Updated Wishlist

Assalamualaikum..hai semua!

Since today is the last day for 2013, so the wishlist for 2013 has been updated as per below image.
Seems like..errr..hanya 3 daripada 7 sahaja yang tercapai..haha!
So untuk 2014, apa wishlist elyn ye? :)
|
|
|
|
|
|
|
Tadaaaaaa! Macam kanak-kanak sangat nak tadaa tadaa bagai kan! Haha!

Haa..nampak tak apa perbezaannya wishlist tahun 2013 dan 2014? Hihihi~
Belajar menjahit dah out of list ok! Memang diri ini nak sangat belajar menjahit and beading bagai..tapi elyn tak boleh nak manage time dengan baik tahun 2013 ini. Huhuhu~

Hopefully wishlist 2014 ini banyak la yang 'checkbox'nya bertanda kan. Huhuhu~
Btw, tahun 2013 banyak juga kenangan manis dalam hidup elyn. Antaranya dirisik oleh family bakal tunang. Hihihi~ 

InsyaAllah..wishing that 2014 would be another great year for me! Aminnn~

Tempahan Blog

Assalamualaikum dan hai semua!
Untuk sesiapa yang berminat nak tempah blog, boleh tempah dengan Elyn.
Elyn menawarkan satu pakej lengkap di mana anda hanya perlu menyatakan beberapa perkara sahaja, dan yang selebihnya Elyn akan buatkan. Mudah bukan! 

Cara-cara nak tempah buat blog:
 
1) WhatsApp / SMS ke 0102665956 (Elyn)
  • Nama blog anda (Contoh : xyz.blogspot.com)
  • Blog untuk apa (Contoh : business)
  • Background blog nak warna apa (Contoh : hitam)
  • Nak berapa column : 1 / 2 / 3 (Contoh : 1)
  • Sertakan gambar / logo (jika ada)
2) Harga adalah mengikut budget anda. Menarik bukan! Oleh itu, sila WhatsApp / SMS Elyn untuk ketahui harga blog anda.

3) Bayar deposit sebanyak 50% daripada harga blog (setelah dipersetujui) ke akaun Elyn. Bayaran baki lagi 50% boleh dibayar selepas blog diserahkan kepada anda. 

NOR DZAILIN DZULKAFLIE - 155015302766

Jangan risau..Elyn akan berikan layanan tip top untuk setiap pelanggan Elyn. 
Blog akan diserahkan hanya setelah anda berpuas hati dan membuat bayaran penuh.

Terima kasih! ^_^

Keyword : 
  • Tempah blog murah
  • Buat blog dengan harga murah
  • Cara buat blog paling senang

Ulangtahun ke-24

Assalamualaikum dan hai semua pembaca..
Masuknya 7 Disember 2013, maka elyn dah 24 tahun hidup kat bumi Allah ini. Terima kasih kepada family dan semua kawan yang wish kat FB, What'sApp dan Skype. Semoga Allah juga merahmati kalian. Aminnnn~
Syukur Alhamdulillah Allah masih memberi elyn peluang untuk menghirup udaraNya, menikmati keindahan alam ciptaanNya..Allahu Akbar. Birthday kali ini elyn tak sambut pun. Just pergi kenduri kahwin, then balik dari kenduri itu, terus pergi Nilai 3. Tujuan utama pergi Nilai 3 itu untuk mencari baju untuk majlis pertunangan elyn tak lama lagi. Tapi cari punya cari, tiada satu pun design yang elyn minat. Hurm. Kesian pula dekat my mom yang teman elyn cari baju. Huhuhu. 

Am I too choosy? Am I too fussy? The answer is YES! Bukan YES Year End Sale okay! Haha. Elyn memang cerewet bab-bab nak beli barang ini. Bakal tunang cakap elyn ini sangat teliti. Susah juga dapat orang yang sangat teliti ini kan? Hihihi. Tapi kita cuma nak yang terbaik untuk majlis kita. Itu sahaja. ^_^

Bila dah tak dapat nak beli baju yang diingini di Nilai 3, last-last cakap dengan my mom, beli kat butik je la. Sebab kat butik boleh custom made kan. Tapi nak beli kain pula malas. Bukan apa, cuma takut tersalah beli kain je. Huhuhu.

Tak apa la. Sekarang ini cuma ada 2 pilihan je. Samada nak beli kat butik or tempah baju kat tailor. Tapi sempat ke nak tempah baju kat tailor? Takut tak sempat siap je! Huhuhu. Pening..pening..

Doakan elyn dapat design baju yang elyn nak okay! Thank you! ^_^


Ubat Meredakan Sakit Senggugut

Assalamualaikum dan hai semua!
Hari ini elyn nak share macam mana kita nak redakan masalah sakit senggugut ini. Normally sebelum perempuan nak period, akan rasa sakit senggugut. Sometimes sakit senggugut itu berlarutan sehingga 2 hingga 3 hari. Ada kes yang lebih teruk, sampai habis period pun still rasa sakit senggugut. Kalau dah serius macam tu, better jumpa doktor. Huhuhu~
Oh berbalik kepada tajuk entry. Ada tak ubat yang boleh meredakan sakit senggugut? Ada yang kata makan panadol, madu, petola, minum rebusan rumput jarum emas la dan macam-macam lagi petua untuk hilangkan rasa sakit senggugut. Selama ini elyn tak pernah lagi try makan or minum ikut petua-petua yang ada. Time senggugut memang elyn tak ambil apa-apa ubat atau petua untuk hilangkan rasa sakit senggugut itu.

Tapi entah macam mana hari itu tergerak hati nak makan satu produk ini. Dari pagi sampai malam elyn dah rasa sakit senggugut yang amat sangat. Sampai rasa nak guling-guling atas katil je. Duduk tak senang. Baring pun tak senang. Huhu. For the first time elyn try makan PhytoScience Double Stemcell sebelum tidur malam itu. Seriously tak sangka effect dari makan PhytoScience Double Stemcell itu sangat-sangat cepat! Period pun keluar banyak pada hari pertama dan rasa sakit senggugut itu makin berkurangan. Selalunya kalau elyn senggugut sampai 2 3 hari baru okay dan tidur malam pun tak lena sebab menahan sakit. Tapi lepas makan PhytoScience Double Stemcell, malam itu elyn dapat tidur dengan lena sekali. Alhamdulillah kesan positif dapat dirasakan.

Mana nak dapat PhytoScience Double Stemcell ?

Ok elyn ada jual produk ini. Produk ini adalah produk terbaik setakat ini. Banyak dah testimoni orang ramai yang makan PhytoScience Double Stemcell ini. Semuanya bagi good feedback. Harganya pun berpatutan setanding dengan kesan positif yang diberikan. Syukur alhamdulillah elyn dapat ditemukan dengan produk ini.

Untuk tahu lebih lanjut tentang produk PhytoScience Double Stemcell, boleh refer to this entry : PhytoScience Double Stemcell. Dah baca dan rasa nak beli PhytoScience Double Stemcell, boleh WhatsApp/sms elyn di nombor 010-266 5956 untuk dapatkan harga istimewa. Kalau rasa macam nak buat side income dengan produk ini pun boleh WhatsApp/sms elyn juga okay. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. ^_^

Keywords :
Ubat untuk hilangkan senggugut
Cara untuk hilangkan senggugut
Testimoni Double Stemcell
Produk PhytoScience Double Stemcell

Majlis Merisik

Assalamualaikum dan hai semua!
Hopefully semua sihat la ye hari ini. ^_^
Gadis bertudung bawal dan berbaju kurung. Simply me! ^_^

Okay merujuk kepada tajuk di atas, majlis merisik telah diadakan pada hari ini (24/11/13) di kediaman parents aku di Taman Seremban Jaya. Merisik siapa ek? Mestilah merisik aku. Dah aku seorang je adik-beradik perempuan yang belum kahwin kat rumah tu. Hehehe.
Rasanya semua tahu yang majlis merisik ini sangat simple. Keluarga pihak lelaki datang bagi cincin belah rotan sebagai tanda merisik sambil bawa buah tangan sikit, bincang-bincang pasal majlis tunang dan kahwin, then lunch. Itu sahaja. Simple bukan? Hihihi.

Syukur Alhamdulillah. Sekarang aku dah dirisik atau di'cop' oleh seorang lelaki yang InsyaAllah bakal jadi suami aku nanti. Lepas ini kena buat persiapan untuk majlis pertunangan pula. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Risau juga sebenarnya sebab aku seorang yang sangat fussy. Hehehe.

Semasa keluarga pihak lelaki hendak pulang tadi, bakal tunang sempat berpesan "Belajar masak taw!" Then aku pun jawab "Ye lah.." Hehehe. Bagus juga pesanan dia tu sebab mengingatkan aku yang tak lama lagi aku kena masak untuk suami pula. Dah la aku tak pandai masak kan. Memang kena sangat la pesanan itu untuk aku. Terima kasih ye cik abang. Hihihi.

Then bakal ayah mertua pun sempat berpesan "Banyak-banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t. semoga hubungan ini kekal". InsyaAllah..aku tak lupa nak doa semua itu. Mudah-mudahan Allah berkati hubungan kami dan kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Syukur sangat dapat kenal dengan family bakal tunang yang sangat baik dan terima aku dan family seadanya. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Aminnnnn~

PhytoScience Double Stemcell


Kebaikan Makan PhytoScience Double Stemcell:
1) Membantu mengurangkan kedutan pada kulit terutama kulit muka.
2) Membantu menguatkan sendi dan tulang.
3) Mengaktifkan sel-sel badan dan kulit.
4) Membantu bertindak sebagai anti-penuaan dan antioksidan untuk menjaga kesihatan dan jantung.
5) Mengurangkan risiko kanser.
6) Membantu meningkatkan daya penyerapan kolagen oleh badan.
7) Membantu merangsang badan bagi menghasilkan lebih banyak kolagen tersendiri.
8) Membantu menjadikan kulit gebu, halus, licin, anjal dan menjaga kelembapan kulit agar kulit sentiasa segar dan bermaya.
9) Melindungi kulit daripada terkena cahaya UV berlebihan yang boleh merosakkan sel-sel kulit.

Amatlah disyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah seperti berikut:
• Gout
• Kencing manis
• Darah tinggi
• Lemak darah
• Anemia
• Kulit sensitif
• Sistem penghadaman lemah
• Demam selsema
• Mudah letih dan badan lemah
• Tekanan
• Kolestrol tinggi

Cara Makan PhytoScience Double Stemcell:

Harga PhytoScience Double Stemcell yang paling murah:
Normal price : RM250 (1 kotak)  = 14 sachets
Promotion price : RM270 (2 kotak) = 28 sachets
+ free pos laju
+ belian seterusnya cuma RM190 (2 kotak)
+ peluang menjana pendapatan sampingan

Cara belian PhytoScience Double Stemcell:
WhatsApp/sms elyn : 010-266 5956

Ini bukan ubat tapi makanan tambahan yang memperbaiki dan memperbaharui sel-sel dalam badan kita. Bila sel-sel semua ok, kesihatan InsyaAllah akan jadi lebih baik.

Ubat yang dimakan juga akan diserap oleh badan dengan lebih baik. Jadi lebih mudah untuk sembuh daripada penyakit.

Halal dan diluluskan KKM, disahkan oleh SIRIM dan mempunyai Product Liability Insurance sebanyak RM3 juta.

#5 Wordless Wednesday

Selamat berpuasa semua!!! ^_^

Cara Menggunakan Akaun 8Share

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ini elyn nak share sikit pasal 8Share. Ada yang bertanya bagaimana 8Share ini berfungsi dan bagaimana nak guna benda alah ini? Meh sini elyn ajar dengan cara screenshot. Lagi jelas dan senang faham mungkin. If takde lagi akaun 8Share, boleh SIGN UP HERE.

1) Enter www.8share.com dan klik Sign In button.

2) Masukkan username and password dan klik Sign in.

3) Current page ini adalah specials yang boleh kita share dengan kawan-kawan. So now macam mana nak share? Klik kat mana-mana special yang kita nak share. Contohnya kita klik kat special "Challenge Yourself To Live Great!"

4) Current page ini adalah special yang kita klik tadi tu. Then kat sini pun 8Share dah bagi 3 easy steps macam mana nak share special ini. 

5) Bila kita scroll page itu, kita akan nampak macam imej di atas. Ada 3 jenis mesej kat situ. Kita boleh pilih mesej mana 1 yang kita nak. Then lepas dah pilih, boleh klik kat button "Share on Facebook" or "Share on Twitter" or boleh juga share kat linkedin or G+.

6) Ini contoh kalau kita share kat facebook. Nanti automatik akan keluar popup macam dalam gambar di atas untuk kita tulis something kat facebook.

7) Lepas dah share tu, boleh close mana-mana popup yang muncul. Then scroll ke atas page tadi, sampai nampak menu list Dashboard and Specials macam dalam gambar di atas. Then klik kat Dashboard.


8) Current page ini adalah Dashboard anda. Kat sini ada listkan specials yang anda dah share dan berapa total earnings yang korang dah kumpul. If korang dah cash out duit, boleh tengok cash out status kat belah kanan tu. Macam elyn punya still pending. So now tengah tunggu duit masuk dalam akaun. Hihi! ^_^

Haaa..mudah je kan nak guna 8Share ini. Kalau ada rasa macam tak jelas lagi, let me know ok. If sampai sekarang lagi korang takde akaun 8Share, boleh SIGN UP HERE. Tak rugi pun ada akaun 8Share ini. Selamat berkongsi! ^_^

Keyword:
Cara buat duit dengan 8Share
Langkah-langkah share iklan 8Share

Kerajinan Tahap Melampau

Assalamualaikum and hi semua yang still online tu! Yang dah tidur tu selamat bermimpi lah ye! ^_^
Btw malam ini tak tahu kenapa elyn rajin gila nak siapkan kerja office. Padahal kerja tu tak boleh buat kat rumah pun dan kena buat kat office je sebab hanya boleh access kat dalam office je. Tapi malam ni tetiba rajin tahap melampau plak nak siapkan test case untuk satu modul. So disebabkan tak boleh buat direct through system, terpaksalah guna cara manual dulu iaitu dengan menggunakan Microsoft Excel. Wahhh..manual giteww kau. Haha! Start buat jam 12:12 am dan tamat pada jam 2:20 am. Amboi..kemain lama buat test case. Biasalah..I am not expert in creating test case yet and of course la ada selingan sepanjang buat kerja tu kan! Haha!


Kerajinan muncul disebabkan projek tu ada 10 modul. Gila banyak! zzzzz~ Syukur Alhamdulillah tadi elyn baru siapkan 1 modul yang boleh hasilkan 7 test case setakat ini. Nanti kena recheck balik sebab takut ada yang tertinggal or tersilap.

Ok sekarang kena paksa mata untuk tidur. Actually this is first time elyn tidur lewat sebab buat kerja. Selalu tu tidur lewat sebab layan movie je. zzzzz~

Till then, good night! zzzzz~ (off lappy and off lampu)

Pikat Si Dia Melalui Tarikh Lahir

Assalamualaikum and hi semua!
Hari itu elyn terbaca satu artikel mengenai pikat si dia melalui tarikh lahir. Wah! Bunyi macam menarik. So saje je la nak baca kan. Nak tengok betul ke tidak. Ada orang kata daripada tarikh lahir menggambarkan sifat cintanya. Jom baca! ^_^

1hb
Si dia berjiwa seni. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai sambil minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai cita rasa yang sama dengannya. Kira sesuailah tu!

2hb
Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga kerana si dia berjiwa romantik. Namun kamu perlu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu mungkin selepas itu barulah cinta akan berputik.

3hb
Sikap si dia sukar diramal maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong, apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia.

4hb
Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, setiap kali si dia melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan padanya. Dengan semangat yang kamu berikan itu pastikan si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb
Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Oleh itu, kamu tunjukkanlah tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu memilih kamu sebagai pasangan.

6hb
Si dia umpama magnetik. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah atau senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb
Cepat panas baran oleh itu kamu perlulah banyak bersabar dan bijak memainkan peranan agar dapat mengawal setiap situasi.

8hb
Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Dengan ini, kamu perlu pandai untuk memancingnya dengan topik-topik yang menarik agar si dia tahu yang kamu seorang yang bijak!

9hb
Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua.

10hb
Seorang yang jujur, berterus-terang dan akan berusaha mendapatkan apa yang diingininya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Caranya ialah sering kali bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung.

11hb
Mementingkan kerjaya ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menghadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, jangalah terlalu memikirkan soal kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja..sampai mati pun tak habis!

12hb
Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka yang pentingadalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je. Seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong.

13hb
Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

14hb
Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang.

15hb
Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semula jadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Sebelum mengeluarkan kata-kata, tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

Haaa..amacam? Ada yang betul tak? Seriously 7hb dan 14hb tu tepat sekali. Adakah ia suratan atau kebetulan? Jeng jeng jeng~ Maaflah sebab ada sampai 15hb je. Next time InsyaAllah sambung sampai 31hb pula okay! ^_^

6 Gejala Kanser Payudara

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ini tiba-tiba rasa nak update pasal gejala breast cancer lepas terbaca artikel mengenai ini di majalah. Ini adalah salah satu penyakit yang sangat merbahaya kepada wanita. So better kita tahu apa itu gejala atau petanda-petanda breast cancer ini. Ambil ia sebagai langkah berjaga-jaga okay.


1) Berlaku perubahan pada bentuk breast.

2) Nipple masuk ke dalam tidak menonjol seperti lazimnya.

3) Bengkak, ruam kemerahan berpanjangan.

4) Berasa sakit masih berterusan walaupun tempoh haid sudah berlalu.

5) Gatal dan berasa sakit di sekitar nipples.

6) Sebelah nipple rosak.

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dari segi luaran mahupun dalaman. ^_^

6 Tips Langsing Tanpa Guna Wang

Assalamualaikum and hi semua!
Nak langsing tak semestinya perlu mengeluarkan duit. Banyak cara yang kita boleh gunakan tanpa mengeluarkan sesen pun. Yang menariknya, kita boleh lakukannya dalam kehidupan seharian. Menguntungkan kita daripada berbelanja beratus-ratus ringgit tapi tak sure lagi keberkesanannya. Jom cuba dulu cara-cara ini.

1) Mengayuh basikal
Time weekend or after office hour boleh la lakukan aktiviti berbasikal selama 45 minit. Kalori akan terbakar sebanyak 510. Kayuhan kaki yang terus menerus akan membentuk otot-otot.

2) Sertai sebarang aktiviti lasak
Hiking, wall climbing, white water rafting, dan aktiviti yang seumpama dengannya dapat memantapkan tubuh badan dan mengekalkan kecantikan. Untuk kesan lebih baik, lakukan aktiviti ini sekerap yang mungkin terutamanya hiking.

3) Lakukan kerja-kerja rumah
Jangan bergantung kepada khidmat pembantu rumah je. Jadikan aktiviti seperti cuci pinggan, sapu sampah dan mop lantai antara aktiviti harian yang wajib dibuat setiap hari.

4) Berkebun
Luangkan masa untuk membersihkan kawasan persekitaran. Kamu boleh menebus lalang, membakar sampah, mencangkul tanah dan menebang pokok liar. Ini antara contoh aktiviti gerakan dan senaman yang baik. Selain dapat membersihkan kawasan, ia memberi kesan yang baik kepada tubuh badan.

5) Naik kenderaan awam
Naik kenderaan awam ke tempat kerja walaupun ada kenderaan sendiri. Kamu tidak akan rugi malah jimat dari segi duit. Kenderaan awam dapat membakar tenaga dengan lebih banyak menerusi perjalanan. Kadang-kadang kamu kena berlari, menaiki tangga dan berdiri. Ini semua adalah bentuk senaman ringan.

6) Amalkan naik turun tangga
Cubalah naik turun tangga sekurang-kurangnya sekali sehari. Menaiki tangga baik untuk kemantapan bentuk paha dan betis. Selain itu, kamu dapat mengawal pernafasan dan sistem tubuh akan berjalan dengan lancar.

Tips yang paling elyn susah nak buat adalah tips no 5. Sebabnya ada banyak sebab dan malas nak tulis kat sini. LOL. Btw, selamat melangsingkan badan uols! ^_^

7 Tips Tambah Kelajuan PC

Assalamualaikum and hi semua!
Korang ada masalah PC / Laptop slow? Jom baca 7 tips yang elyn senaraikan kat bawah ni. Mungkin boleh bantu korang selesaikan masalah tu. ^_^

1) Install Spyware and Adware Remover
Adanya adware / spyware ni memang menyusahkan. Biasanya benda ni wujud daripada email, website or software yang kita download. So korang boleh la install software Ad-Aware.

2) Install Antivirus
Even korang tak surf internet, tapi korang tetap kena install antivirus. Antara antivirus yang korang boleh install adalah seperti Norton Antivirus, McAfee VirusScan, F-Secure Anti-Virus, AVAST! Pro, dan Kaspersky. Make sure korang sentiasa update antivirus yang korang dah install tu.

Tapi kalau korang takde antivirus macam yang disenaraikan di atas, korang boleh guna yang online punya iaitu HouseCall Free Online Virus Scanner. Versi HouseCall ni telah direka untuk digunakan bersama Trend Micro World Virus Tracking Center yang akan menentukan kedudukan korang di samping mendapatkan maklumat virus terkini.

3) Kurangkan Startup
If korang ada install banyak software, sure korang punya komputer jadi slow. So korang boleh tengok list of software yang korang guna.

Klik Start -> Taip Run kat tempat search tu -> Taip msconfig -> Klik OK
Klik pada Selective startup, buangkan tanda pada Load startup items -> Klik OK
Ia akan dihentikan bila korang restart computer.

4) Guna Defrag
Bukan kereta je ada maintenance, komputer pun ada ok! Gunalah defrag untuk maintain korang punya hard disk sekali dalam sebulan.

Untuk Windows 7, korang boleh search defrag, then klik Disk Defragmenter. Klik Analyze dan ia akan melakukan pemeriksaan pada hard disk dan display the result. Then, klik Defragment disk untuk teruskan defrag. Proses ni akan mengambil masa beberapa jam dan jangan jalankan defrag time korang tengah guna komputer.

5) Guna Scandisk
Selain daripada defrag, korang boleh guna scandisk sebulan sekali. Scandisk ni adalah satu proses untuk cek hard disk secara fizikal.

Double click Computer -> Right click kat C: drive -> Klik Tools -> Tekan button Check now pada ruang Error checking.

6) Guna Open Source Software yang Penting
Selain Ad-Aware, korang boleh dapatkan software seperti TuneUp Utilities, Fast Defrag Standard dan WinPatrol. Software-software ni adalah untuk manage korang punya computer memory, hard disk, keseluruhan sistem dan juga software yang tak berapa penting.

7) Update Windows dan Driver
Windows perlu dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memantapkan dan memberi perlindungan kepada sistem komputer.

Click Start button -> click All Programs -> click Windows Update

Untuk update driver, korang kena dapatkan info terkini dari laman web pengeluar device yang korang gunakan untuk mengelakkan masalah kepada sistem komputer.

So semoga post ini dapat membantu korang untuk menyelesaikan masalah PC slow. If still slow juga after dah buat semua yang di atas, elyn rasa better korang beli je la laptop baru. Kehkehkeh. Selamat mencuba! ^_^

Masker Penyegar Menggunakan Buah Epal

Assalamualaikum and hi semua!
Siapa yang suka pakai masker tapi malas nak beli yang mahal-mahal, boleh la baca post ini. Hehehe.
Jom elyn ajar cara buat masker guna buah epal je. Easy as ABC! ^_^


1) Kupas sebiji epal, potong menjadi beberapa bahagian dan hancurkan dengan pengisar.

2) Campurkan dengan 1 sudu makan madu dan tambah air secukupnya.

3) Sapukan pada wajah dan leher secara lembut dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.

4) Bilas dengan air sejuk.

Haaaa..mudah kan! Selamat mencuba! ^_^

Tips Atasi Bibir Kering

Assalamualaikum and hi semua!
Sebelum ini elyn pernah buat post mengenai Tips Jaga Bibir. So now nak buat post mengenai Tips Atasi Bibir Kering plak. Hehe. Most of us biasanya akan hadapi masalah bibir kering ini. Termasuklah yang menulis post ini juga. Hehe. Bibir kering, lebih-lebih lagi kalau sampai pecah-pecah dan menggelupas pasti akan membuatkan penampilan kita kurang menarik. Ramai yang anggap masalah ini agak remeh dan boleh diatasi hanya dengan membasahi bibir dengan air liur. Tapi ternyata tanggapan ini salah sama sekali! Berikut ada beberapa tips yang boleh kita cuba untuk mengatasi masalah ini.


1) Kurangkan kebiasaan membasahkan bibir dengan air liur sebab ia akan membuatkan bibir kita menjadi lebih kering.

2) Elakkan daripada memakai pelembap bibir yang mempunyai perisa tertentu yang membuatkan kita asyik nak jilat bibir.

3) Elakkan daripada memakai lipstik yang tak ada pelembap.

4) Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C.

5) Pakai pelembap bibir sewaktu tidur sebab masa ini kita tidak akan menjilat bibir.

Selamat Mencuba! ^_^

Jumlah duit tol dan minyak dalam sebulan

Assalamualaikum and hi semua!
Dah lama tak update blog. So hari ini baru ada masa nak update blog.
Btw, hari ini nak share sikit pasal estimate total for toll and car fuel consumption in one month.
Pengiraan ini just untuk pergi kerja dan balik kerja je. Takde singgah tempat lain okay.

Jumlah hari bekerja
Ok since dalam sebulan jumlah hari bekerja tak menentu, ada yang 20, 21, 22 or 23 hari, so aku ambil minimum 20 hari la.


Duit tol
Duit tol dari Senawang - Bukit jalil = RM 8.20 sehala, so pergi balik = RM 16.40

Jumlah duit tol dalam sebulan 
Jumlah ini hanya fokus kepada 20 hari bekerja tu je. Tak termasuk Sabtu dan Ahad.
RM 16.40 x 20 = RM 328


Duit minyak
Setakat ini aku nampak pergi balik dari Senawang ke Bukit Jalil, cuma hilang 1 takuk je. 1 takuk tu dalam RM 10.

Jumlah duit minyak dalam sebulan 
RM 10 x 20 = RM 200

Jumlah duit tol + minyak dalam sebulan
RM 328 + RM 200 = RM 528

Haaa..see?? Itu baru untuk 20 hari, kalau dalam sebulan tu lebih dari 20 hari bekerja, dah berapa pulak kan. Huhuhu..

Kan best kalau ada KTM dari Senawang straight terus sampai ke ofis. Jimat duit, jimat tenaga, jimat masa dan kurang pencemaran udara. LOL~

7 Perkara Lelaki Tak Suka

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni aku nak share antara 7 perkara lelaki tak suka. Hm..mungkin betul mungkin tidak. But this is from my observation. Hehehe..Jom baca!


1) Diet.

2) Mengikut perempuan shopping.

3) Mengikuti latihan senaman seperti yoga.

4) Menonton telenovela.

5) Habiskan masa di salun lebih dari 30 minit.

6) Berkawan dengan lelaki-lelaki lembut.

7) Menjadikan penyanyi pop seperti Justin Bieber sebagai idola.

Haaa..ada yang terkena dengan batang hidung sendiri tak? Hihihi..^_^


7 Tips Tidur Lena

Assalamualaikum and hi semua!
Korang ada masalah susah nak tidur tak? If ada masalah macam ni, jom baca 7 tips yang mungkin berguna untuk korang.


1) Elakkan tidur yang terlalu lama di siang hari.

2) Hindari dari suasana bising atau lampu yang terlalu terang sewaktu korang nak tidur.

3) Hati-hati dengan ubat selsema yang dijual bebas di pasaran. Sukar tidur ada kalanya adalah kesan sampingan daripada ubat yang diambil.

4) Berhenti merokok bagi yang merokok. Nikotin dalam rokok tu dapat menghilangkan rasa mengantuk atau tidur nyenyak.

5) Elakkan minum minuman yang ada kafein seperti kopi sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur.

6) Kalau rasa lapar pada waktu malam, sebaiknya makan buah pisang.

7) Jangan menonton filem aksi atau menyedihkan dalam waktu terdekat untuk tidur. Tengok filem seram takpe kot! Haha!

Semoga korang semua dapat tidur lena malam ni! ^_^

Tips Berjaya Dalam Temuduga

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ini nak share sikit tips untuk berjaya dalam temuduga. (Berjaya la sangat! LOL!) Tips ini adalah based on my experience okay!
Jemput baca semua! Hehehe..


1) Persediaan
Persediaan itu penting dari segi resume dan knowledge. Make sure apa yang kita tulis dalam resume tu kita betul-betul tahu dan pandai nak jawab bila disoal oleh penemuduga. If ada technical test, sila jawab semua soalan. Tak kisah la jawapan tu betul ke salah, janji jawab. Make sure jawab sehabis baik. Hehehe.

2) Jujur
Setiap soalan yang ditanya oleh penemuduga tu make sure kita jawab dengan yakin. If tak tahu, cakap tak tahu. If tak ingat, cakap je tak ingat. If tak berapa yakin, cakap je "I'm not sure". LOL~

3) Yakin
Make sure confidence level tu tinggi sebab kita ditemuduga oleh orang yang bukan calang-calang orang. Memang knowledge level mereka lagi tinggi daripada kita tapi if kita yakin dengan setiap jawapan yang kita berikan walaupun mungkin tak berapa nak betul, tapi dengan keyakinan yang kita ada, boleh membuatkan mereka percaya dengan kita.

Ini adalah apa yang aku dapati dalam diri aku sendiri bila dah attend pelbagai training di Mimos dan apply masa attend interview. Aku attend interview for Software Engineer position kat satu company ni pada hari Isnin (23/9/2013). Habis je interview, penemuduga tu cakap maybe in 2 weeks baru dapat result either pass or fail.

Tapi semalam (26/9/2013), aku dapat call dari company tu dan dioffer position Software Engineer. Eh cepat betul! Tak sampai 2 minggu pun lagi. But, before accept the offer, semalam juga aku discuss dengan parents and supervisor. So hari ini aku dah ada keputusan terbaik either nak accept or reject the offer.

So semoga berjaya dalam kerjaya masing-masing! ^_^

7 Cara Menghilangkan Selulit

Assalamualaikum and hi semua!
Selulit merupakan kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan, perut, paha, dan punggung. Perempuan biasanya akan mengeluh atau stress bila tengok kat badan dia ada selulit. Tapi selulit ini bukan ada pada perempuan je, lelaki pun ada. Tapi dengan hanya mengeluh depan cermin, masalah selulit itu tak akan hilang pun. Meh baca entri ini. Ada beberapa tips berguna untuk menghilangkan selulit. Lepas habis baca, boleh terus cuba ok! ^_^
7 Cara Menghilangkan Selulit :

1) Senaman
Bersenam at least 10 hingga 20 minit sehari atau amalkan aktiviti sukan / riadah at least 3 kali seminggu bagi membantu proses pembakaran lemak. Bersukan juga amat baik untuk jantung anda.

2) Essential Oil
Kalau rasa malas nak bersenam, boleh guna essential oil seperti essential oil of lemon citrus limonum. Essential oil ini adalah bahan semulajadi yang dapat membantu mengurangkan selulit dalam kulit. Kalau tak ada essential oil, boleh juga guna olive oil atau minyak zaitun dan garam laut untuk rawatan di rumah sebelum mandi bagi melancarkan perjalanan darah.

3) Junk Food
Stop dari mengambil junk food sebab pengambilan junk food ini umpama anda memberi makan kepada selulit supaya ia terus besar dan gemuk. Kurangkan makanan berminyak dan amalkan pemakanan yanng sihat. 

4) Natural Bristle Dry Skin Brush
Guna berus ini untuk menggosok tempat yang ada selulit setiap hari sebelum mandi. Berus ini boleh didapati di farmasi atau The Body Shop. Berus ini digunakan untuk membuang kulit mati dan dapat melancarkan perjalanan darah di tempat yang ada selulit itu.

5) Sauna / Mandi Wap
Rawatan sauna atau mandi wap di spa sangat bagus sebab ia dapat merangsang peredaran darah dengan baik dan memecahkan lemak.

6) Kafein
Elakkan daripada menjadikan minuman kafein seperti kopi sebagai minuman wajib bagi anda setiap hari. Cuba kurangkan pengambilannya. Seeloknya jangan ambil lebih daripada 1 cawan kopi dalam 1 hari.

7) Serbuk Kopi
Selain digunakan untuk buat air kopi, anda juga boleh menggunakan serbuk kopi untuk menghilangkan selulit. Kandungan kafein pada kopi mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 cawan serbuk kopi
  • 1/2 cawan gula atau garam laut
  • 2-3 sudu besar massage oil (Contoh : Lavender Massage Oil)
Cara-caranya :
  1. Campur kesemua bahan dalam satu bekas dan kacau sehingga sebati.
  2. Lulur campuran tadi ke seluruh tubuh anda.
  3. Urut secara lembut terutama di bahagian selulit.
  4. Bilas tubuh dengan air suam.
Amalkan beberapa kali seminggu sehingga anda puas hati. ^_^



7 Sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang yang Salah

Assalamualaikum and hi semua!
Pernah terfikir tak kalau orang itu bukan jodoh kita, kenapa Allah temukan kita dengan dia sebelum ini? Yakinlah bahawa ada hikmah di sebaliknya.


Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah....

1) Supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

2) Supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

3) Supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah & Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan untuk kehidupan masa akan datang.

4) Supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

5) Supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

6) Supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7) Supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.

Mudah-mudahan hati kita lebih tenang dengan sentiasa bersyukur dan bersangka baik terhadap Allah. Syukur Alhamdulillah. ^_^

Sumber : JomBerita.Com

Kelebihan GLA Dalam Supplement

Assalamualaikum and hi semua!
Kebanyakan supplement yang aku ambil mesti ada GLA. Tapi aku tak tahu apa itu GLA? Apa kelebihannya? So lepas baca beberapa artikel mengenai GLA, baru aku faham sedikit sebanyak tentang GLA ini. Hari ni aku nak share sikit tentang kelebihan GLA yang terdapat dalam supplement.

GLA atau nama panjangnya Gamma Linolenic Acid adalah merupakan asid lemak Omega-6 yang boleh memberi kesan yang kuat ke atas kesihatan manusia.

Sumber-sumber GLA :
Evening primrose oil
Black currant seed oil
Borage seed oil


Beberapa kajian klinikal awal menunjukkan bahawa GLA mungkin berguna untuk keadaan seperti berikut :

1) Diabetes
Pesakit diabetes tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. GLA meningkatkan fungsi saraf dan boleh mencegah sakit saraf akibat kencing manis. Dos harian yang disyorkan untuk pesakit diabetes adalah 480 mg GLA setiap hari.

2) Kanser Payudara
Satu kajian mendapati bahawa wanita dengan kanser payudara yang mengambil GLA mempunyai tindak balas yang lebih baik untuk tamoxifen (sejenis ubat yang digunakan untuk merawat estrogen sensitive breast cancer) daripada mereka yang hanya mengambil tamoxifen.

3) PMS
Sesetengah wanita mendapati gejala PMS mereka semakin berkurangan apabila mengambil GLA supplements.

4) Osteoporosis
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang tidak mendapat cukup beberapa asid lemak yang penting (terutama EPA dan GLA) adalah lebih cenderung mengalami kerapuhan tulang daripada mereka yang mempunyai paras normal dalam asid lemak.

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan GLA ini. Kalau nak baca selanjutnya, boleh klik link yang terdapat di Sumber Rujukan di bawah.

Sumber Rujukan : LifeExtension, University of Maryland Medical Center, Jeff & Bonnie Story

7 Kelebihan Makan Taugeh

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni mulut tersebut pasal taugeh. So tiba-tiba rasa nak buat entry pasal taugeh. Haha! Okay ramai juga di antara kita yang tak suka makan taugeh ni dan aku adalah salah seorang daripadanya! LOL~ Aku tak suka sebab sesetengah taugeh tu ada bau yang tak sedap bila digigit. Erkkkkk...


Tapi sebenarnya taugeh ni ada banyak khasiat yang tersembunyi. Nak tahu tak apa khasiatnya? Sila baca di bawah.

Antara khasiat taugeh adalah seperti berikut:

1) Meningkatkan kesuburan
Kaum adam yang suka makan taugeh mampu menghasilkan sperma dengan lebih baik dari segi kuantiti dan kualiti. Bagi kaum hawa pula ia dapat membantu kesuburan telur(ovum).

2) Pencegah kanser
Taugeh mampu melumpuhkan punca awal kanser, leukimia, penyakit usus besar, dan pankreas.

3) Baik untuk tulang
Estrogen yang terdapat dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

4) Bagus untuk wanita
Wanita yang makan taugeh secara kerap dapat mengurangkan risiko kanser payudara, gangguan menjelang haid,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

5) Mengurangkan lemak
Mereka yang berisiko menghidap penyakit serangan jantung dan strok amat digalakkan mengambil taugeh dalam menu harian mereka sebab ia dapat menyisihkan lemak-lemak jahat dalam badan.

6) Membuang kotoran
Taugeh dapat membuang kotoran yang terdapat di dalam usus besar kita sebab taugeh mengandungi banyak serat dan air. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. So ia dapat mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

7) Awet muda
Macam mana nak awet muda? Makanlah taugeh sebab ia kaya dengan antioksida.

Sumber : Petua Tradisional, TryMasak

Lepas ni pakat semua makan taugeh je okay..tak payah nak beli supplement kat farmasi lagi dah. LOL~

~Terima kasih kerana sudi membaca~





BiO-LiFE Evening Primrose Oil

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni aku nak tebus entry EPO yang aku janjikan dalam entry Seven Seas Evening Primrose Oil. EPO yang aku baru beli tu adalah BiO-LiFE Evening Primrose Oil.
BiO-LiFE Evening Primrose Oil 1000mg

Okay BiO-LiFE EPO ni ada Omega 6 yang mana ia baik untuk jantung kita. Ia juga mengandungi 10% GLA. Okay about GLA ni tunggu next entry ok. Haha! Untuk EPO 1000mg ni, kita digalakkan untuk mengambil 1 kapsul 3 kali sehari untuk 12 minggu dan selepas 12 minggu, kita boleh kurangkan pengambilannya kepada 1 kapsul 2 kali sehari.

Aku tak boleh nak buat review lagi about this product sebab aku nak habiskan makan Seven Seas EPO dulu yang hanya tinggal 26 kapsul lagi kot. Lepas tu baru aku makan BiO-LiFE EPO ni. Hehehe. Tunggu la lagi 3 bulan baru aku buat review about this product ok. ^_^

Btw, product EPO memang bagus dimakan sebab banyak kelebihan yang kita peroleh. Tak percaya? Cubalah rasa sendiri! Ok bye! ^_^

Selamat Datang ke Dunia Baru, Dahlia Fayha!

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni time lunch break tadi aku pergi rumah Kak Siti, salah seorang staf kat department of PQRE ni.
Tujuan pergi rumah dia sebab nak tengok baby dia. Hehe.

Hi! My name is Dahlia Fayha Firdaus. Just call me Yaya. Nice to meet you! ^_^

Yaya sangat comel! Pipi tembam! Rasa nak cubit-cubit je.....eeeeeeee....ok over sangat kan! Haha! Btw, 27 September ni genap la umur Yaya 3 bulan! Yayyyy! ^_^
Ni antara gambar yang sempat aku snap before balik ke office.

Gambar atas belah kanan tu gambar dia jelir lidah. Kemain dia jelir lidah kat kita yang nak ambil gambar dia ye. Hehe.
Gambar bawah belah kanan tu kelakar sebab nampak sangat Yaya tak suka bila gambar dia diambil dengan flash. Haha. Itu kerja aunty Sofia taw Yaya! Haha!

Btw, bila tengok baby ni rasa macam aman sangat..takde langsung terlintas di fikiran tentang masalah-masalah semua. Seronoknya ada baby kan. Nak ada baby sendiri macam lambat lagi la pulak. Haha.
Ok bye!

*Aku hutang entry EPO. Huhuhu..

Kenangan Kau & Aku

"Dia tak nak akak kenal dia sebab dia tak nak akak sedih..adik pernah bagitahu dia, at least jumpalah akak walau sekali tapi dia marah adik..sekarang adik dah faham kenapa dia buat begitu..dia tak nak akak sedih sebab dia..akak hidup la macam biasa..kami pun dah pasrah dengan semua ni.."

Antara text yang menyentuh hati dan perasaan aku. Walau beribu kali aku baca post tu, air mata aku tetap mengalir. Siapa sahaja yang berada di tempat ku, pasti akan merasa begitu. Seriously.

Aku buat post ni sebab tetiba aku terbaca entri lama yang aku post pasal dia. Siapa yang baca post tu, maka dia tahu siapa yang aku maksudkan.  Semoga roh arwah tenang di sana. Aminnnn.


Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,
tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba.
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya..

Seven Seas Evening Primrose Oil

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni hujan turun dengan lebatnya dan menyebabkan mata ni rasa macam nak tutup je..hihi!
Btw, hari Jumaat lepas pergi ke Guardian dalam Giant Kinrara untuk pergi beli Seven Seas EPO. Tapi rasa kecewa sangat sebab promotion pack dah tamat! Huhuhu. :'(
Bila tengok harga biasa untuk satu kotak memang sangat terkejut sebab masa ada promosi, 3 kotak = +-RM50. Tapi bila promosi dah tamat, harga untuk 1 kotak = +-RM40. (Aku letak +- sebab aku tak ingat the exact price.) Tapi nampak tak perbezaannya??? Gila jauh beza harga promo dengan tak. So aku pun tak jadi la nak beli Seven Seas EPO ni.  Huhuhu. :'(

Seven Seas Evening Primrose Oil Plus Starflower Oil  1000mg with Vitamin E

Untuk pengetahuan anda, 1 kotak Seven Seas EPO ni ada 30 kapsul. Setelah makan sebanyak 6 kotak Seven Seas EPO ni, aku nak share antara kelebihan yang diperolehi. Antara kelebihannya adalah :

1) Kitaran haid terkawal
2) Tiada lagi masalah senggugut
3) Memperbaiki rambut yang kering / rosak
4) Menguatkan kuku

*Disebabkan Seven Seas ni dah tiada promotion, aku beli EPO lain pula. Haha! Tunggu next entry okay! ^_^

Sandiwara Cinta - Republik

Salah satu lagu yang best! Aku suka lirik dia. Menyentuh hati sungguh. Layannnnn~

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasan yang seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

Download HERE

Scrollbar dalam Blog Archive

Assalamualaikum and hi semua!
Siapa yang rasa blog archieve dalam blog dia tu panjang sangat sampai ke bawah, mohon buat scrollbar dalam blog archive tu okay. Bukan apa..ini memudahkan pembaca untuk tidak scroll blog dari atas ke bawah untuk tengok list of blog post anda yang banyak kebabom tu sekaligus dapat menjimatkan ruang dalam blog anda. Hehehe. Kalau tak paham juga, mohon tengok gambar di bawah ye. ^_^


Let's proceed!

1) Dashboard --> Template --> Edit HTML
2) Tekan Ctrl + F dan masukkan kod di bawah :
     
3) Copy kod di bawah :
     
4) Paste atas kod ini :
     
5) Then Ctrl + F dan masukkan kod di bawah :
     
6) Copy kod ini :
     
7) Paste di bawah kod ini :
     

Before save template, preview dulu okay. Make sure everything is okay and you're done! ^_^

Tukar Scrollbar di Blog

Assalamualaikum and hi semua!
Rasanya ramai yang dah tahu cara nak tukar scrollbar kat blog from default kepada yang lebih berwarna-warni gitu. Senang cerita tengok gambar di bawah ye. Tak pun tengok je dalam blog aku ni ha. Hehehe.


Tapi aku tetap juga nak share dalam blog. Haha!
Let's proceed!

1) Dashboard -> Template -> Edit HTML
2) Tekan Ctrl + F dan masukkan kod /* Header dan tekan enter
3) Copy kod di bawah dan paste di atas kod /* Header

::-webkit-scrollbar {
height:10px;
width: 12px;
background: #FF3399;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #FFFFCC;
}

*Gantikan kod warna Merah untuk background scrollbar.
*Gantikan kod warna Biru untuk warna scrollbar.

Boleh cari kod warna yang anda suka di sini : HTML Color Codes

Bila dah dapat warna yang diingini, jangan lupa untuk preview dulu sebelum anda save template anda okay!
Gudluck bebeh! ~_^

10 Tanda Dia Adalah Jodoh Kita


1) Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2) Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3) Terima seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4) Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5) Saling Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6) Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7) Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8) Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti dalam kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9) Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10) Solat Istikharah dan Tawakal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



UTM Cool Blogger List

Assalamualaikum and hi!
First question! Adakah anda seorang blogger yang pernah/sedang belajar/bekerja di UTM?
Jika jawapan anda YA, so boleh teruskan membaca.
Jika jawapan anda TIDAK, boleh baca juga dan beritahu kepada mereka yang berkenaan. Hahaha.

Okay..let's proceed.
FYI, now UTM dah buat UTM Cool Blogger List.
So basically sesiapa sahaja yang bergelar blogger, especially yang belajar/bekerja di UTM, boleh la join this community.

Apa yang best join this community?

1) Dapat tahu senarai UTM blogger. Boleh berkenalan dan bertukar-tukar pendapat. Boleh buat reunion for UTM blogger nanti! Hehehe.

2) Dapat mempamerkan yang kita sayang kat UTM by showing the badge in your blog.

3) Yang paling best, dapat kumpul achievement badge! Register je dah dapat certified UTM blogger badge macam yang saya letak kat sidebar tu. Hehehe.


How to join?

1) Wajib ada blog la! Hahaha. Kalau tak ada, pergi register cecepat dengan blogspot or wordpress or apa-apa je la platform untuk tulis blog. Hahaha.

2) Letak badge I Love UTM di sidebar/header/footer dalam blog anda. Macam yang ada kat sidebar dalam blog aku ni ha. Boleh dapatkan kat sini, di bahagian sidebar >> I Love UTM Badge

3) Boleh isi borang pendaftaran yang ada di laman web ini >> Register

But make sure korang baca dulu terma dan syarat sebelum mendaftar ok! Bila dah daftar, nanti blog korang akan disenaraikan di sini >> Directories dan tengok no 72 ok. That's my blog! Hoorayyy!
*Aku rasa macam nak request kat admin tu letak blog aku no 77. Boleh tak? Hahaha.

Kongsikan Kegembiraan Percutian Anda

Assalamualaikum and hi semua!!
Rasanya ramai yang dah balik raya ni kan..especially yang kampung nun jauh di sana.
And how about me? I am not in the loop. Hehehe..
So today, why not you guys share your holiday fun, even before you return! ^_^


Want to know how? You can click here to know more details >> Share your holiday

Maksud Poke di Facebook

Assalamualaikum kepada semua pembaca..
Post kali ini elyn nak tulis mengenai maksud poke di facebook.
Mungkin ada di antara kita yang sudah lama main facebook tetapi tidak pernah tahu apa itu poke.
Mungkin juga ada yang tahu maksud poke tetapi tidak berapa pasti sama ada betul atau tidak maksudnya itu.


Berikut adalah maksud poke di facebook :
~Jika anda di'poke' oleh seseorang, maknanya orang itu ingin mendapatkan perhatian anda.
~Poke bukanlah digunakan untuk mengganggu seseorang.
~Jika terdapat seseorang yang telah poke anda di facebook, dan anda poke dia kembali, maka dengan itu dia boleh melihat profil anda walaupun dia bukan kawan anda [tidak add as a friend lagi]
~Poke membenarkan seseorang melihat profil anda selama 7 hari [kalau tidak silap saya]. Ini bermakna dia boleh tahu siapa anda dan selepas itu mungkin akan add anda as a friend.


Ada yang kata poke ini adalah type of flirt.
Ada juga yang kata poke ini adalah simbol untuk menggangu orang tersebut.
Mungkin perkataan poke ini harus digantikan dengan perkataan lain yang mudah difahami.


Itu sahaja coretan dari elyn buat kali ini.
Jika ada maklumat yang elyn tersalah bagi, tolong betulkan kesilapan tersebut.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca. ^_^

7 Tanda Anda Gila Blogging

Assalamualaikum kepada semua yang membaca post ini.
Post aku kali ini bertajuk gila blogging.
Adakah anda salah seorang yang masuk dalam kategori ini?
Haaa..sila cek antara 7 tanda-tanda yang menunjukkan anda seorang blogger yang gila blogging.

1) Bangun-bangun dari tidur, tanpa membaca doa bangun tidur, tanpa gosok gigi dan basuh muka, tanpa mengemas tempat tidur, terus pergi kat laptop bukak blog. Tengok-tengok kalau-kalau ada komen ke..so time tu jugak nak reply semua komen yang ada. Pastu terus blogwalking ke blog-blog yang dah meninggalkan jejak.

2) Kadang-kadang tu dalam satu hari lebih 10 post yang dihasilkan. Actually sifat ini bagus ye. Sebab kalau ada 10 assignment yang kena buat, insyaAllah boleh siapkan dalam masa satu hari je. Maklumla..dah biasa buat assignment secara online kan..ngahaha..

3) Tengah-tengah taip post tu, tiba-tiba rasa nak membuang air la pulak..Ish..kacau sungguh.. Sanggup tahan sampai la post tu berjaya di'publish'kan.. Betul tak?ngahaha..

4) Makan minum diabaikan sebab dah sedap sangat berblogging..sampai kenyang rasanya..ngahaha..

5) Solat dilewat-lewatkan. Tak dinafikan mungkin juga tertinggal solat. Mana tak nye, setiap masa menghadap blog je. Ish3..cuba elakkan ye..

6) Tidur pun lewat..kadang-kadang tu tak tidur langsung. Blogwalking dari pagi sampai ke pagi esoknya..

7) Handphone berbunyi pun buat tak tau je..Agaknya kalau orang anta mesej kul 1pm, 1 pm esoknya baru nak baca..huhuhu..sadis!

Haaa..ini la antara simptom-simptom blogger yang gila blogging..
Kesemua simptom-simptom ni aku dapat dari pengalaman sepanjang aku bergelar seorang blogger..
Tapi tak ada la semuanya betul..ada yang aku tambah-tambah bagi nampak over sikit kan..ngahaha..
Apa-apa pun, aku suka blogger yang gila blogging ni.

AWARD FROM NORAIN

Assalamualaikum..
Ok..award kali ini datangnya dari Cik Norain Ismail..
Sweet je Cik Norain ni..
G la terjah blog beliau..ngehehe..
Apa-apa pun, elyn ucapkan terima kasih sebab bagi award ini ye..

Cara Paling Mudah Untuk Menang BMW dan Volkswagen

Assalamualaikum and hi semua!!
I wish you guys have a good day!! 
Sila jamu mata anda dengan hadiah-hadiah menarik di bawah ini ye. ^_^

Nak tahu macam mana nak menang hadiah-hadiah ini?
Sila klik sini untuk join >> Maxis BIG Giveaway!

up