Tanda-tanda Kehamilan

Entry kali ini Elyn ingin berkongsi tentang beberapa tanda kehamilan untuk para wanita yang sudah berkahwin.

1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

2. Rasa lelah yang berlebihan / keletihan
Rasa lelah yang berlebihan akan membuatkan anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan daripada perubahan hormon dan juga akibat daripada kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksa dan konsultasi mengenai hal ini ke doktor anda kerana akan mengganggu kehamilan.

4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

5. Kembung perut
Oleh sebab perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.
Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh kerana sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen.

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus terasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.

9. Krem 
Memang krem akan dialami oleh wanita hamil kerana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mahu ini, mahu itu lalu tiba-tiba anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil.

11. Peningkatan suhu tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Keadaan ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Keadaan ini tidak akan turun kepada keadaan sebelum terjadinya ovulasi.

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebihan sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pengsan 
Mungkin anda sering menonton adegan wanita hamil yang pengsan. Namun faktanya ini dapat terjadi kerana kadar jumlah gula di dalam tubuh yang rendah. Oleh sebab itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh.

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.
Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah janjitemu dengan doktor peribadi anda. Tahniah!

1st Week at MIMOS

Assalamualaikum semua..haa..dah lama Elyn tak update blog kan..huhu..maaf la..busy sikit..
So now Elyn nak update sikit tentang 1st week Elyn di MIMOS.
Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..

15hb : Lapor diri then terus pergi bilik seminar untuk memulakan sesi orientasi. Ha..ingat zaman universiti je ke ada orientasi..time kerja pun ada juga taw..hihi..

16hb : Menghadiri kursus Six Sigma White Belt.

17-18hb : Menghadiri program Challenge to Excel.

19hb : Elyn diserahkan kepada Supervisor. Hari itu juga baru masuk department and kenal dengan semua staff. Elyn dapat department Product Quality & Reliability Engineering. Dalam department tu ada banyak cluster. So Elyn dapat cluster Application Lifecycle Management. Cuma ada 4 orang je dalam cluster tu. My Supervisor, Elyn and 2 orang lagi teammates.

Selama seminggu ini banyak yang Elyn dah belajar. Belajar untuk adapt dengan new environment. Belajar bagaimana untuk menguruskan wang dan macam-macam lagi. Ha next entry Elyn akan kongsikan dengan anda semua tentang apa yang Elyn dapat masa program Challenge to Excel. Memang sangat-sangat menarik. Tunggu next entry okay! ^_^

Nervous Untuk Hari Esok!

Assalamualaikum semua..
Hati berdebar-debar je menaip entri ni. Nak tahu kenapa? 
Ha meh sini nak cerita!
Rasanya siapa yang dah baca entri saya yang INI, dia dapat agak la kot kenapa saya berdebar malam ini. Hehehe.
Actually esok saya dah start bekerja di MIMOS!!! Hoyeah! Hoyeah! *sambil jari menari-nari di atas keyboard*
Saya mula melaporkan diri pada esok hari iaitu 15 Oktober 2012.
Saya dapat bekerja di bahagian Product Quality & Reliability Engineering (PQRE).
Saya dapat bekerja di bahagian ini kerana semasa sesi interview, saya menyatakan minat saya dalam bidang testing. So, selepas selesai interview dengan software department, saya dipanggil pula untuk interview dengan PQRE department. 
Interview dengan PQRE department adalah interview paling lama dapat saya rasakan. 
Macam-macam soalan yang mereka tanya. Tapi syukur alhamdulillah, saya dapat juga kerja di bahagian ini. 

Terima kasih Ya Allah kerana perkenankan doa hamba-Mu. Semoga aku tabah menjalani hari-hari yang mendatang dan semoga segala tugas dapat dijalankan dengan hati yang ikhlas kerana-Mu ya Allah.

3333 Peminat !!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah..hari ini cuaca agak baik dan mood Elyn pun agak baik..
Lagi-lagi bila Elyn buka page DZ Fesyenista di Facebook. Hehehe..
Alhamdulillah peminat DZ Fesyenista dah capai 3333 orang..horayyyy!! Tak sangka boleh sampai 3k lebih yang like page DZ Fesyenista. Syukur sangat-sangat. 
Sesiapa yang tak like lagi page DZ Fesyenista, boleh la like sekarang ye! Hihihi..


A lot of thanks to all DZ Fesyenista fans!! Love you all!! Muahhhh7x!!

Temuduga Terbuka Kerjaya Minyak Dan Gas


Kerja Kosong Minyak Dan Gas

Kami adalah sebuah Syarikat bumiputera yang beroperasi dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan di pelantar minyak dan gas seluruh Malaysia ingin mempelawa anda yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan dengan menghadiri temuduga berikut :-

1. E&I Supervisor / Foreman
2. Instrument Technician
3. Instrument fitter
4. Electrician
5. Rigger / Scaffolder

Sila hadirkan diri ke sesi temuduga terbuka pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah:

Tarikh :10 Oktober 2012 (Rabu)
Masa : 9:00 AM - 4:00 PM
Tempat : Pusat JobsMalaysia (JMC) Iskandar Malaysia HG-07-06, Danga Bay, Off Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor.

Tarikh :10 Oktober 2012 (Rabu)

Masa : 9:00 AM - 4:00 PM
Tempat : Jabatan Tenaga Kerja, Cawangan Kemaman, Tingkat 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Melur, 24000 Kemaman, Terengganu.

Tarikh : 11 Oktober 2012 (Khamis)

Masa : 9:00 AM - 4:00 PM
Tempat : Jabatan Tenaga Kerja, Cawangan Kuala Terengganu (Pusat Jobs Malaysia), Jalan Air Jernih, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu.

Tarikh : 13 Oktober 2012 (Sabtu)

Masa : 9:00 AM - 4:00 PM
Tempat : Jabatan Tenaga Kerja, Cawangan Kemaman, Ruang Legar Bangunan Persekutuan, Jalan Melur, 24000 Kemaman, Terengganu.

*Semua calon yang menghadiri temuduga adalah diwajibkan mempunyai Sijil BOSET asal dan salinan berserta Laporan Pemeriksaan Perubatan terkini.

Uji Bakat Pengacara Jemputan NONA TV3


Kerja Kosong Pengacara Jemputan NONA TV3

Selepas 10 tahun, Pengacara Jemputan NONA (PJN) kembali untuk musim ke-6! Mula diperkenalkan pada tahun 1990, PJN merupakan program realiti pertama yang dianjurkan oleh TV3 untuk mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan dan kewartawanan. Lima juara PJN terdahulu, Datin Seri Normala Samsudin, Joweyn Son Yee Yee, Rafidah Zahari, Tengku Khalidah Bidin dan Datin Norjuma Habib Mohamed, masing-masing tampil dengan bakat luar biasa seterusnya menempa nama dalam bidang masing-masing.

Selain itu, nama-nama seperti Farrah Adeeba Ashraf, Maria Tunku Sabri, Raja Mazian Raja Mohamed, Datin Hamidah Hamzah, Nornisamsila Othman dan Intan Jusmiera turut pernah mewarnai pentas finalis PJN.

Berita baik buat semua wanita! Bagi mereka yang berminat dan ingin mencuba nasib, sertai ujibakat PJN yang bakal diadakan sepanjang bulan Oktober ini. Antara syarat-syarat utama menyertai ujibakat PJN ialah warganegara Malaysia, wanita berusia antara 18 hingga 28 tahun, mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil diploma, berperwatakan menarik, memiliki vokal mantap dan mampu berkomunikasi dengan baik. Peserta juga dikehendaki membawa salinan kad pengenalan, sijil pendidikan dan gambar berukuran pasport atau 4R ketika menghadiri ujibakat.

Ujibakat akan diadakan di empat lokasi mengikut zon (Timur, Utara, Selatan dan Tengah). Sesi ujibakat bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat sesi ujibakat seperti berikut:

TARIKH LOKASI

06 Oktober 2012 Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan

13 Oktober 2012 Hotel Regency, Alor Setar, Kedah


21 Oktober 2012 Hotel M Suite, Johor Bahru, Johor


28 Oktober 2012 Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor


Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “Tujuan utama kami menganjurkan semula pertandingan Pengacara Jemputan NONA atau PJN adalah untuk mencari dan menggilap bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai pengacara dan wartawan penyiaran yang berkaliber. Ini merupakan peluang baik buat kaum wanita untuk menjadikan PJN sebagai platform mereka mempamerkan kebolehan yang ada dan sekaligus mewarnai dunia penyiaran tanah air sebaris nama-nama ulung seperti Dian P Ramlee, Christine Ling, Datin Seri Normala Samsudin, Azizah Ariffin, Nurul Syuhada, Maya Karin dan ramai lagi.”

“Peserta yang berminat untuk menyertai ujibakat PJN dinasihatkan membuat ‘homework’ supaya lebih bersedia, contohnya, cara menemuramah responden, mampu bertutur dengan suara yang jelas dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Gaya penyampaian pula tidak meniru sesiapa. Fasih dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta penguasaan dalam bahasa ketiga adalah satu bonus”, tambah Ezzah Aziz Fawzy, Penerbit Eksekutif PJN.

Sumber

Goodbye PSTech Sdn Bhd

Assalamualaikum..
Sedih pun ada..happy pun ada..
Sedih sebab terpaksa meninggalkan company tersayang dan orang-orangnya..
Happy sebab dah dapat job offer dari MIMOS..
Apa-apa pun saya bersyukur sebab dapat dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa memberi semangat, sokongan, bantuan di kala kebuntuan, dan sentiasa memberi tunjuk ajar serta kerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugas.
Syukur alhamdulillah juga bila impian untuk bekerja dengan MIMOS tercapai. 
Semuanya atas usaha yang berterusan dalam mencari pekerjaan dan keinginan untuk memajukan diri. 
Walaupun saya pernah gagal beberapa kali dalam job interview, tapi saya tidak pernah berputus asa kerana Allah benci orang yang cepat putus asa.

Even 2 minggu sahaja saya bekerja dengan PSTech, tetapi ia membawa makna, kenangan dan pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. 
Staf-staf PSTech semuanya baik-baik. Bosnya pun baik. Bertuah rasa bila dapat bos yang baik macam tu.
InsyaAllah bos, selepas setahun saya bekerja dengan MIMOS, kalau saya rasa bosan kerja di situ, saya akan kerja dengan bos balik. Seperti yang bos katakan semalam. Hehehe.

Saya sentiasa mendoakan kejayaan PSTech. Semoga PSTech akan menjadi company terkenal di mata dunia suatu hari nanti. InsyaAllah. Aminnn.

Gambar yang disnap oleh bos semasa lepak dengan beliau di Restoran Teratai sempena hari terakhir ku bekerja di PSTech.


up