Keracunan Makanan di Bulan Puasa

Salam dan selamat berpuasa semua! 


Hari ini nak update sikit pasal kisah aku kena keracunan makanan gara-gara makan popia basah yang nampaknya sedap di bazar Ramadhan Shah Alam Seksyen 19. 
Penjual popia basah tu memang dia buat popia tu depan-depan kita. Tapi kita tak tahu inti yang dia gunakan tu elok ke tidak. Entah-entah yang semalam punya. Dah basi pun. Diorang ni pikir nak untung je tapi tak pikir perut orang yang memakannya. Kalau 10 orang yang beli dekat dia, kesemuanya kena keracunan makanan macam aku, agak-agak esok lusa laku lagi tak popia basah dia tu? 

Memang aku agak marah sebab azab weh kena keracunan makanan tu. Bangun-bangun pagi, tak sempat nak mandi apa, terus muntah-muntah plus cirit-birit. Apa sahaja yang aku makan semuanya aku muntahkan balik. Rugi je makan rasa. Kalau setakat 1-2 jam takpe la jugak. Ni kalau dah sampai nak dekat 1 hari kau macam tu, tak lembik plak satu badan kan. Disebabkan popia basah kau tu, aku dah terpaksa ponteng puasa 1 hari. Sedih tau! T_T

Jadi fikir-fikirkan la wahai peniaga yang berniaga di bazar Ramadhan. Jangan kita fikir nak untung je tapi fikirkan sekali kesihatan orang lain. Nak jual makanan tu biar ikhlas sikit ye.

*Lepas kejadian tu, aku memang dah tak pergi beli makanan kat bazar Ramadhan dah.

Pentingnya Mohon Kemaafan Sebelum Berpuasa di Bulan Ramadhan


Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan,

“Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."


Maka Rasulullah pun mengatakan Aminn sebanyak 3 kali. 
Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Dengan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini jika saya ada berbuat salah dan silap sepanjang perkenalan di alam realiti mahupun di alam maya. Semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. InsyaAllah.

7 Perkara Bid'ah dalam Majlis Perkahwinan Melayu

Assalamualaikum semua..

Setelah lama tidak menulis di blog, akhirnya ada mood kembali nak tulis..hihihi..
Kali ini tajuk yang agak menarik iaitu 7 perkara bid'ah dalam majlis perkahwinan melayu. Sebenarnya ada banyak..tapi saya nak senaraikan 7 je. Kalau nak tahu lebih detail, boleh rujuk bahagian sumber di bahagian akhir post ini..:)

Apa itu bid'ah? Bid'ah dalam hal ini merujuk kepada perkara yang ditokok tambah dalam majlis perkahwinan melayu yang pada asalnya tidak disyariatkan dalam Islam.

Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)

Btw, Selamat Pengantin Baru kepada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dan yang bakal mendirikan rumahtangga. Semoga bahagia kekal abadi..^_^ 

Di bawah ini tersenarai 7 perkara bid'ah dalam majlis perkahwinan melayu.

1) Berbelanja besar untuk set pakaian pengantin

Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A’raaf, 7: 26)

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raaf, 7: 31)

2) Mencukur kening dan memakai rambut palsu

Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 4886)

3) Membuka aurat semasa majlis perkahwinan

Allah s.w.t berfirman: Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).” (Surah an-Nuur, 24: 31)

4) Adat bersanding

Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah: “Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)

5) Adat merenjis air mawar 

Adat ini bukan berasal dari Islam. Perbuatan ini boleh menjurus kepada syirik jika dilakukan beserta keyakinan bahawa pasangan pengantin yang direnjis dengan air mawar ini akan mendapat kebahagiaan.

6) Upacara memotong kek perkahwinan

Upacara ini bukan berasal dari Islam, bahkan ia merupakan budaya orang Kafir. Jika kek tersebut disertai dengan nyalaan lilin, maka ia menyerupai syiar kaum Majusi (penyembah api).

7) Mewajibkan adanya duit dan barang hantaran

Allah s.w.t berfirman:

Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.” (Hadith Riwayat Ahmad, no. 24595) 

Umar al-Khaththab r.a berkata: “Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah s.a.w.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)


up