7 Tanda Anda Gila Blogging

by - August 06, 2013

Assalamualaikum kepada semua yang membaca post ini.
Post aku kali ini bertajuk gila blogging.
Adakah anda salah seorang yang masuk dalam kategori ini?
Haaa..sila cek antara 7 tanda-tanda yang menunjukkan anda seorang blogger yang gila blogging.

1) Bangun-bangun dari tidur, tanpa membaca doa bangun tidur, tanpa gosok gigi dan basuh muka, tanpa mengemas tempat tidur, terus pergi kat laptop bukak blog. Tengok-tengok kalau-kalau ada komen ke..so time tu jugak nak reply semua komen yang ada. Pastu terus blogwalking ke blog-blog yang dah meninggalkan jejak.

2) Kadang-kadang tu dalam satu hari lebih 10 post yang dihasilkan. Actually sifat ini bagus ye. Sebab kalau ada 10 assignment yang kena buat, insyaAllah boleh siapkan dalam masa satu hari je. Maklumla..dah biasa buat assignment secara online kan..ngahaha..

3) Tengah-tengah taip post tu, tiba-tiba rasa nak membuang air la pulak..Ish..kacau sungguh.. Sanggup tahan sampai la post tu berjaya di'publish'kan.. Betul tak?ngahaha..

4) Makan minum diabaikan sebab dah sedap sangat berblogging..sampai kenyang rasanya..ngahaha..

5) Solat dilewat-lewatkan. Tak dinafikan mungkin juga tertinggal solat. Mana tak nye, setiap masa menghadap blog je. Ish3..cuba elakkan ye..

6) Tidur pun lewat..kadang-kadang tu tak tidur langsung. Blogwalking dari pagi sampai ke pagi esoknya..

7) Handphone berbunyi pun buat tak tau je..Agaknya kalau orang anta mesej kul 1pm, 1 pm esoknya baru nak baca..huhuhu..sadis!

Haaa..ini la antara simptom-simptom blogger yang gila blogging..
Kesemua simptom-simptom ni aku dapat dari pengalaman sepanjang aku bergelar seorang blogger..
Tapi tak ada la semuanya betul..ada yang aku tambah-tambah bagi nampak over sikit kan..ngahaha..
Apa-apa pun, aku suka blogger yang gila blogging ni.

You May Also Like

0 7 Comments