Resipi Makanan Bayi

Keledek Lecek

Ramuan:

  • Sebiji ubi keledek kecil
  • Dua sudu besar susu
  • Setengah sudu kecil minyak zaitun
Masa memasak:
15 minit

Cara membuat:

Kupas ubi keledek dan potong dadu. Kukus ketulan keledek selama 15 minit atau sehingga lembut. Lenyek ketulan hingga menjadi pes yang sebati dan pekat. Tuang dalam mangkuk dan masukkan susu serta minyak zaitun sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba! ^_^

Adakah Bersin Boleh Membatalkan Solat?

Soalan
Apabila kita terbersin sewaktu bersolat, adakah solat itu sah atau sebaliknya?

Jawapan
Bersin saja bukan perkara yang membatalkan solat. Solat sah jika seseorang terbersin. Berbeza jika bersin terkeluar sesuatu daripada lubang faraj atau dubur, maka batal solat dan wuduk. Ambil wuduk serta wajib bersolat semula.

Sumber : An-Nur, Metro Ahad

Fakta Tentang BMX

Assalamualaikum semua..
Pernah dengar kan basikal BMX? Haa..sesiapa yang tak pernah dengar atau tak pernah kenal dengan basikal BMX tu tak tahu la nak kata apa..haha..
Ada 4 fakta tentang BMX ni..jejom baca! ^_^


1) BMX bermaksud basikal motocross.

2) Dikatakan bermula awal 1970-an di Selatan California.

3) Menjadi fenomena di kalangan kanak-kanak yang mula melakukan aksi off road dan bermula di trek khas di California.

4) Lantaran sambutan menggalakkan daripada generasi muda, pengeluar basikal mula mencipta basikal BMX.

Sumber : Majalah Metro

up