7 Kelebihan Makan Taugeh

Assalamualaikum and hi semua!
Hari ni mulut tersebut pasal taugeh. So tiba-tiba rasa nak buat entry pasal taugeh. Haha! Okay ramai juga di antara kita yang tak suka makan taugeh ni dan aku adalah salah seorang daripadanya! LOL~ Aku tak suka sebab sesetengah taugeh tu ada bau yang tak sedap bila digigit. Erkkkkk...


Tapi sebenarnya taugeh ni ada banyak khasiat yang tersembunyi. Nak tahu tak apa khasiatnya? Sila baca di bawah.

Antara khasiat taugeh adalah seperti berikut:

1) Meningkatkan kesuburan
Kaum adam yang suka makan taugeh mampu menghasilkan sperma dengan lebih baik dari segi kuantiti dan kualiti. Bagi kaum hawa pula ia dapat membantu kesuburan telur(ovum).

2) Pencegah kanser
Taugeh mampu melumpuhkan punca awal kanser, leukimia, penyakit usus besar, dan pankreas.

3) Baik untuk tulang
Estrogen yang terdapat dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

4) Bagus untuk wanita
Wanita yang makan taugeh secara kerap dapat mengurangkan risiko kanser payudara, gangguan menjelang haid,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

5) Mengurangkan lemak
Mereka yang berisiko menghidap penyakit serangan jantung dan strok amat digalakkan mengambil taugeh dalam menu harian mereka sebab ia dapat menyisihkan lemak-lemak jahat dalam badan.

6) Membuang kotoran
Taugeh dapat membuang kotoran yang terdapat di dalam usus besar kita sebab taugeh mengandungi banyak serat dan air. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. So ia dapat mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

7) Awet muda
Macam mana nak awet muda? Makanlah taugeh sebab ia kaya dengan antioksida.

Sumber : Petua Tradisional, TryMasak

Lepas ni pakat semua makan taugeh je okay..tak payah nak beli supplement kat farmasi lagi dah. LOL~

~Terima kasih kerana sudi membaca~





2 comments:

  1. yang point #5 tu tak sesuai untuk Lin =p

    ReplyDelete
  2. sesuai jugak farhana..sebab dia buang lemak jahat..lemak baik dia tak usik..hahaha

    ReplyDelete


up