arah kiblat. Even masa tahiyat akhir pun, jangan duduk terlalu senget sebab takut dada kita terlari sedikit dari arah kiblat.

2) Jaga mata - Mata kita perlu sentiasa melihat ke arah tempat sujud. Tapi jangan la pula memikirkan tentang perkara yang lain.

3) Jaga hati - Sentiasa ingat Allah. Cuba fahami setiap bacaan dalam solat.

Hanya 3 ini sahaja tips yang Ustaz tu sharekan. Kalau ada lagi, InsyaAllah saya akan share di sini ye..Terima kasih kerana sudi membaca..^_^

~Selamat Beramal~

Tips Penampilan & Persediaan Diri Untuk Sesi Temuduga

Assalamualaikum and hi..
Hari ini saya nak kongsi sedikit beberapa tips penampilan dan persediaan diri untuk sesi temuduga. First impression itu sangat penting.
Tips ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, jadi ia lebih kepada perempuan la. ^_^


1) Makeup - Muka perlu disapu dengan sedikit compact powder supaya tidak nampak pucat. Then kalau nak pakai blusher pun ok gak sebab menaikkan lagi seri muka tapi jangan terlalu over. Lipstick tak perlu yang merah menyala. Pakai lip defense + Rouge Flamboyant SK-II pun dah ok. ^_^

2) Tudung - Seelok-eloknya pakai la tudung bawal yang berwarna plain. Baru nampak ayu sikit! ^_^ Make sure tudung dengan warna baju matching ok. Elakkan dari memakai shawl sebab shawl tak berapa formal. Bagi yang free hair tu, make sure ikat rambut tu kalau panjang. Baru nampak kemas.

3) Pakaian - Elakkan memakai pakaian yang menyakitkan mata / berwarna garang. Seelok-eloknya pakai pakaian yang berwarna lembut. Berbaju kurung lebih nampak manis. Kalau nak pakai kemeja / blouse, padankan dengan seluar slack. Bukannya dengan seluar jeans.

4) Kasut - Pastikan kasut bertutup penuh di bahagian hadapan dan seelok-eloknya berwarna hitam sebab senang matching dengan baju warna apa pun yang dipakai. Wajib pakai kasut bertumit tinggi. 2 inci pun ok janji bukan flat / sandal bertali.

5) Peralatan - Bawa fail yang senang interviewer nak tengok isi dalamnya. Pastikan resume, sijil asal dan fotostat dibawa sekali. Pen berwarna hitam jangan lupa bawa sebab kemungkinan besar akan ada kena isi borang. Gambar passport dan IC pun jangan lupa bawa.

6) Study - Sebelum pergi temuduga, make sure study dulu serba sedikit tentang latarbelakang company dan fahamkan betul-betul segala skop kerja untuk position yang ditawarkan.

Ini sahaja tips yang dapat saya kongsikan. Semoga tips ini berguna kepada anda yang membaca. ^_^

~Semoga Berjaya~

up